Jumaat, 5 September 2014

Set Cadar

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum..

  Gara-gara set cadar yang berkualiti mahal. Maka saya pun belajar set cadar. Yang fitted (bergetah) & beropol. Lagipun tidak rugi belajar cadar ini. Sebab kat kedai-kedai pun masih banyak menjual kain-kain cadar yang belum di jahit. Bila belajar sendiri, maka skop pilihan lebih luas..bukan??..

  Mari..mari..ini antara set cadar yang saya jahit. Ada juga saya kirim dengan kawan-kawan orang Indonesia yang hendak balik bercuti. Yang pasti kain yang mereka belikan untuk saya murah dari sini. Dalam RM9.++/ Meter untuk bidang 96".. Murah bukan jika dibandingkan di Malaysia. Malah kain dia lebih tebal. Jika di kedai-kedai yang pernah saya beli rata-rata harga dalam RM16.++ untuk bidang 90".. Kalau bidang 60" agak murah sedikit. Kain-kain cadar, Kamdar & Nagoya juga ada jual. Malah Jakel juga. Harga mungkin berbeza mengikut kualiti.

Contoh Set Cadar Fitted





Contoh Set Cadar Ropol





 Tetapi bila untuk membuat cadar Queen & King, saya lebih suka bidang 90". Ini kerana tidak perlu sambung. Jika untuk cadar single, saya menggunakan bidang 60". In sha Allah..tidak membaziran. Untuk membuat set cadar ropol, kesabaran memang perlu ada..terutama WAHM..hehe. 


Salam Sayang


  Jika anda berminat.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Whatapps : 012-2431590

Tiada ulasan:

Catat Ulasan