Sabtu, 13 Jun 2015

Kelas Jahitan KEJAP

Assalammualaikum..

    Bermula hujung bulan 5 yang lalu, saya telah pun bermula mengikuti Kelas Jahitan Percuma (KEJAP). Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai kelas ini, anda boleh pergi ke halaman FB Kelas Jahitan Percuma. In sha Allah, ada penerangan lanjut mengenai kelas dan jurulatih.  Selama berbulan-bulan saya mengikuti perkembangan kelas ini yang pada awalnya bermula di tempat bonda ( panggilan untuk pengasas KEJAP) di Klang.
   
   Akhirnya bila bonda ingin buka kelas ini di seluruh negara, saya bersyukur teramat-amat.  Tetapi sayang, pada masa ini di tempat saya masih tiada, tetapi saya telah memilih di Ampang Galaxy di bawah jurulatih Puan Kay. Saya juga bersyukur bila di kelilingi jurulatih dan rakan-rakan yang sentiasa positif. Itu yang membuatkan saya sentiasa berpandangan ke hadapan. Saya memilih di Ampang kerana selepas suami menghantar saya ke kelas, dia boleh pergi di rumah mertua saya. Tidak perlu tunggu di tempat saya belajar sehingga habis. Apa yang membuat saya mula-mula tertarik dengan kelas ini adalah belajar menjahit tanpa pola. Banyak penjimatan di situ. Malah lebih kepada keyakinan diri.

   Pakej belajar yang di tawarkan adalah cara mengendalikan mesin industri, baju kurung lis, baju kurung asli, jubah wanita dan baju melayu. Menarik bukan???. Untuk saya yang sentiasa dahagakan ilmu, saya amat-amat suka kelas ini. Kami juga berkongsi tip-tip jahitan. Jika sesiapa ingin belajar boleh ke halaman FB yang saya beri. Malah jika ingin menjadi jurulatih juga di alu-alukan. Saya kongsikan kelas yang saya hadiri.


Mengendalikan mesin industri
Bonda menerangkan cara menjahit baju kurung lis / kun.

Penerangan bersama Bonda (pengasas KEJAP)


    Menarik bukan???..  Positifkan diri anda.. Tidak rugi menuntut ilmu. Sekian

Koleksi Tudung Lycra

Assalammualaikum..

    Alhamdulillah, kini saya semakin sihat kembali. Ini kerana saya mengalami alah bila mengandung. Maka ada beberapa tempahan saya tolak. Malah kini saya juga sedang mengikuti kelas jahitan pada hujung minggu, jadi masa saya agak terhad. Sudah agak lama juga saya tidak kongsikan hasil jahitan saya. Untuk minggu terakhir bulan Syaaban, saya cuba untuk menyiapkan baju raya saya dan anak-anak termasuk tudung.  Untuk baju raya 95% sudah pun siap. Cuma belum di jahit kelim. Jadi saya simpan dulu untuk sessi tayangan. Cuma tudung bahagian yang pertama sudah siap.  Untuk bahagian ke 2 pula masih dalam sessi potong-potong.

   Di bawah adalah tudung sessi pertama dan contoh-contoh jahit tepi halus saya. Saya menggunakan mesin jahit tepi halus industri. Yang pasti tempah ini sudah pun ada yang punya. Awning saya menggunakan "double cotton". Boleh masuk mesin basuh dan tidak perlu risau awning patah.


Tudung Lycra Biasa Ibu dan Anak (Awning Coklat Gelap)
Awning Pink
Awning Coklat Terang
Atas Material Chiffon - Menggunakan 3 benang biasa
Bawah Material Lycra - Mengunakan 4 benang

Sekian Terima kasih.