Assalammualaikum..
Di sini saya cuba kongsikan tip serba-sedikit yang saya tahu tentang jahit menggunakan kain lycra..kain yang agak memeri. Tetapi sedap di pakai. Kalau kena pada tukang jahitnya..serta gayanya. In shaa Allah..menutup aurat serta tidak menampakkan bentuk badan. Malah yang pasti tidak perlu `iron`. Mesti ramai yang suka bab tidak perlu `iron` termasuk saya. Bila sudah ada anak, bab `iron` menjadi remeh pada saya. Jadi saya kongsikan tip ini pada anda.
Kain lycra ni sebenarnya ada banyak jenis. Ini melibatkan kualiti serta nipis @ tebal kain lycra. Saya lebih suka lycra denim. Ini kerana tekstur kain lebih tebal. Ini contoh kain lycra denim simpanan saya. Ada juga kain lycra biasa (kosong @ bercorak) tetapi tebal. Bagi saya adalah lebih afdal merasa sendiri tekstur kain lycra. Baru puas hati.
Lycra Denim |
Lycra Denim |
Tapak Teflon |
Jarum Schmetz |
Saya kongsikan tip apa yang saya tahu serta pengalaman yang saya lalui. Kadang-kadang lain mesin, lain ragamnya. Saya menggunakan mesin highspeed Brother. Jadi anda juga boleh kongsikan tip-tip anda di ruangan komen. Semoga cikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan kita.
Salam Sayang
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamassalamualaikum kak. boleh saya tau jarum tu beli di mana ? btw sy dr sabah :)
BalasPadamWaalaikusalam. Saya beli dari rakan facebook. Puan boleh bertanyakan kepada rakan facebook saya bernama Yanie Che Mat. Jika link facebook nya https://www.facebook.com/yanie.c.mat.
BalasPadam