Rabu, 3 Disember 2014

Tempat baru untuk telefon dan modem wifi hasil dari BAD

Teks: Norliza Tomiran

 Assalammualaikum..

   Pada hari sabtu baru-baru ini, modem wifi rumah saya kene kilat. Pada masa itu saya hanya menutup butang pada belakang modem sahaja. Ini kerana hendak menutup semua suis agak susah sedikit kerana modem di letakkan di meja makan yang rapat pada dinding. Telah di takdirkan petir pada petang sabtu itu sangat kuat. Bila hujan reda, saya memasang kembali modem wifi, tidak berfungsi modem saya. Terus terdetik, Ya Allah..jangan rosak modem ini. Duit dalam kekurangan. Ini kerana harga modem tentunya dalam RM100 lebih semestinya.

  Saya pun menelefon adik saya, untuk membuat analisa tentang harga modem, kerana modem saya sudah tiada jaminan semenjak bulan Februari lalu. Harga dalam RM120 hingga RM150 katanya. Terdetik lagi, Ya Allah, mahalnya modem. Kurang kemampuan untuk masa terdekat ini. Pada hari ahad, agak susah ingin mencari kedai komputer yang buka di Pekan Rawang ini. Maka saya dan suami bercadang ingin membeli di Plaza Law Yatt sahaja, di sana juga lebih pilihan.

    Mengikut pesanan adik saya, bawa modem sekali. Ini lagi memudahkan urusan.Tetapi semasa  hendak keluar rumah, saya hanya berdoa semoga jumpa di  Pekan Rawang sahaja. Sampai sahaja di Pekan Rawang, tiba-tiba suami berkata "kita cuba tengok lorong yang ada Bank Islam ni". Alhamdulillah, ada 1 kedai komputer cina buka. Kami bertanya untuk membeli modem. Tetapi cina tersebut ingin melihat modem kami dahulu. Setelah di cuba pasang di suis kedai itu, modem itu masih menyala lampu-lampunya. Tiada apa yang mampu di ucap, hanya Alhamdulillah. Hendak menangis pun ada.

    Malah cina itu mengesyorkan hanya tukar 'adaptor' modem sahaja dahulu. Harga yang saya tidak percaya iaitu RM29 sahaja. Malah di kurangkan kan menjadi RM27. Malah di beri jaminan, jika bawa pulang, modem masih tidak berfungsi, boleh bawa adaptor baru untuk tukar dengan modem. Terima Kasih Allah.Syukur sangat-sangat. Malah tiada kata-kata mampu di ucap. Sememangnya hendak menangis.

   Sebelum tukar 'adaptor', saya masih memohon semoga modem saya masih berfungsi. Alhamdulillah, setelah tukar 'adaptor', modem berfungsi seperti biasa. Syukur sangat-sangat dan di beri peluang ke 2. Malah lebih bersyukur suami membuatkan tempat khas yang baru untuk modem dan telefon. Tempat khas yang mesra memadam semua  suis yang ada. Terima kasih suamiku kerana berusaha untuk itu. 

Tempat baru modem dan telefon


      Antara langkah yang sepatutnya untuk modem bila hujan dan kilat. Ini dari pesanan Telekom Malaysia.
  • Tekan butang 'OFF' pada belakang modem
  • Tutup suis modem
  • Cabut penyambung antara modem dan telefon .
Sekian

Salam Sayang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan