Jumaat, 17 Oktober 2014

Bila Aku Memilih WAHM

Teks: Norliza Tomiran
Gambar:  Peribadi dan Google

Assalammualaikum



   Alhamdulillah.

   Bila saya mengambil keputusan untuk bekerja di rumah sebab minat mendapat restu suami. Sebenarnya suami  hanya mahu saya hanya menjadi suri rumah sepenuh masa sahaja. Akan tetapi kebosanan telah melanda diri. Jadi, saya mencari aktiviti yang bermanfaat untuk kami sekeluarga. Menjahit adalah aktivitinya disamping minat serta boleh menambah pendapatan..

    Masa membuat keputusan saya tidak pernah fikir mengenai cabaran menjadi WAHM. Pada pemulaan, Alhamdulillah semua berjalan lancar.  Biasa saya menjahit waktu malam. Antara pukul 3pagi hingga subuh. Waktu yang aman serta tanpa cabaran anak2. Jika saya tidak menjahit malam, saya akan menjahit siang. Menjahit waktu siang paling banyak cabaran. Kini anak2 semakin lasak serta banyak iklan secara tidak langsung. Jangan pelik dengan perkataan "Iklan" itu ye. Iklan itu seperti anak2 hendak minum susu. Lepas minum susu, kita baru hendak sambung kerja tiba2 dia kata dah buang air besar. Jadi saya berhenti menjahit lagi untuk mencuci najis mereka.
Ini belum di kira untuk sarapan pagi, masak tengah hari dan makan malam. Bezanya saya akan memasak untuk minum petang bila suami bercuti. Malah biasanya saya tidak menjahit bila suami bercuti.

    Biasanya anak2 akan bersama saya bila saya menjahit waktu siang. Walaupun saya sediakan mainan untuk mereka. Tetapi alatan saya tetap mainan utama mereka. Saya bersyukur juga bila anak2 main alatan saya. Ini kerana bila saya meminta tolong, mereka mengenali barang2 tersebut. Menjahit waktu siang ada kalanya bila saya seronok menjahit, tiba2 mesin jahit stop sendiri. Bukan ada hantu ye..tapi anak lelaki saya yang tekan button 'off' pada mesin jahit. Kadang2 bila menjahit anak saya mahu duduk atas riba sebab hendak tengok sekali apa yang saya jahit. Ini antara cabaran saya.

Jarum peniti penuh pada bear

Rajin anak bujang menyapu

Anak dara sibuk menyerika. Suis tidak di 'On'


  Mula2 dulu saya risau anak2 main jarum saya. Puas saya tegur sebab takut terpijak. Tetapi saya terbaca 1 artikel yang mengatakan jangan mudah mengatakan jangan pada anak2. Maka saya pun ikut.  Anak2 saya sememang nya suka bermain jarum peniti. Mereka teraburkan jarum. Akhirnya mereka terpijak sendiri. Baru tahu mengapa saya melarang. Semenjak itu mereka tidak pernah lagi teraburkan jarum. 

  Itu baru bab jarum. Ini belum lagi yang saya potong kain atau lukis pola. Kadang2 masa itu juga anak2  panjat atas belakang sambil tarik rambut. Bila di tanya dengan mudah berkata " main kuda2 ..ibu".  Akhirnya lipat kain atau kertas itu balik. Bagi tumpuan pada mereka. Bagi saya ini bukan menyusahkan saya, tetapi mereka hendak perhatian dari saya. Saya bersyukur atas anugerah Allah ini. Saya mempunyai suami yang memahami minat serta cahaya mata yang ceria. Ini semua tidak termasuk cabaran bila anak2 sakit atau demam.

  Ini adalah serba sedikit cabaran yang saya lalui kini bila WAHM. Mungkin ramai yang tidak tahu cabaran bila kita ambil keputusan WAHM. Hanya yang WAHM tahu bagaimana cabaran yang harus mereka tempuhi. Sekian

Salam Sayang





 Ingin mendapat EBOOK keluaran ABDR??
Boleh hubungi saya:

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
SMS : 012-2431590

Tiada ulasan:

Catat Ulasan