Assalammualaikum
Lepas raya Aidilfitri yang lalu, ini baru suami berkesempatan membawa aset-aset syurga kami pergi jalan-jalan. Ibu, dikira `off day` ..untuk mesin jahit aje..hihi.. Sebab ibu tetap masak untuk bekalan makanan..
Untuk aktiviti pagi, kami suami isteri memilih AirTerjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali - Genting. Jauh dari kesibukkan kota. Kami sekeluarga kerap ke sini kerana lebih kurang 50minit perjalanan dari tempat tinggal kami. Malah ada masa-masa hujung minggu tidak berapa ramai orang...Gambar dalam air tiada yer...sebab anak dara saya sememangnya penakut kalau mandi tempat-tempat macam ini. Dia hanya suka kolam tiruan (plastik) aje..hehe
Dalam perjalanan pulang..kami banyak jumpa gerai-gerai Orang Asli (sememangnya ada perkampungan Orang Asli ) yang menjual buah hutan dan petai. Buah ini kami tidak tahu buah apa..tapi Orang Asli kata buah hutan..Memang sedap. Harga 1 ikat ini RM4..jangan tidak percaya.. Buah ada la..dalam 12biji aje yer..
Buah Hutan |
Selepas solat Zohor, kami bergerak ke Taman Layang-layang, Kepong. Taman ini yang saya rasa memang luas. Ada banyak pintu masuk. Tetapi pintu masuk berdekatan tempat bermain layang-layang yang full. Tempat sememangnya `full` segala-galanya..bila hujung minggu. Start dari parking, orang beriadah serta orang menjual segala-galanya. Taman ini memang ada tempat untuk main layang-layang..termasuk orang jual layang-layang. Anak-anak pun enjoy..Alhamdulillah.. Kami pulang semestinya sebelum Maghrib..sekian..
Salam sayang
TAMAR COCOA (900GM) |
Jika anda berminat.. boleh hubungi saya
Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz
Whatapps : 012-2431590
Tiada ulasan:
Catat Ulasan