Rabu, 13 Mei 2015

21 Formula Hidup Luar Biasa



Buku ini sangat lain daripada buku-buku terlajak laris sebelum ini di mana intipatinya lebih kepada penceritaan di dalam menyampaikan 21 Formula Hidup Luar Biasa di dalam mencapai kejayaan dan keberkatan dunia akhirat Insya Allah. Genre penulisan kali ini adalah lebih kepada menyerlahkan potensi kita untuk hidup luar biasa dan paksi utamanya adalah berkaitan di antara kita dan Allah swt, kekasihNya dan makhlukNya. Ini adalah di antara sebahagian intipati ilmu yang saya kongsikan di dalam seminar 4-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).
Ilmu tidak percuma apatah ilmu yang diraih dari kepayahan jatuh bangun dan kesusahan bertahun-tahun sehingga ia terbukti ianya berkesan berulang-ulang kali. Ia memerlukan pengorbanan, jerih perih, pelaburan masa, tenaga, wang dan emosi. Ia melibatkan konflik, kontroversi, kegigihan dan kegagalan demi kegagalan serta kekuatan untuk bangkit lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya.
Banyak perkara yang saya ingin kongsi bersama anda dan ada yang saya kongsikan dalam buku “21 Formula Hidup Luar Biasa” setebal hampir 400 muka surat ini. Antaranya adalah tentang kehidupan seharian kita, apa yang kita perlu lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang berkat dengan kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.
Salah satu jawapannya adalah amalan baik dan disiplin harian yang konsisten. (dr azizan osman)

Buku yang sangat memberi inspirasi.

Dapatkan segera buku ini 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA

HARGA BUKU RM45 (TERMASUK POSTAGE 
SEMENANJUNG DAN SABAH SARAWAK)

Khamis, 7 Mei 2015

8 tip murah rezeki dalam hubungan…IRFAN KHAIRI

1)Senyum itu sedekah. Murahkan diri dengan senyuman sentiasa dan rezeki pun akan murah.

2)Gembirakan kanak-kanak.


3)Mendirikan masjid bagi mereka yang masih bujang. Jangan ditunda-tunda kerana Allah swt akan memberi rezeki rumah tangga pula.


4)Bagi yang sudah berkahwin, jaga hati sesama suami dan isteri selalu. Sayang menyayangi sekeluarga, rezeki pun akan sayang pada kita


5)Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.


6)Bagi suami, isteri, sentiasa bersyukur dengan pasangan hidup sedia ada. Tidak kira apa sahaja kekurangan masing-masing.


7)Layan semua orang dengan penuh hormat tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda. Tidak kira juga pangkat, darjat, atau di mana sahaja kedudukan kita berada.


8)Gembirakan orang yang berada dalam duka atau sedih.

Jumaat, 24 April 2015

MENJANA PENDAPATAN DENGAN AKADEMI BEKERJA DI RUMAH SEBAGAI PENGURUS ONLINE

MENJANA PENDAPATAN DENGAN AKADEMI BEKERJA DI RUMAH SEBAGAI PENGURUS ONLINE ABDR. BAGAIMANA CARA?
Melalui produk digital ebook, kelas-kelas online offline dan tapak iklan. Semuanya produk informasi, atas talian sahaja. Boleh menjana pendapatan bersih RM1-3k jika buat sungguh-sungguh, fokus dan konsisten.
Sama juga konsepnya seperti kita buat bisnes dropship. Bisnes dropship produk fizikal yang perlu kita urus penghantaran produk melalui pos.
Ramai pengurus online yang sangat seronok memperkenalkan dan mempromosi produk-produk ABDR, kerana keuntungannya lebih besar sedikit berbanding bisnes dropship.


Bagi yang serius mahu bermula sebagai pengurus online ABDR, Boleh hubungi saya untuk pendaftaran dan keterangan lanjut.

Rabu, 15 April 2015

Bina Penjenamaan Dengan Menggunakan Nama Sendiri

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.
Alhamdulillah akhirnya 44 entri latihan penulisan berjaya disudahkan. Pelbagai cabaran dan kekangan masa dihadapi, namun saya berusaha segenap daya untuk menghabiskan apa yang telah saya mulakan pada pertengahan Ogos 2014 yang lalu. Terima kasih kepada Puan Masayu yang sentiasa memberi motivasi dan bimbingan.
Sebelum menjadi pelajar ABDR, saya sudah pun mempunyai blog khas untuk bisnes kraftangan felt namun blog itu sering dibiarkan dan jarang dikemaskini. Tidak terlintas langsung di fikiran ini bahawa guru saya Puan Masayu akan menyarankan saya fokus menulis tentang seni kraf setelah beliau membuat analisa minat dan kemahiran pelajarnya. Bezanya kali ini, saya membuat penjenamaan melalui nama saya sendiri.
Alhamdulillah ternyata saranan Puan Masayu amat kena pada masanya dan banyak memberi manfaat kembali kepada diri saya. Masuk entri kelima, saya mula jelas kebaikan menulis perkongsian di blog. Dalam masa 2 bulan sahaja, bilangan followers di halaman Facebook meningkat sebanyak lebih 1000 orang tanpa perlu saya membeli iklan untuk tujuan promosi. Bilangan pelanggan dan bakal pelanggan juga meningkat secara serentak. Itulah daya tarikan perkongsian yang memberi manfaat.
Saya sukakan konsep Kelas Asas Penulisan dan Blog di ABDR. Waktu belajar sentiasa fleksibel, amat sesuai dengan situasi saya sebagai ibu yang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak dan dalam masa yang sama sibuk mengusahakan bisnes dari rumah. Saya bebas berkomunikasi dengan Puan Masayu melalui peti mel dan biasanya soalan-soalan saya akan direspons kurang dari 24 jam.
Di kelas ABDR juga tiada tekanan dan desakan untuk menghabiskan tugasan. Semuanya atas tanggungjawab dan kesedaran pelajar itu sendiri untuk menyelesaikan amanah yang telah diberikan. Pelajar dilatih menulis catatan setiap hari di dalam buku nota agar momentum untuk menulis itu sentiasa ada. Catatan di buku nota itu seterusnya akan dijadikan idea dan rangka penulisan di blog. 
Setiap entri pelajar akan dibaca dan disemak oleh guru. Walaupun kelas ini diadakan secara atas talian, perbincangan antara guru dan pelajar sentiasa berlangsung walaupun tidak bertemu 4 mata. Puan Masayu sentiasa memberi idea, tips dan panduan agar penulisan blog mampu menarik minat ramai pembaca. ABDR terdiri daripada lebih 1000 orang blogger yang berkongsi pautan. Ini secara tidak langsung membantu aliran trafik ke blog.
Akhir kata, tahniah dan terima kasih sekali lagi buat pasukan ABDR dan guru saya Puan Masayu Ahmad khususnya yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Didoakan segala ilmu dan perkongsian di dalam kelas bakal menjadi saham pahala di Akhirat kelak. Langkah saya yang seterusnya, ebook! Mohon doa kalian agar tahun ini saya punya kelapangan waktu untuk berjaya menulis sekurang-kurangnya 2 buah ebook berkaitan bisnes kraftangan felt. :) InsyaAllah

sumber : http://noramalinarohaizad.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-penulisan-dan-blog.html 

Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Untuk pendaftaran boleh hubungi saya:
Norliza Tomiran

Sebar Kad Bisnes Percuma di Google


Kad bisnes percuma.
Salah satu kebiasaan apabila kita mencari sesuatu pada carian google. 
Kita akan menulis perkataan tersebut.


Begitu juga halnya dengan blog. Apabila pembaca atau bakal pelanggan mahu 
mencari kita, mereka akan terlintas nama 'kita' terlebih dahulu.

Letak 'seberapa banyak kad bisnes' ini. Semakin banyak kita update semakin mudah 
carian pembaca dan bakal pelanggan.


Sangat penting juga, apabila kita meletakkan satu aras apa kaitan nama dan apa yang
 kita usahakan.
Kalau dengar nama azuriyah mesti pasak pembaca dengan sulaman. 
Jadi tak ada bayangan jual kek, jual roti, jual perabot.

Apabila kita sendiri fokus dengan apa yang kita mahu tulis. 
Pembaca juga jelas dengan kita.
Jika kita sendiri keliru mahu fokus tulis apa, pembaca 10 kali keliru.

Contohnya :  
Nama: Azuriyah Mohamad
email: azuriyahmohamad@gmail.com
Url blog: azuriyahmohamad.blogspot
Tajuk blog: Seni Sulaman Dan Kreatif

belajar lebih lanjut dalam kelas onlline blog ABDR

Kad bisnes

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, semenjak bersama rakan-rakan pengurus "online" ABDR banyak ilmu yang saya perolehi. Bertukar-tukar buah fikiran dan pendapat malah tunjuk ajar. Di beri guru yang sentiasa ada untuk sebarang pertanyaan terutamanya seperti saya yang baru hendak berjinak-jinak perniagaan "online".

Rupa-rupanya baru saya tahu betapa pentingnya "Kad Bisnes" untuk sebarang perniagaan. Tidak kira perniagaan "online" mahupun "offline". Malah besar manfaat yang di perolehi. "Kad bisnes" juga adalah salah satu cara untuk kita mempromosi kepakaran kita.  Rezeki itu milik Allah. Tetapi kita wajib usaha. Kita tidak tahu Allah akan memberi rezeki melalui orang yang kita memberi "Kad Bisnes".  Sebab itu tiada kerugian di dalam memberi "Kad Bisnes".

Setelah mendapat tunjuk ajar melalui cikgu Anys dan rakan-rakan ABDR yang lain, maka terhasillah "Kad Bisnes" saya untuk di beri kepada rakan-rakan alam maya. Terima kasih semua.