Selasa, 3 Februari 2015

Tempahan Pukal

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi

Assalammualaikum..





    Alhamdulillah, akhirnya siap jua tempahan telekung secara pukal. Ini adalah sebahagian kerana sebahagian lagi sudah pun di ambil.Saya sememangnya mengambil tempahan telekung secara pukal, tetapi saya masih mengambil tempahan telekung secara persendirian.

  Tempahan telekung secara pukal saya biasanya mengikut kuantiti setakat mana saya mampu. Ini kerana saya hanya menjahit bersendirian sahaja. Alhamdulillah rezeki Allah itu ada asal berusaha.

  Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa tempahan pukal ini tidak menggunakan jenama penjahit sendiri. Menjahit pukal hanya menjahit sahaja, tetapi penjenamaan adalah pemilik yang mengeluarkan modal. 

  Biasanya menjahit pukal ini adalah melebihi 20 pasang bagi tukang jahit yang kecil-kecilan. Manakala untuk tukang jahit yang mempunyai pekerja untuk tempahan pukal biasanya adalah lebih banyak. Memiliki had paling kurang untuk menempah. 

    Untuk tempahan pukal biasanya mempunyai komunikasi 2 hala. Ini termasuk pemilihan kain dan barang-barang jahitan. Harga untuk tempahan pukal juga bergantung kepada kuantiti dan material yang di gunakan. Ada juga pelanggan yang menempah akan menyediakan kain sahaja. Ada juga yang ingin tukang jahit yang menyediakan semuanya.  Pelanggan hanya menyediakan "design" yang di kehendaki. Ini bergantung pada budi bicara antara kedua-dua belah pihak dan juga kemahiran yang ada pada tukang jahit. Apa-apa pun tempahan pukal, memerlukan perbincangan yang serius antara pelanggan dan tukang jahit. 

   Ini adalah sedikit perkongsian tempahan pukal yang saya tahu dan lalui. Ini kerana saya juga ada menerima pertanyaan mengenai tempahan pukal ini. Ada yang tidak faham mengapa harga setiap tempat berbeza. Semoga dengan sedikit perkongsian, ada yang memahami tempahan pukal. Sekian.

Salam Sayang

     Saya masih membuka "PRE-ORDER" tempahan telekung. Sekiranya ingin menempah boleh hubungi saya :

Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
FB: Kasih Eliz

   



  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan