Tahun 2012.Di saat kandungan anak ke 2 hampir mencecah 8 bulan, keinginan untuk belajar mennjahit telekung berkobar-kobar. Ku suara kan hasrat hati pada suami. Suami berkata, tunggu sehingga dia betul-betul `free`. Ini kerana bila ada kelas, bermakna suami akan menjaga anak
Pada satu hari, sabtu malam suami telah mengatakan ahad esok dia cuti. Maka, malam itu juga saya telah menelefon cikgu itu..iaitu Kak Zai. Alhamdulillah, Kak Zai telah bersetuju walaupun sebenarnya setiap kelas hendaklah memberitahu lebih awal. Tetapi aku berterus-terang tentang keadaan cuti suami saya.
Saya yang duduk di Rawang, pergi ke kelas telekung di Gombak dengan membawa mesin jahit sendiri. Sampai di Masjid Al-Khariyyah, alangkah terkejutnya Kak Zai yang bakal pelajarnya tengah sarat..hihi. Kelas berlangsung di masjid. Saya adalah pelajar tunggal kerana seorang pelajar lagi tidak dapat hadir. Alhamdulillah, saya mendapat guru yang penyabar dalam mengajar saya.
Sesiapa yang ingin belajar dengan Kak Zai ini facebook dia https://www.facebook.com/Kelasjahitantelekung?fref=ts. Sekarang Kak Zai juga telah menjual nota cara menjahit telekung. Berbeza pada masa saya belajar, nota buat sendiri malah kena menghadiri kelas kerana nota tidak dijual.
Ini lah telekung yang pertama saya jahit selepas belajar. Masa ini, saya tunggu masa hendak bersalin sahaja.
Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun kini saya mula mengambil upah menjahit telekung. Pelik??. Mengapa tunggu hampir 2 tahun??. Jawapannya, saya memberi tumpuan kepada baby yang baru lahir. Di tambah pula anak-anak saya selang setahun. Maka perhatian lebih diberikan pada mereka. Saya bahagia pilihan itu.
Diantara punca saya ingin belajar telekung adalah minat serta saiz telekung kadang tidak sama dengan keinginan saiz yang saya inginkan. Terutama bila saya berbadan dua. Malah jika `family` saya ingin membuat `Projek Amal`, maka tidak perlu bersusah-susah untuk menempah. Ini kerana saya boleh jahit kan. Ini dapat menjimatkan kos serta menambah bilangan telekung.
Hasil-hasil terkini telekung..ada di bawah. Malah anda boleh melihat di facebook https://www.facebook.com/NorlizaHandmade
Semoga dengan pengalaman saya pergi ke kelas telekung, menjadi dorongan kepada anda bahawa tiada alasan ingin belajar. Tidak kira belajar dalam apa-apa pun. Yang pasti ikhlaskan niat.In shaa Allah, Allah permudahkan keinginan baik kita.
salam sayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan