Rabu, 27 Ogos 2014

Tip Menjahit kain Lycra

 Teks: Norliza Tomiran

 Assalammualaikum..


 Di sini saya cuba kongsikan tip serba-sedikit yang saya tahu  tentang jahit menggunakan kain lycra..kain yang agak memeri. Tetapi sedap di pakai. Kalau kena pada tukang jahitnya..serta gayanya. In shaa Allah..menutup aurat serta tidak menampakkan bentuk badan. Malah yang pasti tidak perlu `iron`. Mesti ramai yang suka bab tidak perlu `iron` termasuk saya. Bila sudah ada anak, bab `iron` menjadi remeh pada saya. Jadi saya kongsikan tip ini pada anda.

  Kain lycra ni sebenarnya ada banyak jenis. Ini melibatkan kualiti serta nipis @ tebal kain lycra. Saya lebih suka lycra denim. Ini kerana tekstur kain lebih tebal. Ini contoh kain lycra denim simpanan saya. Ada juga kain lycra biasa (kosong @ bercorak) tetapi tebal. Bagi saya adalah lebih afdal merasa sendiri tekstur kain lycra. Baru puas hati.
Lycra Denim

Lycra Denim
  Untuk menjahit kain lycra saya menggunakan tapak plastik (teflon). Sebab mesin saya jika menggunakan tapak biasa jahitan akan melompat-lompat.
Tapak Teflon
  Tetapi saya sememangnya hanya menggunakan jarum Brand Schmetz sahaja. Tidak kira kain apa-ape pun termasuk lain lace langsir @ kain cotton. Ini atas nasihat `technician` mesin jahit saya. Untuk lycra saya mengguna kain jarum No 13. Untuk mesin Brand Brother saya guna kod DB.
Jarum Schmetz
   Manakala untuk setting jarak jahitan saya masih kekal 2.5 @ 3 sahaja. Benang pun saya hanya menggunakan benang2 biasa yg ada di pasaran. Untuk memotong kain lycra adalah `DI LARANG` menarik kain semasa pin @ mengunting kain.

 Saya kongsikan tip apa yang saya tahu serta pengalaman yang saya lalui. Kadang-kadang lain mesin, lain ragamnya. Saya menggunakan mesin highspeed Brother. Jadi anda juga boleh kongsikan tip-tip anda di ruangan komen. Semoga cikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan kita.

Salam Sayang

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kak. boleh saya tau jarum tu beli di mana ? btw sy dr sabah :)

    BalasPadam
  3. Waalaikusalam. Saya beli dari rakan facebook. Puan boleh bertanyakan kepada rakan facebook saya bernama Yanie Che Mat. Jika link facebook nya https://www.facebook.com/yanie.c.mat.

    BalasPadam