Rabu, 29 Oktober 2014

EBOOK 101 IDEA HOME-BASED BISNES

Teks: Norliza Tomiran







  Assalammualaikum.

    Syukur kepada Allah, baru kini saya berkesempatan membuat ulasan berkenaan ebook ini. Ebook ini amat bagus kepada sesiapa yang masih mencari-cari idea untuk memulakan perniagaan. Terlalu banyak idea2 yang di beri, diantaranya perniagaan makanan, perniagaan kreatif, perniagaan pendidikkan serta perniagaan perkhidmatan. Malah perniagaan ini di pecah kan lagi serta mempunyai huraian yang lengkap untuk memberi lebih banyak pilihan serta info tentang sesuatu perniagaan kepada suri. Terdapat lebih 101 idea untuk semua orang tidak kira lelaki atau wanita, bujang atau sudah berkahwin dan untuk  suri yang ingin menjalankan perniagaan di rumah khasnya.

       Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini juga memberi info kepada saya mengenai perniagaan online. Antara perniagaan online seperti Butik Online, Produk Fizikal, Produk Digital serta Dropship. Perniagaan Dropship seperti yang saya lakukan sekarang bersama ABDR. Jika memulakan perniagaan online, ebook ini juga memberi info tentang cara pemasaran yang berkesan. Terutamanya pentingnya ada BLOG. Ebook ini tidak hanya berkisar mengenai perniagaan online, malah perniagaan offline. Sebagai contoh pusat asuhan kanak2, transit pelajar sekolah dan kelas jahitan. Malah ebook ini menghuraikankan lagi cara perniagaan ini di jalankan. 

       Ebook ini membuka mata saya tentang perniagaan tanpa modal (pinjaman). Jika dahulu saya begitu takut dengan perniagaan tanpa modal ini. Walaupun ada yang "offer", saya menolak disebabkan kurangnya ilmu tentang perniagaan ini. Kini setelah membaca ebook ini saya sudah pun mempunyai perniagaan tanpa modal (Dropship). Saya menjadi agen dropship produk makanan ABDR, Buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan kain cotton. Dengan komisyen dari perniagaan dropship ini saya buat modal untuk perniagaan TELEKUNG saya.  Ini yang saya belajar dalam ebook ini. Syukur kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberi laluan pada saya melalui ebook ini.

      Ebook ini juga memberi lebih pengetahuan tentang beli hartanah. Bukan kepada saya ye..TETAPI suami saya. Ini kerana ia adalah antara wishlist kami suami isteri. Lihat, panduan ebook ini bukan sahaja sesuai untuk suri @ wanita sahaja tetapi lelaki @ suami. Adalah tidak rugi memiliki ebook ini.

     Ebook ini bukan sahaja mengupas mengenai perniagaan tetapi juga SIMPANAN @ TABUNGAN. Ini amat2 penting bagi saya sebagai seorang suri merangkap WAHM. Terdapat 3 jenis tabungan yang di cadangkan. Iaitu 
  1.   Simpan dan lupakan (Persaraan)
  2.   Simpan (Untuk bayar hutang)
  3.   Simpan untuk kecemasan.
     Ebook ini memberi cadangan kepada yang ingin memulakan WAHM @ SOHO sepenuh masa. Malah lengkap dengan huraian.Antaranya iaitu: 
  1.   Mengenal pasti Akaun Aktif dan Akaun Pasif
  2.  Membuat tabungan
  3.   Penyelarasan semula kewangan suami isteri.
    Apa itu SOHO??. Small Office Home Office. SOHO terbahagi 2 kategori iaitu 
  1.  Bekerja ( penulis, pereka web @ penterjemah )
  2.  Menawarkan perniagaan dari rumah ( menawarkan produk @ perkhidmatan melalui laman web )
      Ebook ini mengulas dengan terperinci mengenai SOHO. Dari SOHO bermula hingga trend SOHO masa kini. Malah SOHO ini juga menjadi pilihan lelaki pada masa kini. Ini kerana masa yang tidak terikat serta bebas. Malah gaya hidup yang lebih santai bersama keluarga.

    Bila saya baca ebook ini mengenai cabaran SOHO, saya terus kongsikan pengalaman saya di sini. Bukan cabaran sahaja di kongsikan dalam ebook ini tetapi persamaan dan perbezaan. Jika dahulu saya tidak tahu dengan perbezaan dan persamaan ini, kini ebook ini menghuraikannya.

   Strategi 7P turut di bentangkan. Ingin tahu apa 7P?? 
  1. Pendapatan
  2. Produk
  3. Pasaran
  4.  Penawaran
  5. Penentuan Harga
  6. Promosi, Pengiklanan
  7. Pesaing 
Menarik bukan strategi 7P??.Untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci serta pelajari tentang 7P, dapatkan ebook ini.Yang pasti tidak rugi untuk anda.

   Ebook ini saya dapat belajar cara mengenali pelanggan. Menarik bukan?? . Bukan itu sahaja malah kuasai pelanggan. Jika ingin rahsia lebih banyak lagi tentang usahawan, pelanggan online boleh dapatkan Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online  di sini .

   Ebook ini memberi motivasi dan inspirasi melalui pengalaman. Malah ada yang kongsi strategi jualan. Bukan senang seorang usahawan berkongsi strategi jualan melalui pengalaman. Malah terdapat juga nasihat dan Rahsia Perniagaan Siti Khadijah. Sungguh menarik bukan??. 

   Secara ringkasnya pada saya ebook ini bukan sahaja 101 idea business tetapi 101 cara serta panduan yang terperinci tentang pemulaan menjadi usahawan SOHO dan WAHM.  Malah ia membuka minda saya tentang perniagaan walaupun hanya berskala kecil.

  Kandungan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
 
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
 
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat

Bab 4: Strategi Pemasaran Online

Bab 5: Strategi pemasaran Offline

Bab 6: Operasi Dari Rumah

Bab 7: Khidmat Pelanggan Online

Bab 8: Produk digital vs produk fizikal

Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah

Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah

Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses



  Ingin menimba lebih pengetahuan tentang perniagaan?? Boleh hubungi saya.

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
SMS: 012-2431590


Tiada ulasan:

Catat Ulasan