Isnin, 29 Februari 2016

Mesin jahit ibu mertua ku

Assalammualaikum

Singer 248

   Ini adalah mesin kesayangan ibu mertua saya. Kenapa???..maaf saya tidak pula mengetauinya. Yang saya tahu mesin ini sudah lama tidak di pakai kerana ibu mertua saya tidak lagi menjahit. Episod saya di beri mesin ini bermula dari hasil gotong-royong rumah ibu bapa mertua saya. Ini kerana tidak lama lagi adik ipar saya akan melangsungkan perkahwinan.

  Mula-mula ramai yang suruh jual. Tetapi ibu mertua tidak bagi. Maka saya minta izin suami untuk meminta mesin jahit ini dari ibu mertua. Bila suami kata, cuba la minta.  Saya meminta dari ibu mertua dengan perasaan malu-malu kucing..hihi.. Alhamdulillah, ibu mertua berikan mesin ini. Saya sebenarnya sayangkan badan mesin ini. Ini adalah mesin jahit lama, jadi badan dia adalah material besi dan berat. Kelebihannya bila kita menjahit, mesin jahit tidak bergegar seperti mesin jahit sekarang yang badan dia dari material plastik.

   Kini mesin ini adalah mesin pertama saya yang berjenama Singer. Bila suami saya ada kelapangan masa, saya mintakan suami hantar mesin jahit saya ke kedai Singer. Alhamdulillah, semenjak saya duduk di Bukit Beruntung hanya Encik Johari yang saya panggil untuk membaiki mesin jahit saya walaupun saya tidak pernah membeli mesin dari dia. Saya suka servis dan tip-tip mesin yang dia kongsikan bila kita bertanya. Malah harga yang di kenakan berpatutan pada saya. Ini saya sertakan sekali nombor telefon bimbit Encik Johari - 019-217 2086. 

  Harga untuk saya servis mesin jahit ibu mertua saya ini adalah RM60. Ini termasuk "bell" mesin jahit. "Bell" kene tukar kerana lama mesin ini tidak di gunakan. Harga ini termasuk aksoseri yang kecil-kecil yang telah hilang. Alhamdulillah, mesin ini sudah seperti sedia kala. Jahitan juga masih cantik. Cuma sekarang saya perlu mengumpul wang untuk membeli "casing" untuk mesin jahit ini dalam anggaran RM140. 
    
    Tujuan "casing" adalah untuk menutup atas dan terutama bawah mesin jahit ini. Bila terbuka begitu bahagian bawah bahaya jika saya sedang menjahit, anak-anak termasukkan jari di bawah mesin. Penutup atas pula untuk memudahkan saya hendak bawa mesin kemana-mana dan yang paling penting dapat mengawal anak-anak saya mencabut aksoseri kecil-kecil pada mesin..hihi. In sha Allah, jika berkesempatan saya ingin ajar anak-anak saya menggunakan mesin jahit ini. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan