Isnin, 15 Disember 2014

Selamat hari lahir dan kek lobak merah

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi



     Assalammualaikum.

   Walaupun sibuk pada hari sabtu dan ahad kerana ada majlis gotong-royong di taman perumahan kami, tetapi kami tidak lupa hari lahir anak ke 2 kami iaitu Muhammad Ali Imran bin Muhammad Ghazali. Syukur kepada Allah, Imran kini sudah pun genap 2 tahun.

   Sebagai ibu bapa, saya dan suami mengharapkan anak-anak menjadi insan berguna untuk keluarga,  masyarakat dan negara. Pegangan Agama Islam jangan di lupa. Kami sentiasa bedoa supaya Allah memudahkan perjalanan hidup permata hati kami.

   Malah untuk meraikan hari lahir Imran, saya membuat kek lobak merah. Alhamdulillah, resepi yang di bagi menjadi. Malah Imran dan suami yang tidak berhenti makan. Saya sebenarnya tidak berapa pandai membuat kek, jadi saya ikut sahaja resepi itu. Di bawah ini saya sertakan gambar kek saya dan resepi. 


Resepi Kek Lobak Merah
Sumber Rujukan: FB Step by Step  Mama Linda (Adamsufi Mazri)
BAHAN BAHAN NYA :
4 biji telur kuning ( GRED A)
350 ml minyak jagung ( nak add minyak masak biasa/butter cair pun boleh)
50gm gula castor 
80 gm brown sugar
½ cawan puri carrot ( carrot yang mama potong and rebus then blend)- mama buat guna half batang carrot aje ..ala ala nak buat puri baby ( balance dari puri carrot baby mama.hihihi)
1-2 btg carrot ( disagat halus)
1&1/2 sudu kecil essen vanilla
*250 gm tepung gandum 
*2 sudu baking powder
*1 sudu kecil bikarbonat 
Kismis secukup nya ( optional )
MEMO: BAHAN BERTANDA * DI AYAK SEKALI 
MEMO: PENGGUNAAN PURI CARROT ADALAH UNTUK MEMOIST KAN LAGI KEK
MERINGUE:
4 biji putih telor ( GRED A)
50 gram gula castor
½ sudu kecil cream of tar tar ( if tak de boleh gantikan dengan jus lemon or cuka makan )setiap ½ sudu cream of tar tar di gantikan dengan 1& ½ sudu kecil jus lemon or cuka makan 
Cara: 

Pukul kuning telur dan gula hingga berkrim
Masukkan puri carrot dan minyak masak ( sebatikan dlm adunan )
Masukkan tepung and beat well till all combine
Kemudian masuk carrot sagat and kismis ( kaup balik aje )
Letak tepi. Kemudian buat meringue.
Pukul telur putih sampai jadi gebu .Kemudian gula dan cream tar tar. Pukul sampai betul-betul gebu..bertanduk dan tidak cair. Seperti gambar di bawah.
Satukan adunan meringue dengan adunan kuning telor tadi secara kaup balik aje …do it gentle ya …
Oles Loyang dengan sedikit butter and tabur sedikit tepung ( untuk elak kek melekat)
Panaskan oven terlebih dahulu 
Bakar kek pada suhu 160-170’c selama 40-45 minit @ sehingga kek masak
Guna api bawah sahaja
Sejukkan sebelum di deco .

Ini  ada 2 cara untuk hias kek, tetapi saya tidak buat. Saya hanya tabur badam sahaja. Saya sertakan sekali untuk rujukan.
(1)
Frosting cheese leleh :
250 gram cream cheese
½ cawan susu pekat manis
4-6 sudu besar susu full cream ( terpulang nak texture yang anda suka ya .if suka yang pekat add sikit aje susu full milk nie..if nak yang cair leleh kaw kaw nyer boleh add more hingga dpt texture yang jadi idaman kalbu gitu .
Caranya:
satukan all together and beat till smooth
(2)
frosting cream cheese:
250 gm cream cheese-
125 g butter
50 g gula icing
caranya:
pukul cream cheese sampai gebu masukkan butter- pukul lagi masukkan gula icing pukul sebati dan boleh digunakan utk hiasan ( nak add pewarna pun boleh )
Sekian.
Salam Sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan