Khamis, 20 Ogos 2015

Jalan-jalan di Kuala Lumpur (Siri 2)

Assalammualaikum..

Koleksi: Gambar Peribadi

    Alhamdulillah, kini saya berkesempatan menulis siri ke 2 untuk Jalan-jalan di Kuala Lumpur. Setelah saya siap menunaikan solat zohor, kami pergi ke Taman Botani Perdana. Sebenarnya untuk saya dan suami yang bersememangnya membesar di sini, kami lebih mengenali sebagai Tasik Perdana. Walhal sebenarnya ia adalah tempat yang sama. Tempat riadah seisi keluarga. Di Taman Botani Perdana ini ada 2 taman permainan kanak-kanak. Jadi, sebelum pergi ke Pameran Orkid dan Bonsai, saya dan suami memberi peluang anak-anak bermain dahulu. Di samping makan tengah hari yang saya bekalkan.

  Setelah puas bermain, baru kami mengajak anak-anak ke Pameran Orkid dan Bonsai yang di adakan di taman ini. Yang pasti pameran ini adalah percuma. Ini antara gambar yang dapat saya kongsikan.



Bila anak bujang kata kolam ini untuk mandi..hihi.. Boleh kena saman dengan
DBKL ..kami nanti.

Kebun pelbagai jenis sayur


Orkid di pentas persembahan

Berlatarbelakang pokok Bonsai yang besar. Selalu jumpa yang kecil-kecil.

Taman Mini Orkid dari Australia. Anak-anak suka sebab ada patung
beruang kola.


Pelbagai warna Orkid



     Bila datang hari bekerja, maka tiada ramai sangat pengunjung. Lebih kepada pelancong asing. Jadi puas bergambar. Suami dan anak-anak tiada malu sangat. Malu jika orang memandang aksi kami..hihi. Di pameran ini juga ada  menjual benih-benih dan anak pokok. Seperti biasa, suami pun ambil kesempatan. Dapat juga kami 3 jenis anak pokok yang sudah di tut. Antaranya cili padi kampung dan limau purut. Alhamdulillah.

    Untuk solat, jangan risau. Di taman ini berdekatan juga dengan Masjid PDRM Bukit Aman, selain Masjid Negara. Apabila sudah hampir maghrib, kami singgah di Masjid Negara hingga solat Isyak. Bagi peluang anak-anak berehat sebentar setelah masing-masing mengadu penat. 



      Sebelum pulang, anak-anak masih bertanya ke mana selepas ini. Maka, jawapan yang pasti adalah pulang ke syurga kita..ye anak-anak. Ibu dan abah sudah sakit-sakit kaki berjalan. In sha Allah, jika berkesempatan kita akan berkunjung di sini lagi. Ada lagi tempat yang belum pergi. Antaranya Taman Bunga, Taman Burung dan Tugu Peringatan. Ia masih dalam kawasan yang sama kecuali Tugu Peringatan yang berada di seberang jalan Taman Botani Perdana. Untuk banggunan Parlimen, melihat dari jauh sahaja. Sekian coretan yang dapat saya kongsikan hanya setengah hari di Kuala Lumpur.

Isnin, 17 Ogos 2015

Jalan-jalan di Kuala Lumpur (Siri 1)

Assalammualaikum

Gambar: Koleksi Peribadi

    Hendak di jadikan cerita, suami mengambil cuti tahunan pada hari Jumaat yang lalu kerana ada urusan yang perlu di selesaikan. Tetapi urusan itu hanya sekejap sahaja. Jadi untuk menghargai cuti yang di ambil saya mencadangkan kami sekeluarga jalan-jalan di Kuala Lumpur. Walaupun biasa dengan tempat-tempat ini, tetapi  untuk anak-anak adalah yang pertama kali. Walaupun hanya setengah hari, tetapi masa bersama adalah amat-amat berharga. 

       Sementara menuggu suami solat Jumaat di Masjid Negara, saya membawa anak-anak melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia. Muzium ini hanya berhadapan Masjid Negara dan bersebelahan dengan Stesen TV Al-Hijrah. Tujuan saya ingin anak-anak menghargai sebenarnya Islam juga maju dari segi semua aspek serta menghargai tinggalan sejarah. Malah saya juga meminati sejarah. Jika waktu saya remaja muzium ini di kenali sebagai Pusat Islam, manakala masuk adalah percuma.Tetapi tidak semua boleh di tangkap gambar di dalamnya.  Setelah di kenali sebagai muzium, ada bayaran di kenakan. Malah boleh tangkap gambar di dalamnya dengan syarat tidak boleh menggunakan cahaya kamera. Ini adalah bayaran yang di kenakan di muzium ini.


Kadar Bayaran Masuk dan Waktu di buka
     Alhamdulillah, semasa saya pergi Galeri Khas di buka. Galeri ini mempamerkan alatan-alatan simbol kekuasaan dan keindahan Islam. Untuk pameran ini, galeri ini di buka pada 20 April 2015 hingga 31 Ogos 2015. Sesiapa yang ingin melawat, masih berkesempatan lagi. Di galeri ini membuat saya terpegun dengan kesenian Islam, termasuk replika pedang zaman Uthmaniyyah Turki. Di bawah antara gambar yang saya ambil di dalam galeri ini.


Panah

Senapang

Kitab

Baju perisai

Penerangan pedang. Replika di tempatkan di dalam cermin. Kesenian batu-batu
permata yang cantik.
    Manakala untuk yang bukan dalam galeri juga berbaloi. Ada 3 tingkat semuanya. Dari Al-Quran, tembikar, tenunan kain serta senibina juga ada. Sememangnya berbaloi. Serba-sedikit gambar yang saya kongsikan.


Al-Quran tulisan tangan

Rehal

Kiswah Kaabah

Papan Tulis

Baju yang di pakai semasa perang. Baju ini ada tulisan nama Allah
            Anak-anak saya jenis yang suka bertanya, sehingga kadang-kadang tidak terjawab. Sifat ingin tahu yang tinggi. Alhamdulillah, ketika di sini saya cuba memahamkan mereka. Anak-anak merasa teruja. Bila mereka kata penat, saya beri mereka duduk. Ini kerana di dalam muzium ini ada di sediakan kerusi. Saya ingin mereka menghargai sesuatu nilai sejarah. Bagi saya berbaloi nilai saya bayar untuk RM14. Hampir kesemua bahan pameran adalah yang asli. Saya melawat muzium ini hingga suami yang telah habis solat Jumaat, tertunggu saya dan anak-anak keluar dari muzium. Anak-anak seronok bercerita apa yang ada. Alhamdulillah.

       Jika ada kesempatan nanti, saya akan menulis siri 2 pula. Hanya setengah hari, saya dan keluarga hanya mampu melawat 2 tempat sahaja. Nantikan siri 2. Sekian.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Toturial menggunakan "Snap Fastener Plier Metal"


Assalammualaikum..

Gambar: Peribadi
Video: You tube


Snap Fastner Plieer Metal
    Sebenarnya, sebelum puasa saya sudah pun membeli "Snap Fastener Plier Metal" ini. Seperti biasa, ada promosi. Beli plier mendapat 144 biji butang kosong. Tetapi kesilapan saya ternyata ada. Terlalu inginkan menggunakannya saya terlupa bertanya kepada penjual, samada boleh terus menggunakan plier ini atau tidak. Rupa-rupanya saya wajib beli butang yang bermata. Jika tiada, sememangnya tidak boleh guna plier saya.


Butang Kosong Percuma
Butang yang lupa beli
     Maka tersimpanlah plier saya hingga malam ini. Petang tadi saya pergi ke kedai alatan jahitan borong di Kuala Lumpur. Tempat biasa yang saya membeli-belah alat-alat jahit dalam kuantiti yang banyak. Saya terjumpa butang yang bermata. Maka terus saya membeli. Tetapi tolong pastikan samaada butang bermata ini "standard saiz" atau tidak. Jika salah membeli, maka plier masih tidak boleh di gunakan. Hanya menjual bermula dalam kuantiti 100 biji ke atas. Hanya RM30 sahaja. Saya memilih warna hitam sahaja kerana senang untuk suai padan dengan apa-apa warna. Sebenarnya banyak warna butang ini. Maka terhasil pakej lengkap untuk menghasilkan butang besi ini. 


Butang Pakej Lengkap. Beli 100 biji set ini bernilai RM30.
      Maka masih ada terlebih butang kosong sebanyak 144 biji. Simpan ye, jika butang rosak masih ada ganti. Bila semua barang lengkap, maka sessi mencuba pula. Saya mencari toturial yang lebih kurang sama  tentang bagaimana cara menggunakan "Snap Fastener Plier Metal" ini.  Terjumpa saya toturial ini. Bagi saya mudah untuk memahami. Untuk saya membuat toturial sendiri, saya jua baru cuba menggunakan. Belum mahir lagi.

                                     Toturial Cara Menggunakan "Snap Fastener Plier Metal"
                         

   Untuk beberapa kali percubaan, hasilnya amat tidak memuaskan. Untuk belajar memahirkan, saya terima dengan terbuka. Walaupun membazir dan sayang butang-butang ini.


Yang belakang bengkok, dan tidak boleh mengcengkam butang. Bukan 1 ye..
tetapi 4 butang. Saya tunjuk 1 sebab semuanya serupa.
  Percubaan butang yang ke 5, baru jadi begini. Selepas ini mesti cuba di baju pula. Supaya lebih memahirkan diri.


Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
    Sekian.

Selasa, 4 Ogos 2015

Promosi Ogos


PROMOSI OGOS !!!

Praktik 4S dan 4T Sebelum Berhenti Kerja
Apa itu 4s dan 4t
Setiap hari perlu
1. Solat awal waktu
2. Sedekah dan lupakan
3. Simpan dan lupakan
4. Solat dhuha
4T
1. Tabung modal
2. Tabung hutang
3. Tabung perbelanjaan bulanan
4. ...............
Apa itu secara jelas 4s 4t ini, perlu kalian praktik sejak sebelum berhenti kerja lagi. Jika belum capai tangguhkan dahulu niat. Ini berdasarkan pengalaman, perkongsian kisah sebenar, saya gabungkan satu formula baru yang lebih mudah sekiraya ramai ibu-ibu mahu buat keputusan berhenti kerja.
Baca lebih lanjut dalam ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.




Untuk terus menempah : Click Di Sini