Rabu, 22 Oktober 2014

Happy Dewali

Teks: Norliza Tomiran 
Gambar: Google


  Happy Deepavali. Sepatutnya diraikan pada 23 Oktober tetapi di sambut pada 22 Oktober. Ia diawalkan mengikut kiraan bulan untuk agama Hindu. Semoga bergembira meraikan pesta cahaya untuk yang beragama Hindu.

  Malah yang gembira suami pun cuti. Kebiasaan perayaan kaum lain jarang cuti. Gembira hati kami anak-beranak. Boleh berkumpul serta bermanja dengan abah.


Salam Sayang



Sabtu, 18 Oktober 2014

Perkhidmatan Melipat dan Meng'iron' kain

Teks: Norliza Tomiran 
Gambar: Google


Assalammualaikum..
  Baru-baru ini saya selalu tengok pada FB group kawasan perumahan saya. Perkhidmatan lipat kain. Bagi saya perkhidmatan ini bagus untuk para suri menambah pendapatan. Jika suri mempunyai minat melipat kain, ini adalah salah 1 sumber meningkatkan ekonomi keluarga. Ini artikal yang saya jumpa di google.



   Perkhidmatan ini kita membantu meringankan tugas suri yang bekerjaya. Apa yang saya lihat perkhidmatan ini mengambil serta menghantar kain juga. Harga mengikut berat kain. Bagus bukan??. Suri boleh melakukan kerja di rumah sendiri juga. Mengambil kain pada waktu pagi dan menghantar pada waktu petang.




   Biasanya juga perkhidmatan begini turut menyediakan perkhidmatan meng'iron' baju sekali. Tetapi harga bukan kira berat ye..ikut berapa pasang. Yang pasti sebelum memulakan perkhidmatan ini, suri kira dulu kos-kos tersembunyi. Contohnya kos minyak dan elektrik. Ini adalah antara idea untuk suri yang ingin bekerja di rumah. Jalan di depan mata banyak cabang, terpulang pada suri ingin memilih jalan yang mana. Sekian.


Salam sayang


Berminat dengan produk makanan ABDR??
Berminat menjadi agen @ dropship??

boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
SMS : 012-2431590

Jumaat, 17 Oktober 2014

Bila Aku Memilih WAHM

Teks: Norliza Tomiran
Gambar:  Peribadi dan Google

Assalammualaikum



   Alhamdulillah.

   Bila saya mengambil keputusan untuk bekerja di rumah sebab minat mendapat restu suami. Sebenarnya suami  hanya mahu saya hanya menjadi suri rumah sepenuh masa sahaja. Akan tetapi kebosanan telah melanda diri. Jadi, saya mencari aktiviti yang bermanfaat untuk kami sekeluarga. Menjahit adalah aktivitinya disamping minat serta boleh menambah pendapatan..

    Masa membuat keputusan saya tidak pernah fikir mengenai cabaran menjadi WAHM. Pada pemulaan, Alhamdulillah semua berjalan lancar.  Biasa saya menjahit waktu malam. Antara pukul 3pagi hingga subuh. Waktu yang aman serta tanpa cabaran anak2. Jika saya tidak menjahit malam, saya akan menjahit siang. Menjahit waktu siang paling banyak cabaran. Kini anak2 semakin lasak serta banyak iklan secara tidak langsung. Jangan pelik dengan perkataan "Iklan" itu ye. Iklan itu seperti anak2 hendak minum susu. Lepas minum susu, kita baru hendak sambung kerja tiba2 dia kata dah buang air besar. Jadi saya berhenti menjahit lagi untuk mencuci najis mereka.
Ini belum di kira untuk sarapan pagi, masak tengah hari dan makan malam. Bezanya saya akan memasak untuk minum petang bila suami bercuti. Malah biasanya saya tidak menjahit bila suami bercuti.

    Biasanya anak2 akan bersama saya bila saya menjahit waktu siang. Walaupun saya sediakan mainan untuk mereka. Tetapi alatan saya tetap mainan utama mereka. Saya bersyukur juga bila anak2 main alatan saya. Ini kerana bila saya meminta tolong, mereka mengenali barang2 tersebut. Menjahit waktu siang ada kalanya bila saya seronok menjahit, tiba2 mesin jahit stop sendiri. Bukan ada hantu ye..tapi anak lelaki saya yang tekan button 'off' pada mesin jahit. Kadang2 bila menjahit anak saya mahu duduk atas riba sebab hendak tengok sekali apa yang saya jahit. Ini antara cabaran saya.

Jarum peniti penuh pada bear

Rajin anak bujang menyapu

Anak dara sibuk menyerika. Suis tidak di 'On'


  Mula2 dulu saya risau anak2 main jarum saya. Puas saya tegur sebab takut terpijak. Tetapi saya terbaca 1 artikel yang mengatakan jangan mudah mengatakan jangan pada anak2. Maka saya pun ikut.  Anak2 saya sememang nya suka bermain jarum peniti. Mereka teraburkan jarum. Akhirnya mereka terpijak sendiri. Baru tahu mengapa saya melarang. Semenjak itu mereka tidak pernah lagi teraburkan jarum. 

  Itu baru bab jarum. Ini belum lagi yang saya potong kain atau lukis pola. Kadang2 masa itu juga anak2  panjat atas belakang sambil tarik rambut. Bila di tanya dengan mudah berkata " main kuda2 ..ibu".  Akhirnya lipat kain atau kertas itu balik. Bagi tumpuan pada mereka. Bagi saya ini bukan menyusahkan saya, tetapi mereka hendak perhatian dari saya. Saya bersyukur atas anugerah Allah ini. Saya mempunyai suami yang memahami minat serta cahaya mata yang ceria. Ini semua tidak termasuk cabaran bila anak2 sakit atau demam.

  Ini adalah serba sedikit cabaran yang saya lalui kini bila WAHM. Mungkin ramai yang tidak tahu cabaran bila kita ambil keputusan WAHM. Hanya yang WAHM tahu bagaimana cabaran yang harus mereka tempuhi. Sekian

Salam Sayang





 Ingin mendapat EBOOK keluaran ABDR??
Boleh hubungi saya:

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
SMS : 012-2431590

Khamis, 16 Oktober 2014

PROMOSI OKTOBER



Kini Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) telah menawarkan Pakej Mampu milik khas untuk suri yang serius mahu belajar berbisnes secara online.

Apa yang dimaksudkan dengan Pakej Mampu Milik ini?

☆ Belajar siapkan blog kedai online, dengan bayaran yuran yang sangat minima
☆ Boleh menjadi agen dropship abdr
☆ Tak perlu simpan stok
☆ Tak perlu uruskan pengeposan/penghantaran


Berapakah yuran pakej ini?

☆ RM200 yuran kelas blog mula bisnes + boleh menjadi Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (jalankan promosi kelas online dan ebook dan kumpul komisen bagi setiap jualan)
☆ Boleh pilih samada dropship produk makanan, makanan sunnah atau produk islamik
☆ Boleh dibayar penuh atau ansuran
> RM200 (bayaran penuh) atau
> RM100 x 2

> RM50 x 4


Kini pilihan di tangan anda. Bukan mudah hendak mendapat PAKEJ PROMOSI begini. JANGAN TERLEPAS PELUANG.. Jika sudah bersedia serta berminat boleh hubungi saya. 


Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
SMS : 012-2431590

Kelebihan Surah Al-Inshirah

Teks: Norliza Tomiran
Sumber dan gambar: Google

Assalammualaikum

      Sudah hampir 2 minggu saya tidak melihat blog kesayangan saya ini. Rindu rasanya. Ini kerana ada perkara yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Kabel TM di belakang rumah saya telah dipotong serta dicuri 1 hari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah telah di ganti dengan kabel yang baru dan baru siap petang tadi.

    Banyak pula celoteh saya. Sebenarnya saya ingin kongsikan apa yang saya dengar dalam Tanya Ustaz  baru2 ini. Ceramah dari Ustaz Dr.Mohd Izhar Arif. Kelebihan Surah Al-Inshirah atau juga di kenali Surah Alam Nasyrah untuk ibu bapa. Ini adalah sebahagian sahaja kelebihan surah ini.  Sebelum kita mengetahui kelebihan ayat ini, adalah kita mengetahui serba-sedikit tentang ayat ini. Surah Al-Inshirah merupakan surah yang ke 94 dalam Al-Quran. Terdiri dari 8 ayat. Nama Alam Nasyrah bermaksud "Bukankah Kami telah melapangkan" .

Surah Al-Inshirah

#  Cara menggunakan ayat ini untuk anak2 yang hendak ke sekolah. 

 Kita ibu bapa meletakkan tangan kanan kita pada dada kiri anak kita. Di umbun anak pula kita membaca Selawat, Surah Al-Fatihah dan terakhir Surah Al-Inshirah. Kemudian tiup di umbun anak kita. Lakukan sebelum anak kita ke sekolah. Semoga anak2 kita di lapangkan dada untuk menerima ilmu. Setiap ibu bapa mengharapkan anak2 kita menjadi insan yang berjaya di dunia & di akhirat. 

       Ini diantara lain kelebihan Surah Al-Inshirah.  Saya menggoogle kelebihan lain surah ini untuk rujukkan peribadi serta di kongsi. Antaranya:

  * Solat di awal waktu. Amalkan membaca 7x selepas solat fardu. Semoga mempermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. 

  * Mengamalkan surah ini , nescaya dada yang sempit akan dilapangkan Allah.

  *  Jika surah ini dibaca pada air, kemudian di minum selama 7 hari berturut-turut. In sha Allah akan kuat daya ingatan.

   Malah ustaz juga memberi tip jika lupa atau tidak tahu menjawab soalan semasa peperiksaan. Cuba ajarkan anak supaya sedekah Al-Fatihah kepada guru2. In Sha Allah. kita berusaha tetapi Allah Maha Mengetahui keikhlasan serta kesungguhan kita. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua. sekian. Salam ikhlas.

Salam Sayang.

Ingin mendapatkan  Pakej Kudapan Sunnah.

* kurma maryami 1kg
* kismis hitam 1kg
* kismis basah 1kg
* almond 200gm
* pistacio 250gm


Beli boleh, daftar agen pun boleh
Dropship makanan sunnah ABDR


Rabu, 8 Oktober 2014

Kelas Asas Langsir

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalammualaikum dan Salam Aidil Adha


  Setelah melahirkan cahaya mata pertama, saya memilih menjadi surirumah sepenuh masa. Pada mulanya hanya kehendak suami. Ini kerana kos menghantar baby mahal untuk saya yang berkerja shift. Sebagai seorang isteri saya akur dengan kehendak suami. Di sebabkan sudah lebih 10tahun saya bekerja, saya mulai bosan dengan duduk di rumah sahaja terutama baby tidur. Di tambah pula baby ketika itu sudah pun 7bulan. Dengan kemudahan internet yang suami bekalkan saya mulai mencari-cari kelas jahitan secara diam2. Saya membuat keputusan untuk belajar menjahit kerana minat tidak lebih dari itu. Saya mengambil kelas jahitan langsir dahulu. Ini kerana menjahit upah langsir mahal. Jika dapat jahit yang simple pun, sedikit sebanyak dapat meringankan beban.

  Setelah beberapa kelas belajar saya hubungi kebanyakkan tiada kelas mengikut masa saya. Ini kerana saya tidak berapa pandai memandu, baby perlu penjaga bila saya ada kelas dan kelas mengikut jadual kerja suami (kadang2 wajib bekerja lebih masa). Hampir berbulan2 mencari, Alhamdulillah  pada 27 Februari 2012 saya terjumpa FB cikgu https://www.facebook.com/siti.hias.3. Rupa-rupanya cikgu Siti tinggal di Bukit Beruntung juga pada masa itu.Walaupun ragu2 saya tetap hubungi beliau.

   Alhamdulillah, mungkin rezeki saya. Setelah menceritakan keadaan saya, Puan Siti meminta untuk berbincang dengan suami beliau. Syukur sangat2, suami beliau mengizinkan. Bila kelas telah di persetujui barulah saya meminta berbincang dan meminta izin suami.. Bukan membelakangkan suami, tetapi saya ingin mencari kelas yang betul2 pasti baru la saya boleh berbincang tentang segala-galanya termasuk jadual kerja suami supaya tidak terganggu. Ini kerana itu adalah sumber rezeki kami.

  Berbekalkan sedikit wang simpanan semasa bekerja. Tanggal 25 Mac 2012, saya telah menjadi pelajar beliau. Kelas saya hanya berlangsung 2 jam sahaja pada sebelah malam. Biasanya kelas malam setiap jumaat dan sabtu. Ahad mengikut kelapangan masing2. Jika suami tidak bekerja, kelas 2 jam juga tetapi pada waktu pagi. Baby saya suami yang menjaga bila pergi ke kelas. Sungguh besar pengorbanan suami untuk memenuhi minat isteri. Terima Kasih Suami Ku.. Saya puas hati kerana belajar dengan wang sendiri. Ini kerana bukan senang untuk mengumpul wang sendiri kemudian melaburkannya. Tetapi ilmu yang bernilai untuk keluarga saya amat2 berpuas hati.

  Antara yang diajar kelas asas jahitan langsir


Cara mengira, memotong dan jahit lace 110"
Menjahit tie back (pengikat langsir)
    Berbaloi bukan??.  Kita dapat berjimat terutama yang mempunyai tingkap rumah yang banyak. Jangan jadikan anak2 sebagai alasan untuk menuntut ilmu. Jika terlalu banyak alasan untuk melangkah ke hadapan, maka kita tidak akan melangkah. Jika kekurangan masa untuk berguru sekalipun, kita gunakanlah kemudahan hujung jari kita. Google sahaja untuk belajar. Dapat yang asas pun sudah mencukupi. Semoga anda juga boleh berjaya seiring minat anda. Sekian

Salam Sayang



Kudapan Sunnah
Pakej Kudapan Sunnah

* kurma maryami 1kg
* kismis hitam 1kg
* kismis basah 1kg
* almond 200gm
* pistacio 250gm

Beli boleh, daftar agen pun boleh
Dropship makanan sunnah ABDR


Jumaat, 3 Oktober 2014

Hasil Berkongsi

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Koleksi Peribadi dan Google

Assalammualaikum



  Pada bulan Mei 2014 saya menerima satu pesanan dari FB dari seorang yang tidak dikenali. Puan itu memuji hasil2 telekung saya yang pada saya masih banyak yang perlu di perbaiki. Padanya saya mengatakan saya masih belajar setelah 1 tahun meninggalkan bidang jahitan telekung ini. Ini kerana saya memberi tumpuan pada anak2 saya.

   Selang beberapa minggu menyusul kembali PM seterusnya. PM kali ini baru saya mengetahui dia juga seorang penjahit telekung lycra. Tetapi kali ini dia meminta tip untuk menjahit telekung cotton. Alhamdulillah, saya bersetuju. Saya ajar apa yang saya tahu serta pratik kan sahaja. PM di FB juga kerap. Akhir sekali dia minta untuk saya mengajar secara berdepan. Ini kerana dia tidak berpuas hati dengan hasil diri sendiri. Saya menyatakan jangan mudah putus asa. In sha Allah, puan pasti boleh. Cuma untuk berguru secara depan, saya belum layak untuk mengajar. Ilmu masih secubit, pengalaman baru hendak bertunas bagaimana saya hendak mengajar? .Saya boleh hanya tolong sikit2 apa yang saya tahu dengan ikhlas supaya mudah untuk menerima. Jika puan ingin belajar secara berdepan, saya syorkan belajar dengan guru saya Puan Zaaira Amaluddin ( Kak Zai ). Malah sesiapa hendak belajar ini blog cikgu saya  http://www.sewnsell.blogspot.com/ 

  Setelah lama PM dari puan tersebut menyepi. Tiba2 pada 10 September, saya mendapat PM dari puan tersebut. Tetapi PM kali ini berlainan dari sebelumnya. Ini kerana dia ingin menempah pukal kepada saya. Ya Allah, bersyukur sangat di atas rezeki yang telah di berikan. Akan tetapi saya masih fikir adakah saya mampu membuatnya?. Saya mempunyai tanggungjawab lain. Iaitu suri rumah. Menjahit hanya mengisi masa saya sahaja. Saya mempunyai anak2 kecil yang memerlukan tumpuan yang lebih. Semua itu bermain2 di benak saya. Walaupun pada masa itu saya telah bersetuju menerima tempahan tersebut.

   Pada 21 September, puan itu datang membawa barang2 untuk menjahit telekung termasuk kain cotton. Di sini kami berbincang dari hati ke hati. Malah saya berterus-terang tentang keadaan saya. Saya tidak boleh bekerja menjahit dalam tekanan. Hasil sememangnya amat2 mengecewakan. Alhamdulillah, puan tersebut memahami situasi saya. Ibarat buat berapa yang saya mampu siapkan untuk tarikh yang dia sepatutnya ambil. Malah kami lebih senang dengan konsep 'BERKONGSI REZEKI'.

  Pada 01 Oktober, puan datang untuk mengambil telekung2 yang telah siap. Pada masa itu saya betul2 malu pada puan tersebut. Saya hanya mampu menyiapkan 10 pasang sahaja dari 20 pasang pesanannya. Malah saya menerima dengan hati terbuka segala kemungkinan yang bakal berlaku. Ini adalah salah saya. Pengurusan masa saya yang tidak betul. Saya akui. Alhamdulillah, puan tersebut masih memahami. Mungkin hanya banyak itu yang saya mampu menjahit.

  Setelah telekung2 diberi, saya amat2 menanti maklum balas dari puan tersebut. Alhamdulillah, 02 October saya mendapat maklum balas yang positif dari puan tersebut. Malah VVIP (suami) puan tersebut berpuas hati dengan jahitan saya. Rezeki yang tidak disangka. Puan tersebut telah menaikkan upah saya sebanyak RM5/pasang.Alhamdulillah. Ini hasil jahitan telekung saya.


  Alhamdulillah, dari berkongsi ilmu yang secubit, kini Allah meluaskan rezeki saya sekeluarga. Berkongsi rezeki dengan orang lain. Orang yang pada asalnya mengenali melalui FB.. Rezeki datang dari Allah tetapi melalui puan itu.Terima Kasih Allah.

sekian.

Salam Sayang

RM25 termasuk Pos

Jika anda berminat.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
SMS : 012-2431590