Khamis, 18 Disember 2014

Cara menjahit cadar fitted (bergetah)

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi

Assalammualaikum.

   Alhamdulillah, malam tadi saya ada buat set cadar pelanggan saya. Jadi saya cuba kongsikan cara saya menjahit cadar fitted. Saya berharap semoga anda faham. Jika ada sebarang keraguan, boleh bertanya. In sha Allah saya cuba menjawab.

   Cara jahit getah cadar ada banyak cara. Ini cara saya belajar dan saya gunakan. Getah yang tidak nampak. Ada juga cara getah nampak. Untuk cara itu saya tidak berapa pandai. Saya juga tidak pernah lagi mencuba cara yang itu. Cuma cara yang itu saya pernah beli masa dulu-dulu, sebelum pandai menjahit cadar sendiri.

   Untuk kain cadar ini, saya membuat saiz bujang. Saiz tilam pelanggan saya lebar 36" dan panjang 78". Kain yang di beri adalah bidang 96". Kain yang di perlukan adalah 1.6meter. 

   Cara-cara menjahit cadar bergetah.


Kain lipat 4

Lebar Cadar

Penambahan kain untuk panjang cadar

Untuk penyambung jahit 1/2"

Keadaan penyambung selepas jahit

Untuk mendapatkan panjang cadar

Di bucu kain tandakan segiempat tepat 13"x13".
Cara untuk mendapatkan ukuran

13" X 13" Click Di Sini

Kain yang di potong segiempat tepat mesti ada 4 keping.
Ini kerana ada 4 bucu.

Keadaan bucu.

Pin kan yang di potong tadi.

Mula jahit 1/2" dari bucu hingga bawah.

Kemudian jahit tepi. Jika tiada jahit tepi boleh kelim 1/2".

Boleh jahit tepi keliling cadar untuk kekemasan. Tetapi terpulang
kerana apabila menjahit keliling nanti, jahitan tepi ini tidak nampak.

Untuk bahagian getah di atas dan bawah cadar. Jadi tandakan 15" di sisi kanan dan
kiri cadar bermula dari bucu.

Saya menggunakan tapak zip untk kelim getah di dalam.

Saya menggunakan getah bersaiz 1"
Lebihkan getah 1/2" sebelum jahit dan jahit menegak di atas getah supaya
getah tidak bergerak.

Untuk kelim ini saya lipat 1/2" dahulu baru letak getah 1". Kemudian lipat lagi.
Apabila menggunakan tapak zip, tapak rapat dengan getah di bahagian dalam.

Kekemasan di bahagian kelim.

Setelah akhir jahit kelim, baru angkat tapak. jarum turun kan. baru mula tarik
getah. Jika berasa agak sukar, matikan jahitan itu, baru tarik getah kemudian pinkan.

Baru jahit menegak dan matikan jahitan. Kemudian potong getah lebihan. Tinggalkan 1/2".


Hasil bila sudah siap bahagian getah. Versi luar dan dalam.
   Tamat bahagian yang bergetah. Untuk bahagian bawah cadar yang tiada getah boleh Click Di Sini. Semoga dapat membantu anda menjahit cadar sendiri. Sekian

Salam sayang.


    
Untuk mendapatkan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini, boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan