Rabu, 18 November 2015

Kitar semula pakaian.

Assalammualaikum..

   Hari ini anak bujang saya bising. Katanya seluar adik sudah tiada. Sebenarnya baru minggu lepas suami belikan anak-anak seluar panjang kerana beli sedikit pakaian untuk orang baru nanti. Mula-mula malas juga saya hendak layan. Ini kerana tiada aura hendak menjahit. Telekung yang tinggal jahit tindih pun saya tidak menjahit, walhal kalau hendak siap sehari sahaja boleh siap.

  Tapi kesian juga anak bujang ini. Ini kerana sekarang asyik berkepit sahaja. Maka, dalam keadaan bermalas-malasan saya mencari idea untuk membuat seluar yang cepat siap. Jadi saya selongkar baju-baju lama saya. Blouse muslimah yang saya miliki, kebiasaannya kain t-shirt yang berkualiti. Sebab itu saya sayang baju tersebut walaupun sudah tidak muat...hihi. 

   Pola seluar anak saya sememangnya saya simpan. Senang bila-bila hendak digunakan. Jadi, saya mulakan sessi menekap pola. Zass...10 minit siap. Boleh terus pakai. Ini kerana untuk bahagian kaki seluar tidak perlu di jahit. Hanya potong bentuk seluar dan letak getah pinggang. Untuk tangan baju, saya simpan dahulu. Saya kena buat pola seluar untuk bayi nanti. Maka, bayi juga dapat seluar kitar semula. 

   Jadi selepas ini, baju dan seluar yang terpakai jangan di buang. Di tambah pula kain yang sedap-sedap. Bila ada masa lapang, dah boleh buat pakaian anak-anak. Jimat belanja. Sekian.

Blouse muslimah saya. Saya ambil bahagian badan.
Ini hasilnya untuk anak bujang.

Khamis, 5 November 2015

Cardigan untuk sessi berpantang

Assalammualaikum.

   Sudah agak lama saya tidak kemas kini blog kesayangan saya ini. Saya dalam proses menyiapkan tempahan-tempahan telekung dan sedikit untuk keperluan bayi. Dalam sibuk untuk menyediakan keperluan bayi, terhasil juga keperluan untuk ibu semasa di hospital dan proses  berpantang. Saya bukan seorang yang gemar ber"cardigan" sebenarnya, tetapi kadang-kadang masa memerlukan saya berkeadaan begitu. 

  Bila seorang rakan alam maya berkongsikan cara menjahit "cardigan" anaknya, maka saya tiba-tiba rasa untuk menjahit sehelai untuk saya semasa di hospital nanti mahupun semasa membawa bayi ke klinik. Maka terhasil jua "cardigan" dewasa khas untuk saya yang menyusukan bayi secara terus.

Cardigan pertama ku
   "Cardigan" ini saya sememangnya menjahit lebih besar untuk bahagian depan. Jadi untuk mendapatkan kelonggaran yang saya mahu, saya potong kain secara bias. Ia akan nampak kembang dan besar . Untuk tidak terlalu terdedah, saya meletakkan 4 butang ketip. Jarak antara butang juga jauh, maka jika saya melakukan penyusuan, bayi tidak lemas. 

Material dari jarak dekat
   Material ini pula saya menggunakan lycra yang bergaris. Ia seolah-olah kain t-shirt. Tetapi nipis sedikit. Saya membeli semasa Jakel membuat jualan pindah kedai. Alhamdulillah, akhirnya berguna jua kain ini. Masa itu harga RM10/meter sahaja. Saya beli dalam 2 1/2 meter. Niat sebenarnya hendak buat pakaian basahan untuk di rumah sahaja, tetapi sudah hampir setahun kain masih dalam gulungan..hihi.. Penyakit suka beli kain sebenarnya.

  Sampai di sini sahaja coretan saya untuk "cardigan" ye. Walaupun ada rakan-rakan seperjuangan dahulu hendak menempah, saya tidak ambil tempahan. Masa saya adalah teramat-amat terhad sekarang. Di tambah pula harga kain dan barang-barang jahitan yang sudah meningkat. Jadi sekadar untuk diri sendiri dam memberi idea kepada rakan-rakan. Sekian.

Khamis, 15 Oktober 2015

Agen Dropship Buku

TIP DROPSHIPPER

Pertama sekali kena berdikari dan gunakan peluang yang ada dengan mempromosikan produk di fb, fanpage, atau blog jika ada
Latih tubi promosi gaya kita sendiri. Jangan malu untuk memulakan sesuatu. Jika tiada yang mahu beli teruskan juga promosi. Konsisten lakukan promosi sehingga ada yang menyedari bahawa kita ada menjual produk tersebut.
Tambah ilmu, sekarang sangat banyak yang percuma mahupun yang berbayar. Tambah ilmu dengan baca dan belajar dari otai yang selalu post status tentang bisnes
Biasakan diri dengan melayan karenah pelanggan. Jawab pertanyaan dengan santai dan jujur. Bagitahu terma dan syarat pembelian awal-awal supaya pelanggan jelas sebelum membeli.
Follow up selepas penghantaran produk, tanya feedback, buku sudah smpai atau belum, follow up status penghantaran buku di laman pos laju
Iringi setiap perbualan dengan ucapan terima kasih, mohon maaf dari pihak kita jika ada sebarang masalah, dan sentiasa letakkan smile icon di setiap perbualan
Jom belajar lebih banyak tip dan belajar menjana pendapatan melalui dropship buku
Saya mencari agen dropship yang serius mahu bermula, dan mahu dibimbing.


berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Menjana pendapatan dari rumah

Assalammualaikum..

Awning renda penuh

  Alhamdulillah, akhirnya dapat jua saya meluangkan sedikit masa untuk blog kesayangan saya. Dalam 2 hingga 3 minggu ini, masa saya amat-amat terhad. Kerana saya mendapat upah menjahit dari guru menjahit saya untuk menjahit tudung dan telekung. Alhamdulillah, rezeki anak-anak.

  Di samping itu saya masih dalam proses menyiapkan tempahan-tempahan telekung termasuk telekung umrah. Telekung umrah sememangnya saya jarang mendapat tempahan, walaupun sebenarnya telekung umrah yang saya dapat belajar dari guru telekung saya. Saya bersyukur kerana yang menempah boleh menunggu giliran. Al-maklum, saya sudah pun 7bulan lebih mengandung. Jadi untuk menghasilkan produk, sudah tidak serancak lagi.

Kain cotton telekung sulam
   Untuk tempahan telekung secara "online" saya sudah pun tutup. Risau jika tidak mapu siapkan. Kini saya tertumpu pada tempahan dari pelanggan "offline" dan tempahan dari guru jahitan saya. Untuk jahitan telekung kali ini lebih tertumpu pada cotton bersulam. Untuk jahitan tudung pula, guru jahitan saya bagi untuk jahitan pukal. Saya hanya mengambil upah jahitan sahaja.

  Tetapi untuk produk-produk ABDR, saya masih mengambil  pembelian dan segala pertanyaan  secara "online". Di tambah pula sekarang ada promosi ebook.


sekian.

berminat dengan produk ABDR boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780
  

Kelas Asas Akaun Oktober

Kelas Asas Akaun

1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE - 3 tempat lagi.
Tarikh: 18/10/15 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
2. Grup Coaching - 4 tempat lagi
Tarikh: 24/10/15 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Rabu, 9 September 2015

Kelas Melalui Whatapps



Alhamdulillah sudah berlangsung pun kelas blog ABDR secara whatspp.
Kelas ini khas untuk mereka yang tiada akaun facebook.
Mereka jejak ABDR, melalui blog.
.
.
.
# Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook
## Masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada limit masa ditetapkan
## Nota toturial bergambar lengkap disediakan
## Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online n wahm
## Masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan
## Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE

berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Selasa, 8 September 2015

Tiada yang lebih penting dari sokongan suami dan keluarga



Membuat kek ialah minat saya sejak sekolah rendah. Ia mungkin kerana saya sering menemani ibu ketika ibu membuat kerja-kerja membuat bakeri.  Selepas mendapat keputusan PMR, ibu haidahkan saya sebuah oven. Agak pelik untuk hadiah kecemerlangan peperiksaan kan? 

Saya mula mengambil tempahan secara kecil-kecilan dari ibu saudara, kakak dan jiran. Selepas menamatkan pengajian dan mendapat ijazah, saya berkahwin dan suami meminta saya berhenti kerja untuk mengikutnya ke Jepun. Setiap kali ada perjumpaan dengan kawan-kawan saya akan membawa kek. Kawan-kawan juga sudah mula meminta saya membuat kek untuk mereka. 

Apablia kami pulang ke Malaysia, saya masih meminati dengan bakeri.  Suatu hari suami saya bergurau  "apa kata kalau awak jual kek yang awak buat, biar saya jadi pembeli pertama". Sejak itu, saya terus mewar-warkan kepada kawan-kawan saya. Agak malu pada mulanya, tetapi saya berpegang kepada kata-kata ayah saya, kalau malu sampai bila? 

 
Saya pernah berjanji, tidak akan keluar bekerja. Syarat suami saya ialah kalau hendak bekerja, biarlah dari rumah dan berada bersama dengan anak-anak.  Cabaran terbesar pastilah anak-anak saya. Bukan mengatakan mereka satu beban tetapi cuma kekangan masa. Waktu untuk memasak, bekerja dan perhatian untuk keluarga.  Syukur sangat-sangat kerana ibubapa dan adik beradik saya sangat menyokong.  Tetapi, mertua agak skeptikal dan memandang rendah kepada apa yang saya lakukan ini. Pada mereka, bekerja sendiri tiada arah tujuannya.
Pengalaman manis ialah apabila seorang pelakon meminta saya membuat kek harijadi untuk anaknya. Beliau pernah merasa kek buatan saya yang ditempah oleh seorang kawan saya yang bekerja di sebuah production house. Dan beliau telah mempromosikan kek saya kepada kawan-kawan beliau pula. Alhamdulillah.

Pengalaman pahit yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika seorang rakan rapat yang juga berniaga, tiba-tiba mendakwa  bahawa saya meniru ideanya. Maka kawan-kawan yang lain juga menjauhkan diri dan tidak menempah dari saya, sehinggala seorang rakan lain berani bertanya kepada saya. Ia hanyalah cabaran biasa bagi peniaga kecil sebenarnya, tetapi ia mengajar saya untuk tidak meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada orang lain.
Saya bercita-cita suatu hari nanti saya akan memiliki sebuah kafe. Target saya berkala sebenarnya. Dahulu saya sekadar meletakkan target 3 biji kek seminggu. Kini alhamdulillah seminggu sekurang-kurangnya 10 tempahan. Jarang kita jumpa kafe milik melayu Islam yang menjual cheesecake dan juga brownies.  Jika hendak kek sebegini, sentiasa ke Secret Recipes. Jadi saya mahu menjadi pencabar mereka. 

Kini saya mempunyai Facebook Page (Luscious Brownies & Cakes) dan pada waktu yang sama, saya juga mempromosikan kek melalui kawan-kawan, guru-guru sekolah anak-anak saya, rakan-rakan pejabat suami dan adik beradik saya. Pemasaran dari mulut ke mulut adalah sangat membantu. 

berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780