Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Google
Assalamkammualaikum.
24 November 2014 bersamaan 1 Safar 1436 hijrah. Tarikh ulang tahun ke 2 untuk anak ke 2 saya Muhammad Ali Imran mengikut bulan Islam dan juga tarikh dukacita dalam hidup saya. Perginya insan tersayang bernama Hamid @ Majid berpangkat pak long selepas 2 1/2 tahun perginya mak long. Pak long walaupun berpangkat pak long tetapi saya panggil abah juga. Ini kerana saya merupakan anak susuan mak long saya.
Semasa bayi, saya sering di jaga oleh mak long jika pembantu abah saya bercuti. Ini kerana emak akan membantu abah berniaga. Malah saya dan salah seorang anak lelaki mak long lahir dalam bulan yang sama. Mak long dan pak long akan menjaga saya sama seperti anak-anaknya. Pak long dan mak long juga seorang yang sabar dan tabah dari dalaman walaupun mak long seorang yang garang dan pak long seorang yang kurang berbicara.
Terlalu banyak kenangan di masa kecil dengan mereka. Ini kerana saya kurang berkawan dengan orang luar. Kawan-kawan saya di rumah hanya anak-anak pak long dan anak-anak pakcik (abang abah saya). Kiranya kawan-kawan saya hanyalah saya sendiri. Saya terasa kehilangan semasa berumur 10tahun bila pak long mengambil keputusan pulang ke kampung halaman iaitu di Kampung Medan, Selama, Perak untuk menjaga uci (ibu pak long) yang uzur.
Alhamdulillah pengorbanan arwah pak long berbaloi. Dia menjaga uci hingga akhir hayat. Malah ketika atok ayah saya inginkan mak long menjaga dia yang kurang sihat, pak long pun setuju. Atok ayah ingin mak long dan pak long menjaga kerana dia ingin meninggal dan di kebumikan di kampung. Walaupun pak long bukan orang berduit, tetapi tidak pernah merungut bila menjaga orang-orang tua. Sungguh besar pengorbanan pak long.
Malah pak long juga telah menjadi wakil abah saya semasa majlis bertunang saya dan suami. Mak long pula sanggup datang awal-awal merangkap tukang masak untuk majlis bertunangan itu. Bertuahnya saya kerana mempunyai 2 abah dan 2 emak. Kasih sayang yang tiada sempadan. Mereka sentiasa di hati. Al-Fatihah. Sekian.
Salam Sayang
Isnin, 24 November 2014
Khamis, 20 November 2014
Kelas Blog di Shah Alam
UNTUK WARGA SELANGOR DAN SEKITARNYA YANG INGIN BELAJAR BLOG "ONE TO ONE"
KELAS ASAS BLOG ABDR SECARA OFFLINE KINI BERADA DI SHAH ALAM
Kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) & beriklan dengan laman Mudah.my & Instagram
- Modul membina blog & fanpage (mula bisnes)
- Tambahan akan diajar membina akauan Mudah.my & Instagram
- Harga yuran : RM250
- Max 3 orang satu sesi
- Nota & minuman akan disediakan
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
Rabu, 19 November 2014
Mengapa memilih EBOOK dan PDF Pattern?
Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Google
Assalammualaikum..
Untuk entri kali ini saya mengenai Elektronik Book atau di kenali sebagai "Ebook" atau "Ebuku". Jika dahulu saya tidak berapa berminat membaca "ebook". Saya hanya minat dan mengetahui kelebihan "PDF Pattern" . Ia di hantar melalui email. Ini kerana kos penghantaran mengikut nilai tukaran wang semasa adalah mahal, terutama nilai USD. Jika di Malaysia, kos "PDF Pattern" juga murah kerana tidak melibatkan kos cetak berwarna dan kos pos. Malah biasanya tidak melebihi RM30. Jadi saya membeli melalui email kemudian di cetak sendiri jika memerlukan. Jika tidak saya hanya simpan di email ataupun pendrive. Tetapi masa itu saya kurang mengambil tahu mengenai kelebihan "ebook". "Ebook" juga di hantar melalui email.Walaupun pernah saya muat turun secara percuma tetapi ia di pandang sepi.
Bila sudah berkeluarga serta mempunyai anak-anak yang masih kecil, saya mula terfikir kembali mengenai "ebook" ini. Tetapi yang paling membuat jatuh cinta mengenai "ebook" adalah selepas menjadi ahli keluarga ABDR. Untuk ahli keluarga ABDR, 4 "ebook bonus" diberikan dan wajib tamat membaca serta membuat ulasan. Saya tinggal lagi 2 sahaja yang belum tamat membuat ulasan. 1 "ebook" sudah buat nota cuma belum lengkap. Antara "Ebook Bonus" ABDR yang saya dapat.
Antara kelebihan yang saya dapat bila memiliki "ebook" dan "PDF Pattern" adalah
Salam Sayang
Ingin mendapatkan Ebook Pakej Bekerja Di Rumah?? Boleh hubungi saya

- Mudah Dapat - Hanya menggunakan email saya boleh mendapat sebuah buku.
- Murah - Adalah lebih murah berbanding buku. Jika buku ilmiah yang tebal beratus mukasurat adalah lebih mahal, tetapi "ebook" biasanya lebih murah.
- Risiko Stok - Tidak mempunyai kehabisan stok.
- Tahan Lama - Tahan lama kerana tiada kertas..tiada istilah rosak, hilang dan terkoyak.
- Aplikasi - Biasanya hanya muat turun mengunakan aplikasi PDF atau Dropbox sahaja
- Gambar - Gambar adalah lebih nampak menarik serta tidak mati.
- Jimat - Tiada kos tersembunyi seperti kos pos. Penjimatan kertas. Malah jika membeli "PDF Pattern" kita hanya boleh mencetak bahagian pola sahaja.
Salam Sayang
Ingin mendapatkan Ebook Pakej Bekerja Di Rumah?? Boleh hubungi saya
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
Selasa, 18 November 2014
Produk i-Mukmin
DAPATKAN PEK COMBO PRODUK i-MUKMIN
HANYA RM33 TERMASUK POS
CHEZZY SAUCE i-MUKMIN (200GM)
MASHED POTATO i-MUKMIN (259GM)
Untuk mendapatkan Produk i-MUKMIN, boleh hubungi saya
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
HANYA RM33 TERMASUK POS
CHEZZY SAUCE i-MUKMIN (200GM)
MASHED POTATO i-MUKMIN (259GM)
Untuk mendapatkan Produk i-MUKMIN, boleh hubungi saya
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
Buku Telekung Puteri
BERMINAT UNTUK MENJAHIT SENDIRI TELEKUNG ANAK-ANAK??
INGINKAN BUKU SEBAGAI PANDUAN??
KINI TELAH TERBIT TELEKUNG PUTERI
SEBUAH BUKU PANDUAN MENJAHIT TELEKUNG KANAK-KANAK
HANYA BERHARGA RM31 TERMASUK POS
Ingin mendapatkan Buku Telekung Puteri boleh hubungi saya
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
INGINKAN BUKU SEBAGAI PANDUAN??
KINI TELAH TERBIT TELEKUNG PUTERI
SEBUAH BUKU PANDUAN MENJAHIT TELEKUNG KANAK-KANAK
HANYA BERHARGA RM31 TERMASUK POS
Ingin mendapatkan Buku Telekung Puteri boleh hubungi saya
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
Cross-stitch
Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Koleksi Peribadi
Assalammualaikum..
Baru2 ini ada perbincangan mengenai minat cross-stitch ini di dalam group. Alhamdulillah, ramai juga rakan-rakan yang minat. Saya sememangnya minat. Semasa darjah 5, emak saya sudah ajar ilmu menjahit ini. Terutama cross-stitch, sulaman tampal dan sulaman penuh jahit tangan serta mengait. Tetapi sayang untuk mengait saya sememangnya tidak lepas.Saya dan emak berkongsi minat yang sama. Cuma pada masa itu emak sememangnya mengambil tempahan.
Peristiwa yang saya masih ingat sampai sekarang, saya menghadiahkan guru kelas saya semasa darjah 6 sejambak bunga yang mengunakan sulaman penuh jahitan tangan. Mungkin tidak secantik orang dewasa, tetapi guru saya suka. Itu satu kepuasan pada saya. Saya juga pernah menghadiahkan guru seni semasa tingkatan 5 melalui seni jahitan kotak mengunakan tali rafia. Sayang sekali tiada kenangan. Sebenarnya emak yang ajar. Saya buat untuk mengisi alatan lukisan saya kerana saya mengambil seni lukis. Bila guru sudah berkenan, saya terus hadiahkan. Penghargaan buat saya. Ini kerana guru seni saya sememangnya terkenal dengan ketelitian.
Semasa bujang saya masih meneruskan minat menjahit ini. Terutama cross-titch. Ada juga saya buat penanda buku sebab saya suka baca novel ketika itu. Tetapi kini tidak di ketahui kemana hilangnya penanda buku itu. Cuma ini dalam simpanan saya.
Cross-stitch yang 2 ini sampai sekarang saya tidak "frame" kan lagi. Saya tidak juga menjualnya walaupun ada yang ingin membeli. Ini kerana saya tidak akan menjahit cross-stitch yang sama. Saya jemu kerana ia memerlukan pengiraan, kesabaran, ketelitian serta ke tekunan. Saya juga masih menyimpan gambar pemandangan yang hanya suku siap. Bila ada anak- anak kecil, pengiraan selalu salah. Jadi saya simpan dulu untuk masa akan datang.
Semasa bujang saya kerap ke perpustakaan untuk mencari buku-buku cross-stitch ini. Buku luar negara malah kos buku yang tinggi. Pada masa itu juga saya kurang terdedah pada internet. Jadi tidak tahu mana hendak mencari sumber. Jadi pergi ke perpustakaan daerah untuk membuat pinjaman buku untuk "fotostat" yang mana saya dan emak berminat.
Harga benang juga semakin mahal. Jika dahulu hanya dalam 80sen, kini sudah mencecah RM1.80 untuk seikat benang. Benang ini banyak jenama, tetapi saya suka pada jenama DMC. Kualiti benang ini berbeza termasuk warnanya. Malah bertahun saya simpan benang ini, masih elok. Untuk kos "frame" pun sudah meningkat. Sesiapa yang hendak mengambil upah banyak kos perlu dikira.
Pada saya, jahitan tangan lagi tinggi nilainya. Ini kerana jahitan tangan memerlukan ketelitian. Jadi jika tiada mesin jahit masih mampu meneruskan minat menjahit. Mesin jahit bukan halangan minat. Cross-stitch ini sememangnya tidak luput di zaman. Malah lagi tinggi nilainya kerana tidak semua orang sanggup membuat kemudian menjual. Sayang hasil tangan sendiri. Sekian
Salam Sayang
Ingin mendapatkan produk i-Mukmin ini??. Boleh hubungi saya

Isnin, 17 November 2014
Blouse Simple
Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi
Assalammualaikum.
Pada Sabtu yang lepas saya ada urusan. Maka tiba-tiba saya rasa hendak membuat blouse. Jangan tidak percaya, kain untuk baju ini adalah dari jenis cotton cadar bidang 60". Mungkin ada rasa pelik bukan?. Sebenarnya saya berkenan corak ini. Tetapi bila saya cari kain cotton baju corak sebegini harga agak tinggi. Jadi semasa membeli kain set cadar untuk mertua saya, saya terjumpa corak ini. Saya tidak melepaskan peluang kerana mampu milik. Saya beli di Kamdar sahaja.
Pada mulanya suami pun pelik saya mengunakan kain cadar untuk baju. Tetapi saya suka berfikir secara positif dan mudah. Bagi saya bila sudah jadi baju, tiada siapa yang bertanya kain apa ini, bukan?. Tetapi orang akan bertanya beli dekat mana kain ini?. Jawapan pun mudah, beli di Kamdar. jadi tidak perlu sebut kain cadar. Lagipun kita yang jahit sendiri, hanya kita sahaja tahu jenis kain.
Blouse ini yang paling simple. Tanpa zip kecuali tangan bergetah. Yang pasti saya tetap melukis pola walaupun simple. Ini contoh baju yang sudah siap.
Ini adalah contoh pola saya untuk ukuran blouse simple ini. Saya minta maaf, kerana saya tidak berapa pandai melukis. Tetapi saya berharap dapat membantu serba-sedikit. Untuk ukuran pinggang, boleh juga melebih 3" jika mahu lebih kelonggaran. Terpulang untuk keselesaan sendiri. Ini pola badan.
Ini pula pola lengan. Di pergelangan tangan saya menambah dalam 3" termasuk untuk basi getah. Saya menggunakan getah 1/2" sahaja. Untuk hujung tangan /2 , saya tambah 2.5" untuk kedutan getah. Tetapi terpulang pada diri untik kedutan ini. Garisan yang menyerong saya bahagi 3.
Semoga ini dapat membantu anda di luar sana. Ini pola yang saya gunakan. Mungkin lain orang, lain caranya. Sekian
Salam sayang
Ingin mendapatkan Buku MMR versi penuh boleh hubungi saya

Langgan:
Catatan (Atom)