Khamis, 13 November 2014

Doa Pembuka Rezeki

Teks: Norliza Tomiran
Gambar & Sumber: Google & Ebook Doa Menarik Rezeki

Assalammualaikum..




   Alhamdulillah, hari ini dan semalam rezeki saya. Saya mendapat ebook yang berguna secara percuma. Terima kasih kepada En. Ir Ezwan yang sudi sedekahkan Ebook Doa Menarik Rezeki ini. Jadi di sini, saya kongsikan intipati dan doa-doa tersebut untuk dijadikan amalan bersama.-sama.

   Waktu berdoa yang paling mustajab adalah dalam keadaan kita bersujud. Adalah di galakkan berdoa dengan penuh keyakinan, harapan serta rendah diri. Berdoa yang baik-baik sahaja dalam keadaan tenang serta khusyuk. Kita di galakkan berdoa kerana berdoa adalah meminta pengampuna dan pertolongan daripada Allah. Berdoa juga adalah 1 ibadat yang sangat penting nilainya kerana ia pembuka kepada ibadah-ibadah yang lain.

 Doa Pembuka 12 Pintu
Doa Waktu Dhuha
 Ayat 1000 Dinar



Sekian.

Salam Sayang




Ingin memiliki Buku ini, boleh hubungi saya
 Norliza Tomiran 
SMS: 012-2431590
Email: norlizatomiran@gmail.com
Tempahan Click Disini

Rabu, 12 November 2014

Kelas Asas Akaun Offline



[Kelas Asas Akaun Offline]
 
Bengkel Offline Asas Akaun


Tarikh:
8 November 2014, Sabtu
11 November 2014, Selasa


Lokasi: Shah Alam.


Masa: 9.15pg -5.15ptg

Yuran hanya RM199 seorang
Harga biasa RM220
Tempat sangat terhad.
Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.


Berminat boleh hubungi:
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com 
SMS: 012-2431590

Selasa, 11 November 2014

Kelas Blog Offline

 KELAS OFFLINE BLOG FANPAGE MULA BISNES

Tempat:  Johor Bahru
Tarikh: 22/11/14 & 29/11/14
Masa : 10 - 1pm atau 2.30-5.30ptg (3 jam untuk 1 sesi )
Tempat : Area berdekatan mengikut persetujuan pelajar
Bonus: 4 ebook, dropship 2 pilihan produk. 
Yuran: RM300
Limit untuk 3-5 pelajar sahaja satu sesi.


 Ulasan Guru:
 Teks : Anys Idayu Zakaria Foto : Koleksi Peribadi

Alhamdulillah, selamat datang November yang cemerlang gemilang. Teruskan lagi misi dan matlamat 2 bulan terakhir 2014.



Kepakaran saya membantu lebih ramai suri bekerjaya dan suri rumah yang mahu memulakan bisnes secara online melalui penulisan di blog, dan produk dropship ABDR. Masih lagi misi melengkapkan 100 protege untuk dibantu sehingga akhir tahun ini. 



Petang semalam, telah berlangsung satu kelas offline blog, di kawasan berdekatan Bandar Johor Bahru. 2 rakan pelajar mendaftar ke kelas blog ABDR, dan mereka mahu saya coaching secara "one to one". Alhamdulillah, kelas berlangsung selama 3 jam berjaya dijalankan. Dalam tempoh tersebut mereka berjaya siapkan kedai online blog dan pages untuk produk. Cuma perlu konsisten menulis sahaja di blog. 




 

 Mereka yang belajar secara offline ini, masih berpeluang untuk masuk ke group kelas di fb. Toturial coaching berterusan akan diberikan kepada mereka.



Untuk yang berminat mahu belajar hasilkan blog kedai online secara offline (one to one) pendaftaran seterusnya saya buka pada 22 November dan 29 November (Hari Sabtu, 3jam, pagi /petang).Hanya 2 atau 3 orang sahaja untuk satu sesi.
Boleh hubungi saya jika berminat.
 Norliza Tomiran

Perkara Asas Bisnes Online

Teks: Norliza Tomiran
Gambar & Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Assalammualaikum

   Pada hari sabtu yang lepas, saya berkesempatan untuk pulang ke rumah emak abah saya. Saya ternampak Majalah Mingguan Wanita yang terbaru. Majalah kesukaan saya emak dan saya. Tiba2 saya terpandang artikel yang bertajuk "Perkara Asas Sebelum Menjual Secara Online". Penulis atikel ini adalah Puan Masayu Ahmad, pengasas ABDR.


   Antara Panduan Asas yang menarik dan sedikit ulasan dari saya ialah: 
  •  KEMAHIRAN MENJUAL
  1. Mengasah kemahiran menjual menggunakan jualan dan  promosi.
  2. Sentiasa melakukan promosi atau jualan sehingga mendapat pelanggan pertama.
  3.  Jangan mudah berputus asa.
  •  LATIH TUBI JUALAN
  1. Ilmu Pemasaran adalah amat penting untuk bakal usahawan yang tiada pengalaman.
  2. Mesti meletakkan sasaran jualan.
  3. Mesti fokus dan konsisten dalam meletakkan matlamat jualan. 
  4. Sentiasa buka kedai Online.
Mengapa bisnes online.
  • TIDAK PERLU KEDAI FIZIKAL
  1. Kedai Fizikal memerlukan modal yang besar
  2. Kedai Online melalui Blog atau FB hanya memerlukan komputer dan talian internet.
  •  MENGGUNAKAN LAMAN SOSIAL
  1. Menggunakan pengaruh laman sosial seperti Facebook.
  • KOS MINIMA
  1. Jika tiada modal untuk menjadi usahawan boleh mula dengan Dropship.
  2. Untuk usahawan baru hanya kos akses internet sahaja
   Sebenarnya perkara-perkara asas yang di tulis Puan Masayu Ahmad dalam artikel itu, adalah ilmu saya pelajari bila menyertai ABDR. Malah setiap kali entri baru di tulis, "Total Pageview" meningkat dengan cepat. Ini kerana adanya link saya di blog rakan-rakan ABDR. Ini amat- amat membantu untuk jualan mahupun untuk "Like Fanpage" di FB. Bagi saya erti kata lain kerja berjemaah. Malah banyak yang saya belajar bila menyertai ABDR. Mungkin ada yang saya tahu, tetapi tidak terperinci. Alhamdulillah, kini lebih terperinci dan positif.

Sekian.

Salam Sayang.
Berminat dengan pakej ini??  Hubungi saya

Norliza Tomiran

http://pnnorlizatomiran.blogspot.com

Khamis, 6 November 2014

Ukuran Barut Bayi

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Norliza Tomiran

Assalammualaikum.

  Entri kali ini saya bagi ukuran barut bayi. Semalam jiran saya minta ukuran barut bayi. Jadi sudah buat nota, saya buat entri sekali. Entri-entri di bolg macam ini ibarat nota saya juga. Jika hendak cari, saya buka blog. 

  Ini ada 3 saiz yang saya guna untuk anak saya dulu. Saya buat barut banyak saiz L. Ini kerana anak saya gebu sedikit masa bayi. Ini barut biasa ye. 


  Untuk material saya suka kain fannel untuk bahagian dalam. Bahagian luar saya suka guna kain cotton. Tali saya guna tali barut yang sudah siap, yang banyak jual di kedai. Mudah dan cepat.  Kalau hendak buat tali sendiri pun boleh. Ikut pilihan. Panjang tali saya buat biasa dalam 16" sahaja. Tetapi terpulang kalau hendak panjang lagi. Sekian


Rabu, 5 November 2014

ABDR

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Surisuper

Assalammualaikum.

   Alhamdulillah. Selamat datang November yang cemerlang. Syukur kini ABDR mempunyai lebih dari 890 blog. Kini terus menuju ke 1000 penyertaan. Alhamdulillah dari kurang pengetahuan kini lebih berilmu.

   ABDR menyediakan berbagai-bagai kelas "Online", malah termasuk kelas "Offline". Dari belajar mula membina blog hingga ke promosikan produk. Jika tiada produk, ABDR akan berikan produk. Pendaftaran kelas di buka setiap hari.

  Kelas-kelas ABDR:

1. Kelas blog penulisan
2. Kelas blog mula bisnes
>>produk sendiri
>>makanan sunnah
>>produk makanan
>>produk islami
>>telekung solat
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Bengkel urus akaun bisnes/ kelas online akaun bisnes wahm soho
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas penulisan ebook


TERKINI KELAS OFFLINE ABDR BERADA DI KELANTAN 

Kelas Jana Wang Dari Rumah
=======================
Tarikh: 29/11/2014

Masa: 9.00-5.00pm
Trainer: Azura Abdullah
Lokasi: ICT Incubator Center
Yuran: RM200 sahaja
Bonus: 5 ebook ABDR & keahlian ABDR



Sabtu, 1 November 2014

Jahit Beg

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Sendiri & Google

  Assalammualaikum.

Beg Kesayangan

   Antara hobi saya bila jemu menjahit telekung atau baju ialah saya menjahit beg untuk kegunaan sendiri. Saya tidak pernah belajar secara khusus menjahit beg.  Sekadar hobi semata-mata. Beg di sebelah adalah beg kesayangan saya. Emily Bag. "PDF Pattern" beg dari Emily Butler. Menggunakan seluar "jeans" yang tidak saya gunakan lagi. Sememangnya "best" kerana beg ni besar. Muat masuk lampin pakai buang anak, baju salin anak2 dan susu anak bila berjalan2. Malah muat juga mengisi bekas makanan jika pergi berkelah. Di tambah pula kain yang di gunakan. Kain "jeans yang sememangnya tahan lasak.

   Beg ini saya beli "PDF pattern" dari internet. "PDF Pattern" ini adalah lebih kurang sama seperti "ebook". Melalui email juga.  Biasanya saya mencari  di Michelle Patterns. Cuma bezanya pola di sediakan. "print" sendiri di rumah. Arahan melekatkan pola di beri. Kebanyakkan "PDF pattern" beg dari luar negara dan berbahasa Inggeris.  Tetapi melihat gambar pun kadang2 boleh faham cara untuk buat. Saya kadang2 suka juga membeli "PDF pattern" beg. Ini kerana lebih murah kerana tiada kos penghantaran hanya melalui email. Di Malaysia, saya hanya baru tahu 1 sahaja yang ada menjual "PDF pattern" beg, iaitu Imaz Zaman di Imazz Patterns. Ini ada versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Imazz Patterns juga ada menjual buku "pattern" beg. Tetapi kos pos di perlukan.

   Adakalanya ada jualan murah untuk "pattern " beg. Terutama hujung tahun. Yang ini tidak tentu. Kadang2 hanya 2 hari sahaja. Nilai untuk berjual beli juga menggunakan USD. Jika menggunakan "PayPal", nilai sudah di tukar secara "auto" kepada Ringgit Malaysia sewaktu membuat pembayaran. Buat masa ini saya hanya pernah beli "pattern" beg sahaja. Untuk "pattern" baju saya tidak pernah membeli. Jadi saya tiada pengalaman mengenai "PDF pattern" baju.

    Saya juga ada membeli buku2 beg. Saya suka dengan "pattern" Amy Butler. Ada 1 "pattern" beg Amy Butler yang saya inginkan tetapi belum pun memilikinya. Saya juga ada koleksi buku Taiwan. Pelik bukan??. Saya bukan faham langsung bahasa Taiwan. Saya beli kemudian bertanya kepada kawan2. Walaupun pun saya tidak pernah buat lagi beg seperti dalam buku itu, tetapi saya sudah pun menulis nota bahasa Melayu. In sha Allah, akan datang saya ingin cuba.

   Sebenarnya, buku2 beg juga ada sediakan pola. Cuma kita kena rajin sedikit. Iaitu menekap kembali pola tersebut jika ingin membuat beg.  Yang paling menarik, pola2 beg tiada basi. Senang bukan??. Cuma bahan2 menjahit beg agak susah dicari melainkan beli online. Ini antara koleksi buku2 beg saya. Sekadar perkongsian sahaja. Sekian


Sesuai untuk pemulaan belajar menjahit beg


Buku Amy Butler

Buku Taiwan
Salam Sayang