Selasa, 9 September 2014

Pola Cadar Fitted

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum..

Di sini saya cuba kongsikan sedikit pola cadar fitted yang saya belajar dulu. Ini yang saya belajar dan saya pratikkan. Saya tidak berapa pandai meng'edit', jadi saya lukis. Kemudian tangkap gambar. Semoga ini dapat membantu.

CONTOH UKURAN DIBERI ADALAH UKURAN CADAR BUJANG.


Single Fitted
     Ini adalah pola untuk ukuran cadar bujang. Iaitu lebar tilam 36" dan panjang tilam 74". Jika hendak membuat saiz 'Queen' yang boleh tukar ukuran lebar dan panjang tilam. Ukuran ini untuk tebal tilam adalah 8". Jika saiz tilam anda 10", maka tukar kepada 10".

      Petak segiempat tepat berukuran 13" X 13", hendak lah di gunting@ membuat `Patchwork`.(Sedia maklum,kain-kain cadar ini sejuk, kalau sambung-sambung nanti boleh buat selimut.)

   Cara untuk mendapat ukuran 13" X 13"

Tebal tilam           =  8" (bergantung pada ketebalan tilam masing-masing)
Basi jahitan getah =  5" +
Jumlah       =  13"
  Untuk mendapat berapa meter kain yang di perlukan, boleh Click di sini.

Salam Sayang.



  Jika anda berminat.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Whatapps : 012-2431590

9 ulasan:

  1. kak, kain yg diperlukan pulak, bidang berapa untuk cadar queen dan single? dan berapa meter? tq :)

    BalasPadam
  2. Nanti saya akan tulis entri bagaimana untuk mendapat meter dan cara untuk mendapatkan bidang kain. Bila tahu pengiraan, In sha Allah amat-amat membantu nanti untuk membuat cadar queen, single mahupun king. Terima kasih kembali.

    BalasPadam
  3. Akk...biase klu cadar queen,bpe meter kain ??

    BalasPadam
  4. Akk...biase klu cadar queen,bpe meter kain ??

    BalasPadam
  5. Untuk berapa meter kain, boleh refer link di bawah ye.. Ini lebih memudahkan untuk menjahit apa jua saiz .

    http://pnnorlizatomiran.blogspot.my/2015/01/cara-mendapatkan-meter-kain.html

    BalasPadam
  6. Salam.getah untuk jahit ditepi tu jenis getah apa?

    BalasPadam
  7. Salam,getah uutuk jahit tepi tu gunakan getah jenis apa?

    BalasPadam
  8. Waalaikumsalam puan Iefah. Jika saya, saya lebih suka getah 1" yang biasa tukang jahit guna untuk getah pinggang baju. Boleh juga guna getah yang putih semua. Terpulang kepada individu.

    BalasPadam