Jumaat, 20 Mac 2015

Impian baru

Assalammualaikum


Waaa....macam besar sahaja impian saya ini ye...
Sebenarnya, saya punya impian ingin belajar menjahit jubah lelaki atau baju melayu. Sudah pun di bincangkan dengan en.suami. Tetapi seperti biasa berikan masa. 

Kenapa jubah atau baju melayu lelaki??. Saya dan suami ada menanam impian untuk ke Tanah Suci. Tidak kira sama ada haji atau pun umrah. Jadi, untuk mengurangkan kos di sini adalah lebih baik saya belajar dari awal untuk menjahit jubah lelaki. In sha Allah, sekurang-kurangnya saya boleh menjahitkan baju insan yang menyayangi saya selepas ibu bapa saya. Malah saya juga berharap dapat menjahit jubah untuk ayah mertua dan abah saya.

Bila hendak raya, saya suka perhatikan harga-harga jubah lelaki. Boleh tahan harganya. Dari situ juga saya terdetik, bilakah berpeluang belajar jubah lelaki?. Saya juga mempunyai anak lelaki, sememangnya berbaloi.

Untuk baju melayu pula, saya sebenarnya ingin mengetahui cara menjahit seluar. Saya pernah menjahitkan baju raya suami.  Sebulan saya belajar melalui buku, tetapi bahagian seluar saya masih tidak menjadi. Maka en.suami dengan rela dalam terpaksa memakai seluar baju melayu yang sepenuhnya getah..hihi. Itu lah kali pertama dan terakhir suami izinkan saya menjahit baju raya dia. Katanya selepas ini belajar betul-betul baru di izinkan.

Apa-apa pun saya bersyukur, kerana walaupun hanya sekali. En.suami sudi memberi kepercayaan kepada isterinya mejahit baju dia. Suami saya kebiasaanya menempah baju di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kedai jahit itu saya syorkan padanya semasa hendak buat baju nikah dahulu. Maka sampai sekarang menempah di situ. Ini kerana abah saya tiap-tiap tahun tempah baju di situ. Mungkin keselesaan baju yang di jahit. Yang pasti tukang jahit juga lelaki.

Sekian sudah impan saya. Semoga ianya tercapai walaupun selepas raya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan