Rabu, 29 Ogos 2018

MENCARUM SENDIRI AKAUN KWSP / EPF MELALUI CIMB ONLINE

Assalammualaikum.

   

   Alhamdulillah, hari ini baru sempat cari-cari , jika CIMB ada menawarkan perkhidmatan mencarum KWSP/ EPF dari akaun syarikat sendiri. Saya pernah pergi ke pejabat KWSP untuk bertanyakan bank yang menawarkan perkhidmatan mencarum. Katanya hanya Public Bank dan Maybank sahaja.

  Kenapa saya mencarum KWSP sendiri???. Jawapannya ialah walaupun saya hanya menjahit diri rumah tetapi saya perlu ada simpanan untuk hari tua saya walaupun sedikit.  Berbaloi untuk saya bekerja sendiri. Lagi 1 KWSP ini simpan yang tidak boleh di bawa keluar sewenang-wenangnya, berbanding dengan simpan wang di bank.

 Disini saya kongsikan cara untuk mencarum KWSP melalui CIMB ONLINE.

Langkah  1 : BUKA AKAUN CIMB ONLINE

Langkah 2 : PILIH PAY & TRANSFER ( seperti didalam gambar bawah )



Langkah 3 : PILIH EPF / KWSP TRANSFER

Langkah 4 : ISI KAN APA YANG PERLU DI ISI. PASTIKAN TAHU NO AKAUN KWSP
                       ( Jumlah caruman paling rendah RM50 dan paling banyak RM5000 )



 Langkah 5 : HANTAR DAN TUNGGU TAC. SELESAI

  Mudahkan. Selamat mnencarum.

Sekian perkongsian dari saya.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. Nak tanya, apa beza favourite dengan other ya..

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam. Favourite tu, kita dah set no acc tu. Nanti akan jadi lebih mudah untuk tolak. Kalau other tu kita tidak set acc KWSP. Jadi kita kena ingat no acc sendiri.

    BalasPadam