Rabu, 29 Ogos 2018

MENCARUM SENDIRI AKAUN KWSP / EPF MELALUI CIMB ONLINE

Assalammualaikum.

   

   Alhamdulillah, hari ini baru sempat cari-cari , jika CIMB ada menawarkan perkhidmatan mencarum KWSP/ EPF dari akaun syarikat sendiri. Saya pernah pergi ke pejabat KWSP untuk bertanyakan bank yang menawarkan perkhidmatan mencarum. Katanya hanya Public Bank dan Maybank sahaja.

  Kenapa saya mencarum KWSP sendiri???. Jawapannya ialah walaupun saya hanya menjahit diri rumah tetapi saya perlu ada simpanan untuk hari tua saya walaupun sedikit.  Berbaloi untuk saya bekerja sendiri. Lagi 1 KWSP ini simpan yang tidak boleh di bawa keluar sewenang-wenangnya, berbanding dengan simpan wang di bank.

 Disini saya kongsikan cara untuk mencarum KWSP melalui CIMB ONLINE.

Langkah  1 : BUKA AKAUN CIMB ONLINE

Langkah 2 : PILIH PAY & TRANSFER ( seperti didalam gambar bawah )



Langkah 3 : PILIH EPF / KWSP TRANSFER

Langkah 4 : ISI KAN APA YANG PERLU DI ISI. PASTIKAN TAHU NO AKAUN KWSP
                       ( Jumlah caruman paling rendah RM50 dan paling banyak RM5000 )



 Langkah 5 : HANTAR DAN TUNGGU TAC. SELESAI

  Mudahkan. Selamat mnencarum.

Sekian perkongsian dari saya.

Isnin, 6 Ogos 2018

4 hari sahaja


ADA LAGI YANG NAK PLACE ORDER?? JOM CEPAT2! Tinggal 4 hari sahaja lagi..Dapat harga PROMO+FREE NAPPY BALM lagi.. Mari!! Mari! Meh cepat bukan selalu HQ buat promo macam ini ๐Ÿ˜

HARGA SELEPAS DISCOUNT!

1. SHEA ARGAN LOTION 100ml (SAL100) = RM58.50 (Harga asal RM65.00)
2. SHEA ARGAN LOTION 50ml (SAL50) = RM40.50 (Harga asal RM45.00)
4. BAR SOAP 50g (BS50) = RM25.00 (Harga asal RM30.00)
5. NAPPY BALM 10g (NB10) = RM10.00 (Harga asal RM15.00)
6. LIPBALM (LB1) = RM10.00 (Harga Asal RM12.00)

Untuk info lanjut klik www.wasap.my/60123242780/promoaidiladha

Khamis, 2 Ogos 2018

Surat Dari Anak

Assalammualaikum.


Gambar sendiri lupa lukis..hihi

   Pada 24 Julai 2018, semasa saya kemas-kemas rumah terjumpa surat cinta dari anak perempuan sulung saya. "Best" juga dapat surat dari anak. Tambah-tambah ibu dah lama tidak dapat surat. Mula-mula ingat surat apa, saya pun buka. Ayat-ayat menyentuh hati seorang ibu. Saya suka anak-anak tulis surat jika ada yang dia tidak mampu luahkan melalui percakapan.

  Anak saya baru sahaja darjah 1. Dia meminta saya sentiasa mendoakan dia. Malah dia berasa seronok mempunyai keluarga bahagia. Alhamdulillah. Saya suka mendengar anak-anak bercerita perihal aktiviti mereka setiap hari. Walaupun penat urusan seharian di rumah dan mendengar cerita yang sama, In sha Allah , saya cuba luangkan sedikit masa untuk mendengar cerita mereka. Walaupun kadang-kadang sudah lambat.

 Saya tahu, saya bukanlah ibu yang sempurna dan terbaik. Tetapi saya mencuba. Surat ini kenangan manis saya di waktu anak-anak memasuki alam persekolahan. Kadang-kadang saya berharap masa tidak cepat berlalu. Menikmati saat suka duka bersama mereka.

SEKIAN

Cradle Cap

Assalammualaikum


Cardle cap Alisha


Tip Saya
**********
   Alisha sebenarnya tidak terlepas juga masalah cradle cap ini. Ini cradle cap Alisha masa lagi 1 minggu hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.Tips ini sebenarnya kakak ipar saya yang ajarkan. Jadi saya share di sini, panjangkan ilmu.


   Selepas mandi, saya akan sapukan kepala Alisha dengan sedikit minyak VCO (Virgin Coconut Oil / minyal kelapa dara). Selang dalam 20 - 30 minit, saya gosok kepala Alisha secara perlahan-lahan. In sha Allah, mudah cardle cap akan keluar.

   Ini kerana cadle cap sudah kembang. Jadi ia juga kurang menyakitkan si manja kita. Tapi kena buat dengan kerap. In sha Allah, kita usaha untuk si manja.

#tips #ezema #penawarezemasemulajadi

Rabu, 1 Ogos 2018

Sale Sempena Hari Raya Haji

Assalammualaikum



[10% DISCOUNT]
SEMPENA HARI RAYA HAJI! (01 OGOS 2018 - 10 OGOS 2018)
Dengan pembelian mana-mana Produk by Aawleeya @Rahsia Pulih Ekzema anda akan menikmati 10% discount.
PRODUK by AAWLEEYA @RahsiaPulihEkzema ;
1. SHEA ARGAN LOTION 100ml (SAL100)
2. SHEA ARGAN LOTION 50ml (SAL5)
4. BAR SOAP 50g (BS50)
5. NAPPY BALM 10g (NB10)
6. LIPBALM (LB1)
Jom rebut peluang & nikmati FREE GIFT Nappy Balm 10g secara PERCUMA!

Masalah anak suka garu-garu dan kulit kering.

Assalammualaikum

Lotion Shea Argan



Ini ada sedikit tips dari Liza
Bila kulit kering aktiviti menggaru memang biasa bagi anak yang kulit sensitif. Lagi garu lagi sedap!
Untuk hendak elakkan anak menggaru kena kerap sapu krim atau lotion.
Tak kisah brand apa asalkan selamat dipakai & bebas bahan kimia.
Sebab kulit sensitif ni kena belai betul2 & maintainance pun tinggi! 
Huhu Pakai pun nak yang betul2 original & natural
Liza hendak cadangkan Shea Argan lotion untuk kulit yang sangat kering.
Kenapa Liza cadangkan Lotion ni?
Sebab Liza pakai untuk si manja Liza. Alhamdulillah serasi dengan si manja. Lation ini memang best
Sebab apa best???
√ Lotion ni memang SUPER LONG LASTING MOISTURE.
√ Bahan 100% ASLI & SEMULAJADI
√ Kandungan BAHAN YANG BEST & PREMIUM
√ Sesuai untuk BAYI,KANAK-KANAK & DEWASA
√ Mudah dibawa kemana2
Bagi yang belum pernah try Liza rasa lotion ini memang wajib ada dalam handbag sebab bukan apa mak-mak pun boleh guna anytime bukan untuk kulit kering jer 
Best ke best?
Jika berminat, boleh whatapps Liza www.wasap.my/60123242780



Selasa, 3 Julai 2018

Kisah Alisha dan Ezema

Assalammualaikum

  Pada 4 Feb 2018, lahir seorang bayi comel perempuan. Alisha nama diberi, yang bermaksud di lindungi Allah. Nama di beri oleh abah. Alisha di lahirkan di Hospital Selayang. Alisha bertuah kerana abang dan kakak2 menanti bersama kehadirannya.
   Sehari selepas Alisha, keluar dari hospital..Alisha kembali ke hospital. Demam kuning Alisha tinggi di samping kekurangan air 12% dari badan. Risikonya adalah buah pinggang. Bermula juga episod ibu dan abah ulang alik hospital. Kakak dan abang juga terpaksa menumpang di rumah jiran bila ibu dan abah ke hospital. Alhamdulillah hanya 2 hari sahaja Alisha di hospital. Kini Alisha kembali sihat.
  Selepas 44 hari tempoh berpantang, ibu teringin makan telur. Asbab telur, telinga dan kepala Alisha berkerak dan berair serta berdarah. Makin hari, makin teruk. Kami bawa Alisha ke klinik berdekatan. Doktor sahkan Alisha ezema berair.
   Ucu belikan krim dan mak long berikan bedak. Alhamdulillah, ini untuk mengurangkan air pada ezema Alisha.  Ibu pula mula pantang makan seperti masa berpantang. Ibu tiada langsung ilmu ezema.
    Ini bermakna ibu kena belajar ilmu ezema. Ibu mula " join group2" ezema. Disaat ibu "down", ibu lihat ada yang lagi teruk dari Alisha. Allah uji kita sikit saja. Pada suatu hari, di facebook ibu terbaca mengenai Redoxamin dari Dr Hafiz Sulaiman. Ia sejenis jus untuk usus. Bermaksud untuk dalaman. Ibu jadi ingin mencuba untuk Alisha.
  Alhamdulillah, masa itu ada promosi. Ibu beli 1 botol di samping "guide" dari agen kak ana. Mengambil Redox, ada protokol pemakanan untuk sementara waktu. Alhamdulillah, ibu dapat ikut. 3 hari selepas mengambil Redox, Alisha makin teruk. Ezema yang berair di tambah berbau. Kuku ibu jari kaki Alisha juga tercabut 😭😭.
   Kesian anak ibu. Masa itu, ibu terfikir nak " stop" Redox. Tapi kak ana kata teruskan. Ibu teruskan. Alhamdulillah, setelah sebulan  mengambil Redox, kulit Alisha  semakin pulih.
  Alisha juga semakin ceria. Mood Alisha semakin baik. Alhamdulillah. Kini ibu dalam proses belajar pemakanan untuk Alisha.  Persediaan Alisha 6 bulan. 😊😊. Alhamdulillah, masih dengan Redoxamin
#Alisha
#ezema
#redoxamin