Gambar: Koleksi Peribadi dan Google
Assalammualaikum
Pada bulan Mei 2014 saya menerima satu pesanan dari FB dari seorang yang tidak dikenali. Puan itu memuji hasil2 telekung saya yang pada saya masih banyak yang perlu di perbaiki. Padanya saya mengatakan saya masih belajar setelah 1 tahun meninggalkan bidang jahitan telekung ini. Ini kerana saya memberi tumpuan pada anak2 saya.
Selang beberapa minggu menyusul kembali PM seterusnya. PM kali ini baru saya mengetahui dia juga seorang penjahit telekung lycra. Tetapi kali ini dia meminta tip untuk menjahit telekung cotton. Alhamdulillah, saya bersetuju. Saya ajar apa yang saya tahu serta pratik kan sahaja. PM di FB juga kerap. Akhir sekali dia minta untuk saya mengajar secara berdepan. Ini kerana dia tidak berpuas hati dengan hasil diri sendiri. Saya menyatakan jangan mudah putus asa. In sha Allah, puan pasti boleh. Cuma untuk berguru secara depan, saya belum layak untuk mengajar. Ilmu masih secubit, pengalaman baru hendak bertunas bagaimana saya hendak mengajar? .Saya boleh hanya tolong sikit2 apa yang saya tahu dengan ikhlas supaya mudah untuk menerima. Jika puan ingin belajar secara berdepan, saya syorkan belajar dengan guru saya Puan Zaaira Amaluddin ( Kak Zai ). Malah sesiapa hendak belajar ini blog cikgu saya http://www.sewnsell.blogspot.com/
Setelah lama PM dari puan tersebut menyepi. Tiba2 pada 10 September, saya mendapat PM dari puan tersebut. Tetapi PM kali ini berlainan dari sebelumnya. Ini kerana dia ingin menempah pukal kepada saya. Ya Allah, bersyukur sangat di atas rezeki yang telah di berikan. Akan tetapi saya masih fikir adakah saya mampu membuatnya?. Saya mempunyai tanggungjawab lain. Iaitu suri rumah. Menjahit hanya mengisi masa saya sahaja. Saya mempunyai anak2 kecil yang memerlukan tumpuan yang lebih. Semua itu bermain2 di benak saya. Walaupun pada masa itu saya telah bersetuju menerima tempahan tersebut.
Pada 21 September, puan itu datang membawa barang2 untuk menjahit telekung termasuk kain cotton. Di sini kami berbincang dari hati ke hati. Malah saya berterus-terang tentang keadaan saya. Saya tidak boleh bekerja menjahit dalam tekanan. Hasil sememangnya amat2 mengecewakan. Alhamdulillah, puan tersebut memahami situasi saya. Ibarat buat berapa yang saya mampu siapkan untuk tarikh yang dia sepatutnya ambil. Malah kami lebih senang dengan konsep 'BERKONGSI REZEKI'.
Pada 01 Oktober, puan datang untuk mengambil telekung2 yang telah siap. Pada masa itu saya betul2 malu pada puan tersebut. Saya hanya mampu menyiapkan 10 pasang sahaja dari 20 pasang pesanannya. Malah saya menerima dengan hati terbuka segala kemungkinan yang bakal berlaku. Ini adalah salah saya. Pengurusan masa saya yang tidak betul. Saya akui. Alhamdulillah, puan tersebut masih memahami. Mungkin hanya banyak itu yang saya mampu menjahit.
Setelah telekung2 diberi, saya amat2 menanti maklum balas dari puan tersebut. Alhamdulillah, 02 October saya mendapat maklum balas yang positif dari puan tersebut. Malah VVIP (suami) puan tersebut berpuas hati dengan jahitan saya. Rezeki yang tidak disangka. Puan tersebut telah menaikkan upah saya sebanyak RM5/pasang.Alhamdulillah. Ini hasil jahitan telekung saya.
Alhamdulillah, dari berkongsi ilmu yang secubit, kini Allah meluaskan rezeki saya sekeluarga. Berkongsi rezeki dengan orang lain. Orang yang pada asalnya mengenali melalui FB.. Rezeki datang dari Allah tetapi melalui puan itu.Terima Kasih Allah.
sekian.
Salam Sayang
RM25 termasuk Pos |
Jika anda berminat.. boleh hubungi saya
Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz
SMS : 012-2431590
aamin.alhamdulillah
BalasPadamalhamdulillah.terima kasih kak Monalita
BalasPadam