Ahad, 6 September 2015

Minggu penuh cabaran.

 Assalammualaikum.

     Bermula hari sabtu minggu lepas saya mengalami batuk yang agak teruk. Selasa pula saya ada temujanji bersama klinik ibu dan anak. Terus wajib jumpa doktor. Seperti biasa dapat ubat-ubatan yang di benarkan untuk ibu mengandung.  Hari rabu pula anak lelaki saya mula menunjukkan ciri-ciri hendak deman. Akhirnya, demam jua.  Anak lelaki saya kalau deman kebiasaannya waktu malam yang badan yang panas. Waktu siang kurang sedikit.

   Jadi, waktu siang dia boleh bergurau-gurau. Tapi bila malam memang tidak berdaya. Maka anak lelaki pula berkunjung ke klinik panel. Anak lelaki saya tidak takut makan ubat, tetapi takut jumpa doktor. Nampak doktor, menangis sekuat hati dalam klinik. Hendak di jadikan cerita, doktor yang merawat anak saya mengalami sakit mata pula. Maka akan ada yang berjangkit nanti.

  Ya Allah..Suami..ku..yang terkena virus sakit mata doktor tersebut. Maka esoknya menjadi lagi pengunjung klinik tersebut, di tambah pula anak sulung mengalami batuk pula. Alhamdulillah, kini anak sulung dan suami sudah kembali sihat. Tinggal saya yang masih batuk dan anak lelaki masih demam sehingga kini. Cuma semakin berkurangan.

   Sambil-sambil jaga anak demam, menjahit tempahan yang masih berbaki wajib di teruskan. Langsir untuk 1 buah rumah dan 2 pasang telekung. Harap sempat di siapkan sebelum raya haji. Selepas itu boleh membuat persiapan untuk orang baru dalam keluarga kami pula. In sha Allah.Ibu sentiasa berdoa anak bujang ibu cepat sembuh. 

Baru siap separuh. Langsir 1 rumah
 ada 50 meter kain.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan