Khamis, 16 Oktober 2014

Kelebihan Surah Al-Inshirah

Teks: Norliza Tomiran
Sumber dan gambar: Google

Assalammualaikum

      Sudah hampir 2 minggu saya tidak melihat blog kesayangan saya ini. Rindu rasanya. Ini kerana ada perkara yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Kabel TM di belakang rumah saya telah dipotong serta dicuri 1 hari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah telah di ganti dengan kabel yang baru dan baru siap petang tadi.

    Banyak pula celoteh saya. Sebenarnya saya ingin kongsikan apa yang saya dengar dalam Tanya Ustaz  baru2 ini. Ceramah dari Ustaz Dr.Mohd Izhar Arif. Kelebihan Surah Al-Inshirah atau juga di kenali Surah Alam Nasyrah untuk ibu bapa. Ini adalah sebahagian sahaja kelebihan surah ini.  Sebelum kita mengetahui kelebihan ayat ini, adalah kita mengetahui serba-sedikit tentang ayat ini. Surah Al-Inshirah merupakan surah yang ke 94 dalam Al-Quran. Terdiri dari 8 ayat. Nama Alam Nasyrah bermaksud "Bukankah Kami telah melapangkan" .

Surah Al-Inshirah

#  Cara menggunakan ayat ini untuk anak2 yang hendak ke sekolah. 

 Kita ibu bapa meletakkan tangan kanan kita pada dada kiri anak kita. Di umbun anak pula kita membaca Selawat, Surah Al-Fatihah dan terakhir Surah Al-Inshirah. Kemudian tiup di umbun anak kita. Lakukan sebelum anak kita ke sekolah. Semoga anak2 kita di lapangkan dada untuk menerima ilmu. Setiap ibu bapa mengharapkan anak2 kita menjadi insan yang berjaya di dunia & di akhirat. 

       Ini diantara lain kelebihan Surah Al-Inshirah.  Saya menggoogle kelebihan lain surah ini untuk rujukkan peribadi serta di kongsi. Antaranya:

  * Solat di awal waktu. Amalkan membaca 7x selepas solat fardu. Semoga mempermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. 

  * Mengamalkan surah ini , nescaya dada yang sempit akan dilapangkan Allah.

  *  Jika surah ini dibaca pada air, kemudian di minum selama 7 hari berturut-turut. In sha Allah akan kuat daya ingatan.

   Malah ustaz juga memberi tip jika lupa atau tidak tahu menjawab soalan semasa peperiksaan. Cuba ajarkan anak supaya sedekah Al-Fatihah kepada guru2. In Sha Allah. kita berusaha tetapi Allah Maha Mengetahui keikhlasan serta kesungguhan kita. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua. sekian. Salam ikhlas.

Salam Sayang.

Ingin mendapatkan  Pakej Kudapan Sunnah.

* kurma maryami 1kg
* kismis hitam 1kg
* kismis basah 1kg
* almond 200gm
* pistacio 250gm


Beli boleh, daftar agen pun boleh
Dropship makanan sunnah ABDR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan