Sudah agak lama saya tidak kemas kini blog kesayangan saya ini. Saya dalam proses menyiapkan tempahan-tempahan telekung dan sedikit untuk keperluan bayi. Dalam sibuk untuk menyediakan keperluan bayi, terhasil juga keperluan untuk ibu semasa di hospital dan proses berpantang. Saya bukan seorang yang gemar ber"cardigan" sebenarnya, tetapi kadang-kadang masa memerlukan saya berkeadaan begitu.
Bila seorang rakan alam maya berkongsikan cara menjahit "cardigan" anaknya, maka saya tiba-tiba rasa untuk menjahit sehelai untuk saya semasa di hospital nanti mahupun semasa membawa bayi ke klinik. Maka terhasil jua "cardigan" dewasa khas untuk saya yang menyusukan bayi secara terus.
Cardigan pertama ku |
Material dari jarak dekat |
Sampai di sini sahaja coretan saya untuk "cardigan" ye. Walaupun ada rakan-rakan seperjuangan dahulu hendak menempah, saya tidak ambil tempahan. Masa saya adalah teramat-amat terhad sekarang. Di tambah pula harga kain dan barang-barang jahitan yang sudah meningkat. Jadi sekadar untuk diri sendiri dam memberi idea kepada rakan-rakan. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan