Sabtu, 31 Januari 2015

Baby baru

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi

Assalammualaikum..

   Pada 6 Januari 2015, telah terlahir "baby" baru dalam rumah saya. Ini adalah "wishlist" saya untuk 2015. Tetapi jangan salah sangka, "baby" ini adalah mesin jahit halus. Kenapa panggil "baby"?. Sememangnya majoriti tukang jahit memanggil mesin jahit ialah "baby".  Mesin jahit juga perlu di belai-belai dan di jaga. Ini kerana ia adalah sumber pendapatan tukang jahit.

  Mesin jahit tepi halus ini lagi kene lebih belaian. Ini kerana memerlukan kesabaran untuk "setting" halus yang cantik. Sebagai tukang jahit, belajar "setting" ini adalah keperluan. Ini untuk mengurangkan kos. Jika tidak pandai, maka terpaksa memanggil juruteknik mesin jahit. Seperti biasa, wajib bayar. Ini bermakna, kos meningkat.

   Ini adalah " baby" baru saya. Saya membeli jenama Typical 3 benang. Sebenarnya ada juga 4 benang, tetapi tiada "stok". Maka saya ambil yang ini sahaja. Hasil daripada upah menjahit dan sedikit tambahan dari en.suami.


Mesin jahit tepi halus

   Semasa ingin membeli, puas juga saya bertanya kepada penjual. Boleh ker jenama ini?. Maka penjual menjawab, jenama mesin bukan penentu jahitan. Tetapi kepakaran "setting". 

  Sebenarnya semasa penghantaran, mesin ini sudah di "setting" elok jahitannya. Tetapi sesuatu yang tidak di duga. Anak bujang saya telah memusing ketiga-tiga tembol mesin itu. Maka jahitannya tidak telah tidak elok. Tiba-tiba teringat kepada rakan FB saya, yang ada menubuhkan "Kumpulan Mesin Typical". Maka saya mula PM beliau untuk rujukkan. Alhamdulillah di beri tunjuk ajar dan masuk kumpulan sekali. In sha Allah rakan-rakan di sana banyak membantu. Walaupun tidak mengenali secara bersua muka, tetapi mereka sudi membantu. Makan terhasil jahitan seperti di bawah setelah seminggu mencuba.


Hasil jahitan 

   Mengapa sampai seminggu?. Saya baru belajar mencari "setting" dan untuk belajar "setting" tidak boleh dalam tekanan. Bukan itu sahaja, betapa "baby"nya mesin ini, mesin ini tidak boleh meng"on"kan kipas semasa menjahit. Ini kerana benang akan cepat putus dan jahitan tidak cantik. Untuk mesin jahit tepi halus, saya menggunakan benang jahit tepi (benang kembang). Benang jahit tepi ini sememangnya nipis sedikit. 

   Untuk saya yang masih baru, masih banyak saya perlu belajar. Ini termasuk "setting" berlainan untuk material kain yang berlainan di samping mengejar "wishlist" yang lain. Sekian .

Salam Sayang

Berminat beriklan di Soho Directory??. Boleh hubungi saya. Saya akan kongsikan kelebihan beriklan di Soho Directory.

Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
FB: Kasih Eliz

Rabu, 28 Januari 2015

Belajar melalui guru dan google

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum

Pagi semalam urus anak-anak sambil menjeling-jeling dan mendengar rancangan " Kopi bersama Ustaz Kazim" yang bertajuk "Google je lah". Alhamdulillah, rancangan itu membawa entri ini kepada saya. Saya juga salah seorang yang suka meng"google" juga.

Sebenarnya mencari ilmu dengan meng"google" adalah tidak salah. Tetapi ada bahagian-bahagian ilmu seelok-eloknya berguru.  Kelebihan berguru ini adalah adanya sessi soal jawab. Jika kita "google" ada kalanya kita tidak pasti adakah ilmu itu betul atau pun tidak. Ada juga ilmu tidak boleh menggunakan logik akal sahaja.

Contoh, ilmu jahitan ini. Jika "google" ada jawapan. Tetapi untuk kepastian kita mencuba dahulu dan baru kita mengetahui ilmu itu betul. Malah pengalaman mencuba dari "google" itu adalah guru kita. Ini termasuk saya. Walaupun saya berguru tetapi "google" juga adalah salah satu cabang untuk saya mencari ilmu. Malah bukan sahaja ilmu jahitan tetapi ilmu keluarga dan sewaktu denganya juga.

Adalah tidak salah mencari ilmu dengan "google". Adakalanya kita mendapat ilmu melalui pengalaman yang baik di lalui oleh seseorang. Jadi pengalaman yang di catatkan itu adalah ilmu juga untuk di jadikan contoh. Di ABDR juga banyak blog yang mengajar saya. Untuk mendalami ilmu di "google" adalah wajib rajin membaca dan tidak boleh bergantung hanya satu sumber sahaja. 

Contoh yang seelok-eloknya berguru adalah mengaji Al-Quran. Bila kita mengaji di hadapan guru, sudah tentu ada teguran jika ada kesalahan. Iaitu hubungan 2 hala. Malah keyakinan kita juga lain. Saya merasainya melalui pengalaman sendiri. Walaupun saya mengaji di waktu kecil, tetapi bila sudah bekerja saya mengikuti kelas mengaji dengan seorang guru. Dari situ saya belajar sebutan dengan betul huruf-huruf jawi dan bertanya kenapa bunyinya begitu untuk bacaan tajwid. Jika "google" bolehkah kita bertanya?. Siapa yang menjawabnya?. Adakah bacaan saya betul?.

Saya juga bukan seorang yang pandai dalam ber"blog". Saya juga pernah "google" tetapi saya masih tidak mampu mendalaminya. Kepada siapa untuk saya bertanya?. Akhirnya saya menyertai ABDR. Walaupun belajar secara "online" tetapi masih berguru. Masih ada hubungan 2 hala. Masih ada sessi soal jawab. Setiap persoalan saya ada jawapan yang pasti. Malah walaupun sudah habis 44 entri yang diwajibkan kepada setiap pelajar ABDR, saya masih berhubung dengan guru saya iaitu Cikgu Anys Idayu Zakaria untuk bertanya apa yang saya tidak faham. Bukan Cikgu Anys sahaja yang saya masih berhubung, malah hampir kesemua guru saya. Jika ada persoalan yang berkaitan, saya terus bertanya. Ilmu apa-apa pun jika makin kita dalami, makin kita mencari jawapan. 

 Yang pasti saya suka mencari ilmu melalui guru dan "google". Adakalanya masa tidak mengizinkan saya berguru, jadi saya meng"google". Ini adalah pengalaman yang saya cuba catatkan untuk ulasan pada rancangan itu. Sekian.

Jika sudah bersedia mendalami ilmu "Blog" boleh hubungi saya untuk pendaftran.

Norliza Tomiran


Selasa, 27 Januari 2015

Kelas asas Akaun Jan-Feb 2015

Belajar urus kewangan bisnes bersama 2 trainer.
Boleh pilih kelas dan tarikh berikut:


1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 23 Januari 2015, Jumaat
Masa: 9.30pg - 12.30tgh

2. Grup Coaching
Tarikh: 29 Januari 2015, Khamis.
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)
Masa: 9.00am-4.00pm
Lokasi: Putrajaya.

3. Bengkel Asas Akaun
Tarikh: 7 Februari 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-5.15pm
Kelas dalam kumpulan Besar (20-35 pax)
Lokasi: Shah Alam.


Untuk pendaftaran boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
FB: Kasih Eliz

Khamis, 22 Januari 2015

Bermula episod baru

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum

Kini bermula episod baru dalam diri saya. Anak saya yang sulung telah pun di hantar mengaji Iqra. Walaupun tidak bersekolah lagi, tetapi mengaji wajib pergi. Kelas mengaji bermula hari isnin hingga jumaat pada sessi petang. Ada 2 sessi iaitu petang dan malam. Saya memilih petang bermula pukul 5 petang.

 Saya memilih petang kerana tidak ramai. Ini kerana petang biasanya kanak-kanak yang bersekolah 1 sessi sahaja. Untuk malam, biasanya ramai kerana kanak-kanak yang bersekolah 2 sessi akan mengaji malam. Bukan saya tidak cuba mengajar, tetapi godaan adiknya amat kuat. Jadi bila di hantar di rumah orang lain, suasananya lain. Tetapi saya akan cuba luangkan masa untuk dia ulangkaji Iqra.

Alhamdulillah, bila anak sulung saya mengatakan seronok mengaji. Seperti biasa, saya akan tunggu di luar pagar sehingga anak saya habis mengaji. Walaupun jarak yang dekat dan satu taman perumahan, saya tidak membiarkan anak saya pulang sendiri. Bahaya ada di mana-mana sekarang. Cuma kita perlu berjaga-jaga di samping berdoa kepada Allah semoga tiada yang buruk berlaku. 

Sekian.

Kepada yang ingin menyertai ABDR dengan PAKEJ MAMPU MILIK, boleh hubungi saya:
Norliza Tomiran



Rabu, 21 Januari 2015

Cara mendapatkan meter kain.

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum.


   Untuk entri kali ini saya berkongsi cara saya untuk mendapatkan meter kain untk membuat cadar .


   Untuk kain cadar yang biasa saya beli ada 3 jenis bidang. 


  • Kain cadar bidang 60"
  • Kain cadar bidang 90"
  • kain cadar bidang 110" ( Jarang di temui kerana kain ini lebih berkualiti malah lebih mahal. Standard kain cadar hotel-hotel )

 Contoh saya ialah cadar bujang yang mempunyai lebar tilam 36" dan panjang tilam 74". Ini adalah contoh kiraan sahaja. Jadi jika ingin membuat cadar sendiri , maka ikut ukuran tilam masing-masing.

Untuk mendapat meter kain.


74" ( Panjang tilam ) + 13" ( Basi atas ) + 13" ( Basi bawah ) = 100"


Macam mana hendak dapat basi 13" Click Di sini


100" / 39" ( 1 meter kain = 39" ) =  Lebih kurang 2.6 meter kain


Untuk mendapat bidang kain.


36" ( Lebar tilam ) + 13" (Basi kanan ) + 13" ( Basi kiri ) = 62"


Jika ukuran 62", maka anda boleh menggunakan kain cadar bidang 60"


Contoh untuk saiz tilam " Queen"


64"+ 13" + 13" = 90"


Jadi boleh menggunakan kain cadar bidang 90". Jika anda ingin menggunakan bidang 60", boleh juga. Tetapi anda hendaklah menyambung di bahagian tengah.


Untuk mendapatkan  Pola cadar.


Sekian.


Salam Sayang



 Ingin mendapatkan makanan sunnah. Boleh hubungi saya


Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
FB: Kasih Eliz

Selasa, 20 Januari 2015

Berkat bergerak berkumpulan

Teks: Norliza Tomiran


Assalammualaikum.


Kini saya akui dan merasai betul-betul perubahan bila kita bergerak secara berkumpulan. Untuk 2015 sahaja saya baru menulis lebih kurang 3 entri. Bukan suka-suka tidak menulis, tetapi kekangan masa.  Padahal saya amat-amat rindukan blog saya.  Tetapi saya seperti tidak percaya blog saya ini sentiasa meningkat pengunjung.  Malah bukan itu sahaja, jumlah "Like" di "fanpage" juga meningkat. Malah saya juga menerima tempahan dari blog dan "fanpage". Menarikkan jika bergerak secara berkumpulan.

Bagaimana jumlah "Like Fanpage" dan pengunjung blog saya meningkat??.  Ini kerana ABDR. Bila bersama ABDR, setiap blog rakan-rakan ABDR mempunyai blog saya. Begitu juga blog saya. Bukan itu sahaja, malah entri di blog juga di kongsikan di "FB" mereka. Alhamdulillah, ini yang di katakan membantu antara satu sama lain dan bergerak secara berkumpulan. Jadi dari sini saya mendapat tempahan.

Bukan itu sahaja,  ABDR juga membantu para usahawan yang tiada blog untuk berniaga.  Melalui pengiklanan di Soho Directory.  Ingin tahu bagaimana ini membantu usahawan?. Begini setiap blog rakan ABDR juga mempunyai logo Soho. Logo ini merupakan "link" pengiklanan.  Jadi bila pengunjung blog rakan ABDR, "click" logo ini maka terus "link" dengan Soho Directory. Jadi dari situ pengunjung boleh membeli produk-produk usahawan yang tiada blog dan ada blog. Malah bukan itu sahaja, Soho juga membantu usahawan yang ingin mencari agen.

Saya menulis berdasarkan pengalaman saya bersama ABDR. Amat-amat berbaloi. Jika ada sesiapa berminat menyertai ABDR atau ingin mengiklankan produk anda di Soho Directory boleh hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.

Norliza Tomiran 

Salam Sayang



Isnin, 19 Januari 2015

Dress tangan kembang

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalammualaikum

Alhamdulillah...telekung kanak-kanak berusia 12tahun telah pun sampai kepada empunya diri. Kira-kira seminggu selepas pembukaan sekolah. Malah saya bersyukur sangat-sangat kerana saya berjaya menyiapkan tempahan kurang seminggu. Ini kerana saya sedang berusaha menukar jadual rutin harian saya. Untuk 2015 ini saya ingin menambah baiki mutu tempahan saya. Iaitu segala tempahan perlu siap paling lewat hanya 2 minggu dari tempahan. Terutama tempahan individu melainkan tempahan pukal. Ini kerana tempahan pukal mengikut kuantiti yang di tempah.

Sambil-sambil itu saya selitkan "dress" saya. Cubaan saya untuk membuat tangan kembang. Ini kerana pada suatu hari ketika saya menonton TV Al-hijrah, saya ternampak ustazah Ishadiah memakai jubah bertangan kembang. Tetapi mengunakan kain satin. Saya jadi tertarik. Jadi saya menyelongkar kembali simpanan nota-nota yang rakan-rakan "FB" kongsikan. Maka saya terjumpa jua. Alhamdulillah, terhasil "dress" tangan kembang. Ini merupakan percubaan pertama saya, maka saya menggunakan kain "cotton". Alhamdulillah menjadi dan selesa. Maka selepas ini saya boleh menggunakan kain lycra pula. 

Di bawah ini ialah nota yang saya simpan. Tulisan pen itu nota yang saya catat untuk kefahaman saya. Ada juga "dress' yang saya buat merujuk nota yang di beri. Selamat menjamu mata. Sekian.

Pola tangan Shirting

Dress A cut tangan kembang

Salam Sayang


Ebook pilihan WAHM. Ingin mendapatkan ebook ini berharga RM125. 

Berminat???
Boleh hubungi :

Norliza Tomiran

Ahad, 11 Januari 2015

2 minggu pemulaan 2015

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi

Assalammualaikum.


Hampir 10 hari saya tidak kemas kini blog kesayangan saya. Pemulaan tahun 2015 yang sibuk dan menyedihkan. Jiran setaman yang sangat baik saya telah pergi menemui penciptanya pada 12 Rabilul Awal bersamaan 2 Januari 2015. Salam takziah dari kami sekeluarga. 9 Januari 2015 di adakan bacaan Tahlil dan Yaasin dari kaum ibu termasuk saya setelah seminggu pemergian beliau. Al- Fatihah.


Saya kini cuba menyiapkan baju ibu dan anak dan telekung kanak-kanak berusia 11 tahun. Di samping memendekkan telekung dewasa sebanya 10 pasang. Walaupun sesibuk urusan menjahit, urusan dalam rumah kena di uruskan juga. Masih ada tinggal sedikit sahaja lagi yang perlu di habiskan.


Sebelum saya undur diri, saya kongsikan nota mengenai fungsi tembol mesin jahit tepi 3 benang saya. Sebenarnya saya sering menghadapi masalah anak-anak suka sangat-sangat memusing tembol mesin. Bila sudah pusing ikut suka, maka seperti biasa semua "setting" mesin sudah tidak betul. Saya sampai sudah malu panggil juruteknik mesin jahit. Kadang-kadang sudah tidak di kenakan bayaran untuk membetulkan "setting" mesin.

 
Kini tidak lagi selepas ada hamba Allah yang baik hati telah mengongsikan fungsi tembol-tembol pada mesin jahit. Alhamdulillah, dengan adanya rujukkan yang diberi, saya kini sudah boleh membetulkan sendiri "setting" mesin jahit saya. Saya telah pun buat nota seperti di bawah dan di tampal di dinding untuk memudahkan saya. Kini saya share di blog saya sebagai rujukkan kita semua.
Fungsi tembol mesin jahit tepi.

Salam Sayang











Untuk mendapatkan buku ini, boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran

Email: norlizatomiran@gmil.com
Tempahan: Clik Di Sini

Khamis, 1 Januari 2015

Selamat Tahun Baru.

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Google

Assalammualaikum.



   Alhamdulillah, kini kita sudah masuk Tahun 2015.Amat banyak kenangan yang kita tinggalkan. Malah ada perkara yang kita masih kita menaruh harapan. Antara tragedi yang membawa parut kepada kita ialah:
  • Kehilangan Pesawat MH370 (hingga kini tidak temui jawapan)
  • Pesawat MH17 yang di tembak puak pemisah
  • Kemarau di beberapa buah negeri termasuk Selangor. (Catuan Air memberi kenangan dan pengajaran kepada saya.)
  • Puting beliung yang kuat
  • Hujung 2014 banjir besar di Pantai Timur. (Sungguh menyedihkan)
   Semoga situasi 2014 memberi kesan dalam hidup kita. Banyak pengajaran yang kita dapat. Malah hubungan siratulrahim dan bantu-membantu antara kita semakin erat walaupun tanpa mengenali. Kita ambil yang positif. In sha Allah bertambah positf. Yang pasti Allah tidak akan menguji hamba-Nya melainkan mereka mampu. Allahuakbar.

    1 Januari juga saya meraikan ulang tahun insan teristimwa dalam hidup saya iaitu Abah dan suami saya. Mereka berkongsi tarikh 1 Januari tetapi berlainan tahun. Saya juga tidak menyangka bertemu jodoh dengan insan yang mempunyai tarikh lahir yang sama dengan abah. Sesungguhnya perancang Allah lebih baik. Selamat hari lahir Abah dan Abang. Sekian.