Rabu, 25 Mac 2015

Hasil barang terbuang

Assalammualaikum.

Kayu katil. Kayu yang kukuh.

Sebenarnya kayu katil ini bukan hak milik kami sekeluarga. Tetapi ia sememangnya sedia ada semasa kami membeli rumah ini. Kami beli rumah lelong. Kira yang tinggal di rumah ini dahulu, hanya duduk saja. Tidak perlu bayar apa-apa. Semasa kami beli rumah ini, banyak juga barang-barang terbuang. Salah satunya kayu katil ini.

 Setelah hampir 5 tahun, maka en.suami punya idea katanya. Sebenarnya dia rajin membaca blog..hihi. Maka terhasil lah gambar-gambar di bawah.

Ini tempat letak alatan saya untuk yang baru belajar resepi...hihi

Ini tempat duduk santai-santai di luar. Sebab baru siap, maka di rasmikan
oleh anak-anak.
Abaikan anak bujang yang seksi.

Kayu-kayu ini tidak sempat di "Varnish". Kerana kayunya keras, maka memakan masa sehari. Jadi tidak sempat. Jika saya yang "varnish" adalah tidak memenuhi SOP en.suami..hihi. Jadi lebih baik begini dari tidak sempurna di matanya. Semoga ia memberi anda idea untuk mengitar semula barang-barang yang ada. Sekian.

Isnin, 23 Mac 2015

Cheese tart pertama kali

Assalammualaikum..


Salam hujung minggu. Alhamdulillah kesihatan bertambah baik. Bila hujung minggu dan en.suami juga cuti, maka wajib ada minum petang. Sudah agak lama saya mencari resepi "cheese tart". Saya sebenarnya suka makan tart telur. Tapi sebelum cuba tart telur, saya cuba "cheese tart".  

Maka pagi-pagi saya buat doh untuk kulit "chesse tart". Tetapi dalam hati risau jua. Ini kerana acuan tart belum beli lagi. Sebab sabtu malam saya pergi kedai, kedai sudah tutup. Jadi balik dari pasar pagi, terus singgah di kedai alatan kek. Alhamdulillah acuan tart ada. Cuma... saiz tidak sama. Saiz habis. Saya beli jua, kerana doh sudah buat. Saya dapat saiz 5cm, 5.5cm dan 6cm. Setiap saiz 12 biji sahaja. Redha wahai hati.

Acuan tart saya saiz 6cm

Harga sebiji "cheese tart" ini boleh tahan juga. Kalau saya sekelurga setakat hendak beli 10biji sememangnya tidak mencukupi. Maka saya mencuba sendiri. Walaupun tiada rupa tetapi ada rasa kasih sayang..hihi. Yang ini saya mengikut resepi di Blog Life is colorful.

Bila acuan pelbagai saiz..tart juga pelbagai saiz. Abaikan lukisan
yang tidak menarik itu.
Saya tiada seni hendak lukis lemah lembut..hihi

Alhamdulillah..saya suka tekstur bahagian bawah

"Cheese tart" ini sebenarnya sedap bila di sejukkan di peti ais. Tetapi, dalam rumah saya tiada kesempatan untuk itu. Terus makan. Ini resepi yang saya campur-campurkan.

Resepi Chesse Tart.

Kulit Tart.

170gram majerin
50gram gula castor
1 biji telur
290gram tepung gandum
1 susu kecil esen vanila

Caranya:

# Satukan majerin dan gula hingga sebati. (saya guna spatula sahaja)
# Masukkan telur dan esen vanila gaul sebati.
# Masukkan tepung sikit demi sedikit.( Saya uli guna tangan)
# Bila sudah menjadi doh dan lembut, masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. (Saya simpan 6 jam sahaja)
# Setelah 6 jam, keluarkan doh dan ambil sedikit untuk di tekan pada acuan.
# Sebelum bakar, cucuk dengan garfu. 
# Untuk oven saya, saya bakar dalam 25minit suhu 170 darjah. Api atas bawah. (Bakar sehingga masak..ye)
# Kulit ini juga boleh di simpan dalam bekas kedap udara.

Filling cheese

250gram cream cheese
50gram gula castor
1biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
Filling- saya guna strawberi dan blueberry

Caranya:

# Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan berkrim.
# Masukkan telur dan esen
# Putar sebati. Siap.

#Masukkan filling telebih dahulu (saya guna sudu).
# Baru pipekan cream chesse.
# Jika ada kreativiti, boleh lorekkan.
# Bakar dalam suhu 170 darjah dalam masa 5 minit @ cream chesse tidak melekat di jari.

Selamat mencuba.

Sabtu, 21 Mac 2015

Ujian Allah

Assalammualaikum..


Hampir semiggu kain-kain ini terletak sahaja di meja mesin. 10 helai "bit" bola jaring kanak-kanak tadika Pasti, sehelai jubah kanak-kanak dan sehelai jubah dewasa. Kain-kain semua sudah siap di potong. Tinggal hendak jahit. Kesemuanya hendak di hantar minggu hadapan. Semoga Allah memberi kekuatan untuk menyiapkan tempahan ini.

Untuk minggu ini sahaja, ujian Allah melanda kami sekeluarga. Kami bergilir-gilir demam. Anak-anak demam malam. Sekali demam serentak. Maka masa di lebihkan untuk mereka. Alhamdulillah, mereka beransur sihat.  Saya pula, sehingga sekarang masih tidak sihat. Masih bergantung dengan ubat. Ini kerana saya sekali sakit kepala dan selsema.

Mungkin jua di sini musim panas. Tiada hujan membasahi bumi Bukit Beruntung untuk minggu ini. Bukan siang sahaja panas, malah waktu malam juga. Air tangki untuk kegunaan harian juga panas.
Semoga hujan akan membasahi bumi ku ini. Semoga Allah memberi kita semua di beri kesihatan yang baik. Di harap anda kurangkan aktiviti luar rumah ketika musim panas ini. Sekian.

Jumaat, 20 Mac 2015

Impian baru

Assalammualaikum


Waaa....macam besar sahaja impian saya ini ye...
Sebenarnya, saya punya impian ingin belajar menjahit jubah lelaki atau baju melayu. Sudah pun di bincangkan dengan en.suami. Tetapi seperti biasa berikan masa. 

Kenapa jubah atau baju melayu lelaki??. Saya dan suami ada menanam impian untuk ke Tanah Suci. Tidak kira sama ada haji atau pun umrah. Jadi, untuk mengurangkan kos di sini adalah lebih baik saya belajar dari awal untuk menjahit jubah lelaki. In sha Allah, sekurang-kurangnya saya boleh menjahitkan baju insan yang menyayangi saya selepas ibu bapa saya. Malah saya juga berharap dapat menjahit jubah untuk ayah mertua dan abah saya.

Bila hendak raya, saya suka perhatikan harga-harga jubah lelaki. Boleh tahan harganya. Dari situ juga saya terdetik, bilakah berpeluang belajar jubah lelaki?. Saya juga mempunyai anak lelaki, sememangnya berbaloi.

Untuk baju melayu pula, saya sebenarnya ingin mengetahui cara menjahit seluar. Saya pernah menjahitkan baju raya suami.  Sebulan saya belajar melalui buku, tetapi bahagian seluar saya masih tidak menjadi. Maka en.suami dengan rela dalam terpaksa memakai seluar baju melayu yang sepenuhnya getah..hihi. Itu lah kali pertama dan terakhir suami izinkan saya menjahit baju raya dia. Katanya selepas ini belajar betul-betul baru di izinkan.

Apa-apa pun saya bersyukur, kerana walaupun hanya sekali. En.suami sudi memberi kepercayaan kepada isterinya mejahit baju dia. Suami saya kebiasaanya menempah baju di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kedai jahit itu saya syorkan padanya semasa hendak buat baju nikah dahulu. Maka sampai sekarang menempah di situ. Ini kerana abah saya tiap-tiap tahun tempah baju di situ. Mungkin keselesaan baju yang di jahit. Yang pasti tukang jahit juga lelaki.

Sekian sudah impan saya. Semoga ianya tercapai walaupun selepas raya..

Selasa, 17 Mac 2015

Pengalaman terindah bersama ABDR

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..itu yang mampu di ungkapkan. Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) melalui post seorang sahabat alam maya akhirnya menjadikan saya seorang yang celik ILMU BLOG. Walaupun saya pernah membuat blog sendiri, tetapi ia sepi kerana tiada ilmu. Berkat berguru, kini saya tahu apa yang saya mahukan dalam blog saya. Terima kasih cikgu Anys Idayu Zakaria.

Sewaktu menyertai ABDR saya di berikan ebook bonus yang wajib khatam. Kenapa wajib khatam ebook bonus??. Itu adalah ilmu wajib tahu sebelum memulakan blog dalam ABDR. Mempunyai kelainan bukan??.  Ini bermaksud ABDR mahukan para blogger ABDR mempunyai ilmu dahulu sebelum memulakan langkah. Walaupun hanya langkah pertama. Langkah pertama yang baik, In sha Allah akan menjadikan perjalanan yang baik jua.

Kemudian 10 soalan tentang diri. Semasa menjawab soalan yang di beri, saya terfikir, untuk apakah tujuan soalan ini??. Oh..rupa-rupanya soalan inilah yang membantu saya dalam hala tuju blog saya. Termasuk juga memilih tajuk blog saya. Kemudian saya di wajibkan menyiapkan 44 entri di samping mengemaskini penampilan blog. Ini termasuk cara membuat borang tempahan. Yang pasti untuk menyiapkan 44 entri adalah terpulang kepada diri sendiri. Malah ada yang dapat menyiapkan entri selama 1 bulan sahaja. Ini kerana 10 soalan yang di beri amat-amat membantu.

Kenapa 44 entri??. Ini tujuan memudahkan blog saya di cari di carian "Google". Malah lebih kerap saya mengemaskini entri, maka lagi memudahkan. 44 entri hanya pemulaan untuk memahirkan dalam menulis entri saya. Malah saya bersyukur dengan ABDR. Ini kerana dengan adanya jaringan perhubungan dengan rakan-rakan ABDR, ia amat-amat membantu blog saya yang baru bertapak. Yang paling tidak saya sangka, angka pengunjung blog akan meningkat dengan cepat jika ada entri terbaru. Ini membuatkan saya bertambah semangat untuk menulis entri.

Semasa mengemaskini blog mengikut arahan yang di beri, sememangnya ada soalan. Alhamdulillah, guru ABDR tidak pernah jemu menjawab soalan-soalan saya terutama cara menyiapkan borang tempahan. Borang tempahan adalah wajib untuk peniaga online. Ia juga secara terus dapat saya melihat rekod jualan saya melaui email saya. 

Adalah satu bonus untuk saya bila memasuki ABDR sebagai pengurus online. Di sini saya belajar saya menjawab soalan-soalan bakal pembeli dan bakal rakan ABDR. Malah saya belajar menjalankan "bisnes dropship" tanpa modal. Malah cikgu Anys juga tidak jemu-jemu menjawab soalan saya mengenai "bisnes dropship". Bidang bisnes yang baru dalam diri saya tentunya banyak soalan.

Di ABDR saya  belajar etika blog iaitu Plagiat (meniru atau mencuri atau yang semaksud dengannya.). Di ABDR juga menjadikan saya jatuh cinta dengan "ebook".  Baru saya tahu bertapa mudahnya membaca "ebook". ABDR juga sentiasa menghasilkan "ebook-ebook" yang terbaru. "Ebook" yang berguna sebagai panduan serta rujukkan untuk para wanita tidak kira yang berkerjaya atau yang mahu memulakan kerjaya serta menjaga kesihatan.

Ilmu dan pengalaman saya bersama ABDR tidak dapat di nilai dengan RM200 yang saya bayar. Sungguh berbaloi. Tiada apa yang merugikan bila menyertai ABDR. Walaupun masih bekerjaya tetapi masih mampu menjana pendapatan sampingan. ABDR juga menganjurkan kelas-kelas untuk membantu para usahawan. Saya juga ada menyenaraikan kelas-kelas tersebut dalam "wishlist" saya. In sha Allah, semoga ianya tercapai.

 Walaupun terdapat cabaran seperti ketiadaan "line" internet selama sebulan kerana kable TM telah di curi, akhirnya saya mampu menyiapkan tugasan yang di beri. Terima kasih cikgu dan rakan-rakan ABDR yang banyak membantu. Baik dari segi perkongsian idea dan kata-kata semangat. Terlalu banyak nilai-nilai positif yang saya perolehi.
Terima Kasih ABDR.



Sabtu, 14 Mac 2015

Toturial Soft Awning

Assalammualaikum

Semenjak belajar sedikit-sedikit menjahit tudung, maka untuk awning tudung pun boleh pilih yang mana suka. Sekarang lebih suka menggunakan kain Double Cotton (DC). Jika ada yang mencari, boleh berkunjung di Jakel. Kini Jakel sudah pun menjual kain DC ini. Kain DC senang untuk saya membasuh tudung menggunakan mesin tanpa memikirkan awning rosak atau patah. 

Di sini ada saya menyediakan toturial cara menjahit "soft awning". Hanya menjahit tetulang sahaja. Ini adalah cara saya menjahit tudung-tudung saya ye.. Saya bukan belajar secara khusus menjahit tudung. Hanya melalui toturial yang di kongsikan dan pertanyaan pada sahabat alam maya saya serta kesesuaian cara saya.

Langkah Demi Langkah Cara Menjahit Soft Awning

Langkah 1. Ukuran sudah termasuk 1/2" basi jahitan

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Langkah 7

Langkah 8

Langkah 9

Langkah 10. Gunting mengikut pola

Langkah 11

Langkah 12


Rabu, 11 Mac 2015

Mari mengenali tapak-tapak mesin industri

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat. Setelah 4 hari kable TM di curi, maka kini boleh bersiaran kembali. Alhamdulillah hanya 4 hari sahaja tidak seperti selalu memakan masa 2 minggu hingga sebulan. Ini bukan kable belakang rumah, tetapi kable utama yang menghubungkan telefon keseluruhan taman saya dan taman sebelah. Untuk entri kali ini saya ingin mengongsikan jenis-jenis tapak mesin industri yang dalam koleksi saya. 

Sebenarnya banyak tapak mesin yang ada. Cuma yang ada ini hanya keperluan saya. Semoga dapat membantu anda jua.

Tapak Plastik

Tapak Zip Sorok

Tapak Beroda

Tapak Zip Biasa

Tapak Piping

Tapak Kedut

Tapak Getah 1/2"

Tapak Biasa


Mari mendapatkan Pakej Ebook Promosi.... Hanya RM50


Berminat??? boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
FB: Kasih Eliz
Terus menempah: Tempahan

Jumaat, 6 Mac 2015

Baru nak belajar lukis pola tudung

Assalammualaikum...

Selama ini saya jahit tudung, beli pola siap. Saya sememangnya seorang yang terlalu jarang beli tudung bila sudah berkahwin. Susah sedikit hendak memilih. Bukan dari segi warna sahaja, malah saiz dan kelabuhan tudung menjadi faktor jua. Al-maklum, saya ini agak gebu.

Kebiasaanya saya membeli pola untuk menjahit tudung saya. Pola yang di beli ada di sediakan nota ringkas. Saya tidak pernah mengikuti kelas tudung. Belajar menjahit tudung melalui perkongsian rakan-rakan alam maya. Jika tidak tahu, saya tidak malu bertanya. Alhamdulillah, walaupun soalan mudah tetapi tetapi di jawab. Saya ini tiada asas dalam jahitan tudung.

Hendak di jadikan cerita, sebulan yang lalu saya ternampak "Offer" e-nota untuk jahitan tudung. Ada pula fesyen yang saya berkenan di e-nota itu. E-nota itu kena lukis pola sendiri. Saya beli di sini Yuyue Design. Masa itu sebenarnya terfikir, saya suka jahit tudung sendiri. Apa kata sekarang saya mencuba lukis sendiri pola tudung . Sekurang-kurangnya saya belajar. Jika salah boleh bertanya. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya malah terjumpa pula "offer" itu. Allah memudahkan urusan saya.

Maka malam ini saya mencuba melukis pola Tudung Amiera. Banyak kali juga padam dan lukis balik. Tetapi mungkin sedikit asas melihat bentuk pola tudung, ia sebenarnya amat-amat membantu saya. Terutama bab lekuk-lekuk. E-nota itu sudah betul, tetapi pemahaman saya dalam mengikut arahan adalah salah.  Tetapi akhirnya siap jua.

Kertas yang ada tidak cukup panjang.

Tudung ini sebenarnya memerlukan 1.6m kain. Kebiasaannya kain chiffon. Saya  ini lukis pola dahulu. Buat masa ini kain tiada stok lagi. Baru saya tahu melukis pola tudung jua agak rumit. Melukis sambil merangkak lagi. Al-maklum, saiz pola adalah saiz tudung sebenar. Adakala adalah lebih besar jika melibatkan kedutan di mana-mana bahagian. Alhamdulillah, saya menemui pengalaman baru. Sekian.

Rabu, 4 Mac 2015

PROMOSI EBOOK MAC 2015


3 EBOOK PADA HARGA RM50 (HARGA 

SEBENAR RM100)





  •  Ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes
  •  Ebook Super WAHM Supermom
  •  101 Idea Home Based Bisnes

SIAPA YANG HARUS MEMILIKI EBOOK INI?
  •  Mereka yang mahu menambah pendapatan sampingan dengan berniaga
  • Surirumah yang nak tahu cara berniaga online hanya dari rumah
  • Surirumah yang ada 1, 2, 3 atau lebih anak dan mahu belajar urus diri & keluarga supaya lebih terurus
  • Mahu baca kisah motivasi mereka yang telah berjaya berniaga dan menguruskan rumahtangga
  • Mahu tahu cara mudah berniaga melalui platform online

DAPATKANNYA SEKARANG!

Untuk Tempahan: Borang Tempahan

Blouse A- Cut

Assalammualaikum..



Alhamdulillah.. akhirnya siap jua blouse ringkas untuk jiran saya. Sebenarnya ini pertama kali saya menerima tempahan dari jiran tetangga untuk baju.

Kalau telekung biasa juga. Bukan apa, untuk baju saya belum bersedia sangat. Biasa jahit untuk keluarga dan rakan yang amat-amat dekat. Tetapi jiran saya telah beri sokongan yang penuh. Buat ikut citarasa saya.

Bersyukur sangat-sangat dapat jiran-jiran yang positif. Maka terhasillah blouse ringkas ini. Tangan bergetah serta baluh paras lutut. Kain hanya kain baju melayu pemberian dari pihak sekolah Pasti.

Berdebar juga menjahit baju orang ini. Tambah-tambah jiran. Walaupun hanya blouse ringkas, namun saya tetap risau. Malah membuat sehabis baik seperti menjahit baju saya. Semoga jiran saya selesa dengan jahitan saya. Sekian.

Ingin mendapatkan Pakej Promosi Ebook??

Boleh hubungi saya

Norliza Tomiran

Ahad, 1 Mac 2015

Resepi roti yang saya suka

Assalammualaikum.




Seperti biasa, rumah saya boleh dikatakan tiap-tiap minggu mesti buat roti. Sungguh banyak penjimatan bila buat roti sendiri. Bukan itu sahaja, tahap kualiti juga adalah terjaga. Kadang-kadang saya buat lebih untuk beri pada jiran. Bukan promosi, tetapi apa salahnya rezeki di kongsi. 

Maka selepas itu adalah jiran-jiran yang "order". Malah tidak kurang juga minta saya buatkan untuk dia berniaga. Sebelum setuju menjual, saya bertanya pada suami dahulu. Ini kerana jika bahan mentah terkurang, sudikah membawa saya untuk membeli bahan?. Suami setuju dan terpulang mengikut kesesuaian saya. Alhamdulillah.

Bila sudah begitu maka bermula aktiviti baru saya. Cuma bukan setiap hari saya buat roti. Jika ada masa terluang. Saya sebenarnya lebih suka resepi ini. Ini kerana saya suka pada keenakkan susu dan tahap kekenyangan yang agak lama (pada saya). Malah suami juga mengakuinya. Jika anda ingin mengurangkan kos, anda boleh campurkan sedikit air pada bahan cecair. Di bawah ini resepi nya.

RESEPI ROTI

200ML - Bahan Cecair ( 1 biji telur + susu full cream )
50GR - Gula Castor
25GR - Butter
25GR - Shortening
1/2 Sudu Kecil - Garam
300GR - Tepung High Protien
1/2 Sudu Kecil - Garam
1 Sudu Kecil - Bread Improver
1 Sudu Kecil - Bread Softner
1 1/2 Sudu Kecil - Instant Yis

Untuk Gliss

Setelah doh telah kembang dan hendak di bakar. Baru gliss dan di tabur  bahan-bahan yang di inginkan.

Telur dan susu segar di campurkan.

# Untuk bakar bergantung pada oven masing-masing. Oven saya 170 darjah selama 30 minit.

Sekian