Jumaat, 31 Oktober 2014

Bukit Beruntung / Bukit Sentosa Resident

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: FB Bukit Sentosa / Bukit Beruntung Resident

Assalammualaikum..

   Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai kawasan tempat tinggal saya Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung di Rawang, Selangor.Makin lama, makin seronok saya tinggal di sini. Jika hendak tahu, kawasan saya ada Facebook sendiri. Di sini kami kongsi segala-gala2nya berkenaan kawasan kami.  Dari makanan, kemudahan awam, jualan rumah hingga yang menggangu ketenteraman penduduk. Ini termasuk tanah runtuh berhampiran Apartment MK Land yang berlaku baru2 ini. Kami warga penduduk disini sentiasa mendapat info terkini dari rakan2 FB kami ini.
 
  Dahulunya untuk yang berniaga tiada pendaftaran dibuat. Tetapi bila ada kes2 penipuan, maka wujudlah pendaftaran ahli. Pendaftaran ini wajib untuk yang hendak iklan sahaja tetapi tidak wajib untuk ahli biasa. Nilai hanya RM10 setahun. Untuk mendaftar sebagai ahli hanya 1 syarat wajib. Iaitu mendaftar di tempat2 yang di beritahu. Tidak melalui online. Hanya bertemu muka. Yang pasti resit dan kad ahli di berikan. Ini dapat mengggalakkan kami berkenalan satu sama lain walaupun tinggal berlainan kawasan taman perumahan. Menarik Bukan??.

Kad dan pelekat Bukit Sentosa Dan Bukit Beruntung


   Mesti ada yang tertanya2 mengenai wang RM10 untuk setiap ahli. Wang ini tidak ke mana sebenarnya. Ia akan di gunakan untuk ahli2 @ kawasan yang di landa musibah. Hulurkan bantuan di samping meringan kan beban. Malah baru2 ini duit ini digunakan untuk menampal jalan yang berlubang. Jadi sumbangan ini bukan hanya untuk ahli tetapi seluruh penduduk di sini yang melalui jalan yang berlubang itu. Tiada paksaan untuk menjadi ahli berbayar ini. Perjumpaan ahli juga di adakan selang 3 bulan untuk mengeratkan siratulrahim antara ahli.

   Bagi ahli2 berbayar, jika bertuah dapat mengikut "admin" menjalankan konsep "Jalan2 cari Makan". Bila memenuhi selera, pelekat akan diberikan. Ini sebagai gerai pilihan untuk warga Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Malah sesiapa yang mempunyai kad ahli, kadang2 akan di berikan potongan harga @ tawaran istimewa di gerai @ penjual di sini. Ahli juga ada di sediakan kemudahan lain terutama yang berniaga.

  Di sini kebanyakan ada penghantaran ke rumah. Sebagai contoh lampin pakai buang, roti, kopi dan tidak kurang juga makanan panas goreng2. Yang paling menarik untuk sarapan pagi dan makan petang juga ada penghantaran. Contoh nasi lemak ayam berempah dan goreng pisang chesse. Biasanya hanya makanan segera sahaja bukan??. Tetapi tidak di sini. Walaupun hanya di lakukan di rumah tetapi tetap ada penghantaran. Ada juga yang menyediakan perkhidmatan melipat baju. Saya kongsikan di sini.  



   Yang paling menarik bagi saya sebagai suri ialah "Car Boot Sales". Ini hanya usahawan wanita sahaja. Ibarat dari usaha wanita untuk wanita berniaga. Ia di adakan setiap hari ahad di tapak pasar malam Bukit Sentosa. Perniagaan ini mendapat kebenaran Majlis Hulu Selangor. Macam2 ada jual di sini. Jika anda berkesempatan datang di Rawang, sudi2 kan lah singgah di Bukit Sentosa untuk membeli di "Car Boot Sales" ini.

    Sekian yang saya dapat kongsikan yang menarik di kawasan saya.

Salam Sayang


Ukuran Dahi Dan Dagu

Teks: Norliza Tomiran.

 Assalammualaikum.

  Sebenarnya saya jarang membuat telekung kanak2. Saya hanya membuat bila ada yang tempah sahaja. Jadi baru2 ini ada pelanggan saya menempah. Jadi saya mengambil kesempatan itu untuk di letakkan di entri ini. Umur kanak itu dalam lingkungan 4 tahun. Biasanya saya menggunakan ukuran ini untuk kanak2 dalam lingkungan 3 tahun hingga 5 tahun. Ini contoh pola saya.

Ukuran Dahi
    Untuk ukuran dahi saya buat lebar begini. Ukuran ini termasuk basi jahitan. Tetapi boleh juga di kurangkan 2" sahaja untuk lebar. Saya membuat 2.5" lebar di sebabkan pelanggan saya ingin "full renda". Ini contoh "full renda". "Full renda" ini bermaksud renda 2 lapis. Awning telekung dilitupi renda. Untuk panjang getah biasanya dalam 10" @ 11" sahaja.

Awning Full Renda

   Ini pula ukuran dagu. Untuk kanak2 biasanya saya menggunakan ukuran ini.

Ukuran Dagu

   Untuk ukuran saiz muka adalah 10.5".  Saiz muka bergantung kepada model anda. Jika model gebu mukanya, boleh besarkan sikit. Tetapi jika mengurangkan ukuran awning, boleh mengurangkan ukuran saiz muka. Selamat Mencuba. Sekian.

Salam Sayang

Jika anda berminat.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Sms : 012-2431590

Khamis, 30 Oktober 2014

Ebook 44 Resipi sihat Berpantang


                                      Ebook 44 Resipi sihat Berpantang
          

Ringkasan Bab


Ebook 44 Resipi sihat Berpantang
Bahagian 1: Menu Nasi
1.      Nasi Herba
2.      Nasi Goreng Lada Hitam
3.      Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4.      Bubur Nasi Ulam
 
Bahagian 2: Ikan
5.      Ikan Bilis Herba Istimewa
6.      Ikan Bilis Lada Hitam
7.      Ikan Gelama Panggang
8.      Ikan Kembung Bakar
9.      Ikan Parang Masak Pindang
10.  Ikan Selar Panggang
11.  Ikan Selar Rebus Halia
12.  Ikan siakap Kukus Halia
13.  Ikan Tenggiri Singgang
14.  Sup Ikan Haruan
15.  Ikan Tenggiri Kukus Istimewa
16.  Sup Ikan Merah
 
Bahagian 3: Daging
17.  Daging Lada Hitam
18.  Singgang Daging
 
Bahagian 4: Ayam
19.  Ayam Organik Bakar
20.  Ayam Organik Bakar Halia Muda
21.  Ayam Organik Lada Hitam
22.  Ayam Organik Masak Tomato
23.  Bergedel Tempe Istimewa
24.  Sup Bebola Tauhu
25.  Sup Bebola Tenggiri
 
Bahagian 5: Sayuran/Ulaman
26.  Kailan Bertauhu
27.   Kerabu Pegaga
28.  Pisang Kebatu Rebus
29.  Sawi Lada Hitam
30.  Sawi Rebus
31.  Tauhu Sayur Campur
32.  Sup Sayur Campur
33.  Sup Ayam Organik
34.  Tempe Goreng Istimewa
35.  Tumis Sawi Herba
36.  Halwa Halia

Bahagian 6: Minuman Herba
37. Air Halia Muda
38. Air Kunyit
39. Air Rebusan Pegaga
40. Jus Halia Kurma
41. Rebusan Manjakani
 
Bahagian 7: Minuman Kesihatan/ Penambah Susu Ibu
42. Jus Lobak Merah
43. Jus Lobak Merah dan Saderi
44. Jus campuran lobak dan tembikai susu


Bahagian 8: Sarapan/Menu Petang
Bahagian 9: Tips Sihat Ibu Berpantang
-Tip makanan Sihat Ibu Berpantang
-Info Herba/ Ulaman untuk Ibu Berpantang
-Diari Menu Sihat 44 Hari Pantang
-Apa Kata Pakar/ Perbidanan

Pengalaman Bisnes Tanpa Modal ( Dropship )

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Google

  Assalammualaikum.



  Bila kita sebut bisnes tanpa modal mungkin pelik. Tetapi bila sebut bisnes "dropship" ramai kini telah membuka mata serta minda tidak terkecuali saya. Di saat saya kekurangan modal pusingan dan kelemahan yang tidak tahu memandu, saya tercari-cari bisnes tanpa perlu keluar rumah. Tetapi pada masa itu saya tiada pendedahan mengenai bisnes "dropship". Walaupun ada yang "offer" untuk bisnes ini. Saya menolak. Ini kerana pada saya tiada bisnes tanpa modal. Malah tidak kurang juga di takut di tipu.

   Sehingga saya bertemu dengan ABDR. Di sini saya di bekalkan 4 ebook. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes memberi saya pendedahan mengenai bisnes "dropship". Malah saya juga di beri pendedahan lebih serta di beri peluang untuk mengajukan soalan tentang bisnes "dropship" ini kepada Cikgu Anys Idayu Zakaria. ABDR juga memberi saya pilihan untuk bisnes "dropship". Dropship Produk Makanan adalah pilihan saya. ABDR juga memberi saya peluang "dropship" ebook keluaran ABDR.

   Bila saya sudah mempunyai pengetahuan dan sedikit pengalaman barulah saya cuba melangkah ke fasa yang baru. Saya menjadi agen "dropship" Buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan Kain2 Cotton gred AAA. Alhamdulillah dengan rezeki bisnes"dropship" ini, saya juga mendapat modal pusingan untuk bisnes saya pula. 

   Antara kelebihan lain saya tidak perlu ke Pejabat Pos  untuk penghantaran barang. Saya cuma hubungi pembekal untuk "confirm stok". Ada juga pembekal saya akan kemas kini produk setiap minggu untuk memudahkan agen seperti saya. Maka saya juga akan kemas kini produk saya setiap minggu. Masa saya bersama keluarga juga tidak terjejas. Semua urusan "dropship" hanya diatas talian internet.

   Alhamdulillah, dengan ilmu pengetahuan yang saya dapat ini saya mula melangkah ke hadapan dengan yakin. Saya sering berpegang kepada prinsip "Jika tiada ilmu tentang sesuatu jangan buat". Tidak rugi berguru serta belajar. Bila ada ilmu wajib mencuba. Masih banyak yang perlu saya pelajari walaupun hanya bisnes "dropship". Semoga saya bertambah bersemangat untuk menimba ilmu online.

Salam Sayang

Email: norlizatomiran@gmail.com
 Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz   
SMS: 012-243159

Rabu, 29 Oktober 2014

BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

INGIN MENDAPATKAN BUKU INI ?? HANYA RM25 SAHAJA TERMASUK POS LAJU



Ada 4 Bahagian 40 Bab

Bahagian 1: APA ITU REZEKI
  1. Rezeki Bukan Sekadar yang Nampak di Mata
  2. Udara, Air dan Gunung adalah Rezeki
  3. Ilmu adalah Rezeki
  4. Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
  5. Harta dan Rezeki
  6. Allah sentiasa Membantu
  7. Hubungan Rezeki dan Iman
  8. Rezeki, Adakah Bertambah atau Tidak?
  9. Tangkal, kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki?
  10. Kunci Rezeki

Bahagian 2: MENJEMPUT REZEKI
  1. Menjemput VS Mencari
  2. Menjemput Rezeki dengan Mengutamakan Solat
  3. Menjemput Rezeki dengan Solat Tahajud
  4. Menjemput Rezeki dengan Solat Dhuha
  5.  Menjemput Rezeki dengan Zikir
  6. Menjemput Rezeki dengan Doa
  7.  Menjemput Rezeki dengan Mendoakan Orang Lain
  8.  Menjemput Rezeki dengan Sedekah
  9.  Menjemput Rezeki dengan Membaca Al-Quran
  10.  Menjemput Rezeki dengan Asma` Ul-Husna
  11.  Menjemput Rezeki dengan Bersyukur
  12.  Menjemput Rezeki dengan Tekun dan Berusaha
Bahagian 3: CERITA MENJEMPUT REZEKI
  1. Dibalas dalam 24 Jam
  2. Ikhlas RM50, Dibalas RM10,000
  3. "Tolonglah Anak Saya, Ustaz"
  4. Memberi Tanpa Syarat
  5. Binatang Tidak Mampu Membalasnya
  6. Daripada Hina Menjadi Mulia
  7. Berkat Belajar Al-Quran
  8. Bos hanyalah Posman
  9. Ikhtiar Rohanidengan Surah Yaasin
  10. Sebuah Keajaiban
  11. Sedekah Si Penarik Beca
  12. Sedekah Sebagai Ubat
Bahagian 4: APA PERLU SAYA BUAT SEKARANG?
  1.  Ciptalah Impian Hari Ini
  2. Bagaimana Membina Impian yang Seimbang?
  3. Ibu, Ibu Apa Khabar?
  4. Ini Impian Kita
  5. Strategi Ghaib
  6. Bertaubatlah!
Ingin mendapatkan BUKU ini boleh hubungi saya

 Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz 
SMS: 012-2431590

EBOOK 101 IDEA HOME-BASED BISNES

Teks: Norliza Tomiran







  Assalammualaikum.

    Syukur kepada Allah, baru kini saya berkesempatan membuat ulasan berkenaan ebook ini. Ebook ini amat bagus kepada sesiapa yang masih mencari-cari idea untuk memulakan perniagaan. Terlalu banyak idea2 yang di beri, diantaranya perniagaan makanan, perniagaan kreatif, perniagaan pendidikkan serta perniagaan perkhidmatan. Malah perniagaan ini di pecah kan lagi serta mempunyai huraian yang lengkap untuk memberi lebih banyak pilihan serta info tentang sesuatu perniagaan kepada suri. Terdapat lebih 101 idea untuk semua orang tidak kira lelaki atau wanita, bujang atau sudah berkahwin dan untuk  suri yang ingin menjalankan perniagaan di rumah khasnya.

       Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini juga memberi info kepada saya mengenai perniagaan online. Antara perniagaan online seperti Butik Online, Produk Fizikal, Produk Digital serta Dropship. Perniagaan Dropship seperti yang saya lakukan sekarang bersama ABDR. Jika memulakan perniagaan online, ebook ini juga memberi info tentang cara pemasaran yang berkesan. Terutamanya pentingnya ada BLOG. Ebook ini tidak hanya berkisar mengenai perniagaan online, malah perniagaan offline. Sebagai contoh pusat asuhan kanak2, transit pelajar sekolah dan kelas jahitan. Malah ebook ini menghuraikankan lagi cara perniagaan ini di jalankan. 

       Ebook ini membuka mata saya tentang perniagaan tanpa modal (pinjaman). Jika dahulu saya begitu takut dengan perniagaan tanpa modal ini. Walaupun ada yang "offer", saya menolak disebabkan kurangnya ilmu tentang perniagaan ini. Kini setelah membaca ebook ini saya sudah pun mempunyai perniagaan tanpa modal (Dropship). Saya menjadi agen dropship produk makanan ABDR, Buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan kain cotton. Dengan komisyen dari perniagaan dropship ini saya buat modal untuk perniagaan TELEKUNG saya.  Ini yang saya belajar dalam ebook ini. Syukur kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberi laluan pada saya melalui ebook ini.

      Ebook ini juga memberi lebih pengetahuan tentang beli hartanah. Bukan kepada saya ye..TETAPI suami saya. Ini kerana ia adalah antara wishlist kami suami isteri. Lihat, panduan ebook ini bukan sahaja sesuai untuk suri @ wanita sahaja tetapi lelaki @ suami. Adalah tidak rugi memiliki ebook ini.

     Ebook ini bukan sahaja mengupas mengenai perniagaan tetapi juga SIMPANAN @ TABUNGAN. Ini amat2 penting bagi saya sebagai seorang suri merangkap WAHM. Terdapat 3 jenis tabungan yang di cadangkan. Iaitu 
  1.   Simpan dan lupakan (Persaraan)
  2.   Simpan (Untuk bayar hutang)
  3.   Simpan untuk kecemasan.
     Ebook ini memberi cadangan kepada yang ingin memulakan WAHM @ SOHO sepenuh masa. Malah lengkap dengan huraian.Antaranya iaitu: 
  1.   Mengenal pasti Akaun Aktif dan Akaun Pasif
  2.  Membuat tabungan
  3.   Penyelarasan semula kewangan suami isteri.
    Apa itu SOHO??. Small Office Home Office. SOHO terbahagi 2 kategori iaitu 
  1.  Bekerja ( penulis, pereka web @ penterjemah )
  2.  Menawarkan perniagaan dari rumah ( menawarkan produk @ perkhidmatan melalui laman web )
      Ebook ini mengulas dengan terperinci mengenai SOHO. Dari SOHO bermula hingga trend SOHO masa kini. Malah SOHO ini juga menjadi pilihan lelaki pada masa kini. Ini kerana masa yang tidak terikat serta bebas. Malah gaya hidup yang lebih santai bersama keluarga.

    Bila saya baca ebook ini mengenai cabaran SOHO, saya terus kongsikan pengalaman saya di sini. Bukan cabaran sahaja di kongsikan dalam ebook ini tetapi persamaan dan perbezaan. Jika dahulu saya tidak tahu dengan perbezaan dan persamaan ini, kini ebook ini menghuraikannya.

   Strategi 7P turut di bentangkan. Ingin tahu apa 7P?? 
  1. Pendapatan
  2. Produk
  3. Pasaran
  4.  Penawaran
  5. Penentuan Harga
  6. Promosi, Pengiklanan
  7. Pesaing 
Menarik bukan strategi 7P??.Untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci serta pelajari tentang 7P, dapatkan ebook ini.Yang pasti tidak rugi untuk anda.

   Ebook ini saya dapat belajar cara mengenali pelanggan. Menarik bukan?? . Bukan itu sahaja malah kuasai pelanggan. Jika ingin rahsia lebih banyak lagi tentang usahawan, pelanggan online boleh dapatkan Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online  di sini .

   Ebook ini memberi motivasi dan inspirasi melalui pengalaman. Malah ada yang kongsi strategi jualan. Bukan senang seorang usahawan berkongsi strategi jualan melalui pengalaman. Malah terdapat juga nasihat dan Rahsia Perniagaan Siti Khadijah. Sungguh menarik bukan??. 

   Secara ringkasnya pada saya ebook ini bukan sahaja 101 idea business tetapi 101 cara serta panduan yang terperinci tentang pemulaan menjadi usahawan SOHO dan WAHM.  Malah ia membuka minda saya tentang perniagaan walaupun hanya berskala kecil.

  Kandungan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
 
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
 
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat

Bab 4: Strategi Pemasaran Online

Bab 5: Strategi pemasaran Offline

Bab 6: Operasi Dari Rumah

Bab 7: Khidmat Pelanggan Online

Bab 8: Produk digital vs produk fizikal

Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah

Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah

Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses



  Ingin menimba lebih pengetahuan tentang perniagaan?? Boleh hubungi saya.

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
SMS: 012-2431590


Isnin, 27 Oktober 2014

Salam Tahun Baru 1436 Hijrah

Teks: Norliza Tomiran 
Gambar: Google












Assalammualaikum.

   Salam Tahun Baru. Alhamdulillah kini kita sudah pun melangkah ke tahun baru. Semoga kita juga mempunyai azam yang baru.

   Terasa cepat masa berlalu. Kini sudah hampir 3 bulan saya bersama ABDR. Saya dapat merasakan penghijrahan diri dalam ABDR walaupun baru 3 bulan. Yang pasti lebih positif serta berdaya maju dalam mengharungi kehidupan WAHM.

   Saya masih menanam impian untuk sambung belajar. Itu antara wishlist saya. Yang pasti perancangan Allah adalah terbaik. Malah saya berbahagia dengan perjalanan kehidupan saya kini. Alhamdulillah.

   Jika ada di antara suri ingin berubah yang lebih baik ABDR ada menyediakan Pakej Mampu Milik.  Kita belajar cara marketing yang betul.


 Salam Sayang
  

Jumaat, 24 Oktober 2014

Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online


Alhamdulillah, terima kasih kekanda Azzah Yusof, ulasan EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN USAHAWAN ONLINE.
 http://noorazzahyusof.blogspot.com/2014/09/ulasan-e-book-rahsia-khidmat-pelanggan.html

Ruang dan peluang yang ada sebaiknya digunakan bagi mendalami ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermanfaat. Moga kehidupan seterusnya dilalui dengan penuh bermakna.

E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online merupakan buah tangan dari penulis Pn. Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya sangat bersetuju dengan idea penulis betapa pentingnya khidmat pelanggan dalam memasarkan sesuatu produk. Bagi usahawan terutamanya online perlu bijak menawan hati pelanggan bukan disebabkan tipu helah untuk mengaut keuntungan. Akan tetapi etika yang perlu ada sebagai seorang usahawan online. Tanpa adanya pelanggan, bisnes yang dijalankan tidak mungkin berhasil.

Saya sendiri adalah pelanggan tegar online. Kebanyakan barangan saya perolehi melalui belian secara online. Walaupun melibatkan kos penghantaran, ianya tetap berbaloi. Saya boleh memilih barangan yang diperlukan secara mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta dilakukan dalam waktu yang santai. Faktor utama saya membuat ulangan pembelian online disebabkan perkhidmatan pelanggan yang baik dan juga barang yang dipesan tiba seperti yang dimaklumkan dan berkeadaan baik. Walaubagaimana pun ada juga usahawan online yang tidak prihatin dengan khidmat pelanggan, mengambil sikap sambil lewa atas pesanan pelanggan.

Terbitnya naskah e-book ini diharap dapat membantu para usahawan online yang baru dalam bidang ini. Seterusnya memberi input kepada usahawan sedia ada untuk ‘upgrade’ khidmat pelanggan bagi memastikan bisnes mendapat tempat di hati pelanggan. Promosi gila-gila pun tiada maknanya jika khidmat pelanggan hancur. Pelanggan akan mudah membeli sekiranya mereka berpuashati, secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada pasaran yang lebih luas juga pulangan yang berganda.

Secara keseluruhannya, ia adalah sebuah perkongsian yang menarik. Ebook ini harus dimiliki oleh mereka yang ingin terus maju dalam bisnes yang dijalankan.

PROMOSI OKTOBER EBOOK


Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online 

RM50?? Bukan TETAPI RM30 MENDAPAT 2 EBOOK
Menarik bukan Pakej ini??


Jangan lepaskan peluang..



Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira



boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
SMS : 012-2431590