Ahad, 6 September 2015

Kelas Online ABDR boleh belajar melalui WHATAPPS?

Assalammualaikum.


   Sebenarnya tiada halangan jika benar-benar ingin belajar Kelas Online ABDR. 

  Jika tiada Facebook, anda boleh juga belajar melalui Whataaps Group.

 Tiada halangan untuk bersama keluarga besar kami di ABDR.



 berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Pakej-pakej Kelas ABDR

1. YURAN 1 - RM 150
๐Ÿ”ธKelas asas blog penulisan
๐Ÿ”นEbook - belajar asas blog

2. YURAN 2 - RM180
๐Ÿ”ธKelas asas blog penulisan
Bonus 3 ebook
๐Ÿ”นEbook belajar asas blog
๐Ÿ”นEbook super wahm super mom
๐Ÿ”นEbook mula bisnes butik

3. YURAN 3 - RM200
๐Ÿ”ธKelas asas blog penulisan
Bonus 4 ebook
๐Ÿ”นEbook belajar asas blog,
๐Ÿ”นEbook super wahm supeer mom
๐Ÿ”นEbook mula bisnes butik
๐Ÿ”นEbook 101 idea home based bisnes

4. YURAN 4 - RM250
๐Ÿ”ธ RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE ABDR - blog bisnes / penulisan
Bonus 6 ebook
๐Ÿ”นEbook belajar asas blog
๐Ÿ”นEbook super wahm super mom
๐Ÿ”นEbook mula bisnes butik
๐Ÿ”นEbook 101 idea home based bisnes
๐Ÿ”นEbook yeay mama sudah resign
๐Ÿ”นEbook 10 langkah mudah bina kedai online (belum terbit)

5. YURAN RM300
๐Ÿ”ธKELAS BLOG BISNES PENULISAN SERENTAK
BONUS 10 EBOOK
๐Ÿ”นEbook belajar asas blog
๐Ÿ”นEbook mula bisnes butik
๐Ÿ”นEbook 101 idea home based bisnes
๐Ÿ”นEbook panduan berpantang
๐Ÿ”น Ebook resipi pantang
๐Ÿ”นEbook super wahm supermom
๐Ÿ”นEbook rahsia khidmat pelanggan
๐Ÿ”นEbook yeay mama sudah resign
๐Ÿ”นEbook 10 langkah bina kedai online (belum terbit)
๐Ÿ”น Ebook panduan rakan niaga (belum terbit)

berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

PROMOSI SEPTEMBER

Pakej promosi september (pre order ebook 101 idea bisnes makanan)
RM50 untuk pakej ini, dapat 3 ebook
sebaiknya belian secara pakej lebih jimat
EBOOK 101 IDEA BISNES MAKANAN SAHAJA, RM40

PROMOSI EBOOK SEDANG BERLANGSUNG.

berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Pengalaman Mahu Kembali Bekerja di Rumah

Menjadi kelaziman saya untuk menyuap anak-anak makan terutamanya di hari cuti dan juga sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah. Waktu itu juga mereka akan bercerita perihal di sekolah samada berkaitan kawan-kawan mahupun aktiviti di sana. Menyuap anak-anak makan adalah perkara yang cukup seronok dan teruja bagi saya. Hati melonjak girang apabila tiba waktu makan dek ingin menyuap anak-anak. Saat-saat sebegini mengingatkan saya sewaktu zaman kanak-kanak sehinggalah bersekolah rendah dahulu. Bukan selalu, tetapi memakan sesuatu dari suapan tangan ibu membuatkan saya rasa cukup gembira dan bahagia. Walaupun hanya berlaukkan ikan goreng/ikan singgang/telur mata sekalipun, makanan itu bagaikan mempunyai rasa luarbiasa, nikmat yang terlalu indah. Ditambah pula masakan tersebut adalah daripada air tangan ibu.

Ibu saya biasanya akan turun suapkan makan malam kepada saya dan adik-adik seawal jam 6-6.30 petang sewaktu kami sedang bermain di halaman rumah. Pada waktu itu, ada sebuah wakaf/tempat berehat kecil di hadapan rumah. Kadang kala di situlah tempat kami membuat kerja sekolah, membaca buku, berborak, bermain dan sebagainya.

Disebabkan memori indah sebegitulah, sekarang saya cuba untuk membuatkan anak-anak saya merasai pengalaman yang sama. Ya, saya akui saya sewaktu saya bekerja dahulu, masa saya bersama anak-anak amatlah terhad. Bayangkan, jika saya sudah terlambat pulang atas urusan kerja, urusan anak-anak sudah dibereskan oleh taska. Ada kalanya anak-anak sudah makan malam dan lebih lagi, sudah tertidur di situ. Bukan sahaja saya terpaksa membayar bayaran lebih masa, tetapi saya juga terpaksa berkorban jiwa dan raga, merintih rindukan anak-anak. Anak-anak yang jiwanya masih kecil turut mengorbankan perasaan mereka menuntut kasih sayang dari ibu dan ayah. Bertentang mata dengan anak-anak menjadi sesuatu yang eksklusif bagi kami, apatah lagi ingin menyuapkan makanan untuk mereka.

Apabila mendapat peluang menjadi surirumahtangga sepenuh masa, saya cuba "melangsaikan" balik "hutang" saya dengan anak-anak. Cuba untuk melakukan sebanyak mungkin aktiviti dengan mereka. Tidak pelik untuk saya nyatakan, walaupun mereka sekarang bersama saya setiap masa (kecuali waktu persekolahan), tetapi saya masih terdetik rasa rindu apabila melihat mereka tidur.
baca lagi kisah perkongsian puan Khushartini Kamarulzaman
http://khushartinikamarulzaman.blogspot.com/…/suapan-seoran…
Kelas blog bisnes penulisan ABDR




Nota 1: Penulisan yang sangat baik kategori penulisan pengalaman.

Nota 2: Penulisan ini juga kaedah menulis perihal kisah surirumah dan kaitan dengan pengalaman mahu kembali bekerja di rumah.

Nota 3: Banyakkan kisah penulisan sebegini kerana ia mendorong pembacaan disukai ramai wanita dan surirumah.

Nota 4: Apabila kita bergabung dengan alumni ABDR, perlu letak url blog, tidak sama sekali buang link asal. Ia cara berintegriti kita membantu promo blog rakan rakan.

Nota 5: Selalu percaya akan prinsip jemaah dan silaurrahim itu adalah salah satu teknik menjemput rezeki. Ikhlaskan diri dalam silaurrahim, kita akan rasa pintu pintu rezeki terbuka.


Jom daftar dalam kelas online blog ABDR, Kita belajar menulis secara konsisten. Belajar berkongsi pengalaman yang menjadi pembaca ketagih untuk membaca dan membaca lagi perkongsian kita di blog.

Kami sentiasa buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar bila-bila masa sedia

berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Minggu penuh cabaran.

 Assalammualaikum.

     Bermula hari sabtu minggu lepas saya mengalami batuk yang agak teruk. Selasa pula saya ada temujanji bersama klinik ibu dan anak. Terus wajib jumpa doktor. Seperti biasa dapat ubat-ubatan yang di benarkan untuk ibu mengandung.  Hari rabu pula anak lelaki saya mula menunjukkan ciri-ciri hendak deman. Akhirnya, demam jua.  Anak lelaki saya kalau deman kebiasaannya waktu malam yang badan yang panas. Waktu siang kurang sedikit.

   Jadi, waktu siang dia boleh bergurau-gurau. Tapi bila malam memang tidak berdaya. Maka anak lelaki pula berkunjung ke klinik panel. Anak lelaki saya tidak takut makan ubat, tetapi takut jumpa doktor. Nampak doktor, menangis sekuat hati dalam klinik. Hendak di jadikan cerita, doktor yang merawat anak saya mengalami sakit mata pula. Maka akan ada yang berjangkit nanti.

  Ya Allah..Suami..ku..yang terkena virus sakit mata doktor tersebut. Maka esoknya menjadi lagi pengunjung klinik tersebut, di tambah pula anak sulung mengalami batuk pula. Alhamdulillah, kini anak sulung dan suami sudah kembali sihat. Tinggal saya yang masih batuk dan anak lelaki masih demam sehingga kini. Cuma semakin berkurangan.

   Sambil-sambil jaga anak demam, menjahit tempahan yang masih berbaki wajib di teruskan. Langsir untuk 1 buah rumah dan 2 pasang telekung. Harap sempat di siapkan sebelum raya haji. Selepas itu boleh membuat persiapan untuk orang baru dalam keluarga kami pula. In sha Allah.Ibu sentiasa berdoa anak bujang ibu cepat sembuh. 

Baru siap separuh. Langsir 1 rumah
 ada 50 meter kain.








Jumaat, 4 September 2015

Bermula Tanpa Modal

Sumber: Bab 4  Modal Bukan Faktor Utama.



Adakah boleh bermula tanpa ada modal? Jawapannya boleh. Iaitu kita terus fokus kepada pemasaran dan ketetapan dalam sasaran bersih yang mahu dicapai setiap hari.
Berikut 10 strategi untuk kita bermula tanpa perlu kita menjadikan modal sebagai faktor utama.
1. Tabungan.
Sekiranya kita masih bekerja, wujudkan satu tabungan khusus dinamakan sebagai tabungan berniaga. Letak sasaran untuk tabungan ini contoh setiap bulan kita letakkan RM100 secara konsisten.
Selama 12 bulan wang tabungan modal yang terkumpul adalah RM1200. Sekiranya tiga tahun terkumpul adalah sebanyak RM3600. Selalu memastikan disiplin untuk terus menabung dalam tabung modal ini.
Apabila mahu menggunakan untuk memulakan bisnes selalu ambil hanya jumlah minima contoh RM500 atau RM1000 sahaja. Dan sangat penting untuk mengantikan jumlah tersebut dalam tabung modal. Tabung modal ini juga tidak boleh diambil untuk tujuan lain.
2. Bekerja sambilan.
Sekiranya masih bekerja dan tidak mahu menyentuh wang dari gaji, boleh mencari satu lagi pekerjaan sambilan. Kerja itu mungkin ada kaitan dengan bisnes atau perniagaan yang kita ingin lakukan sepenuh masa kelak.
Contoh mahu kedai jahit, jadi boleh bekerja secara sambilan. Duit upah boleh disimpan sebagai modal. Manakala nilai tambah yang lain ialah dapat belajar dan menambah kemahiran sedia ada dari usahawan yang sudah berjaya.
Sumber: Bab 4 Modal Bukan Faktor Utama.
Baca lagi dalam ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online.

berminat boleh hubungi saya:

Khamis, 3 September 2015

Bab 2 Asas Pemasaran Online

Bab 2 Asas Pemasaran Online

Cabaran paling gentir

Bagi saya cabaran paling gentir dalam menjalankan bisnes online adalah, mendapatkan pelanggan. Seperti kata-kata Chef Ali di dalam bukunya ‘ jikalau kita masak mee goreng yang paling sedap di dunia pun, kalau orang tidak tahu, orang tidak akan membelinya’. Kaedah pemasaran adalah sangatlah penting.
Sewaktu memulakan bisnes online, saya hanya mengambil kursus pemasaran. Kursus ini lebih kepada perniagaan offline. Perniagaan melalui facebook, kurang mendapat sambutan, saya perlu melakukan sesuatu. Saya mula mengambil kelas pemasaran facebok, Alhamdulillah, saya mula nampak jalan yang harus saya lalui. Jualan semakin meningkat.
Namun, dalam mengendalikan bisnes online ataupun offline, kita tetap terpaksa mengharungi pelbagai cabaran, Saya pernah ditipu pembeli, pembeli memberikan gambar slip pembayaran bersama keterangan, tetapi berlainan bank, dan memberitahu biasanya duit akan diterima dalam tiga hari bekerja. Saya masih baru dalam bisnes online, kerana mempercayainya, saya terus poskan barang yang ditempahnya. Ternyata selepas itu, akaun facebook tersebut tidak dapat dikesan.

Sumber: Bab 2 Asas Pemasaran Online

Baca lagi perkongsian ini dalam ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai online.

RM30
berminat boleh hubungi saya:

  Terus menempah di Borang Tempahan
Email : norlizatomiran@gmail.com
FB : norliza tomiran