Isnin, 1 September 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Teks: Norliza
Sumber: Google

Assalammualaikum..


 Salam Merdeka semua..Malaysia.. Di sini lahirnya sebuah cinta.. Cinta kita pada negara. Semoga negara kita terus aman. Tetapi untuk terus aman mari lah kita ingat kembali Rukun Negara kita. Mungkin zaman sekolah sahaja kita hanya ingat sebab setiap minggu kita berirkar di perhimpuanan sekolah.

 Kini apa kata kita bersama-sama ingat kembali dan hayati Rukun Negara. Rukun yang boleh menyatukan kita yang hidup dalam masyarakat majmuk serta berbilang bangsa.

                               RUKUN NEGARA

  • PERCAYA KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBANGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN 
  Pada tahun ini juga banyak peristiwa-peristiwa sedih berlaku dalam negara kita. Bermula dengan pencerobohan Lahad Datu, Sabah. Beberapa orang anggota keselamatan negara turut terkorban dalam mempertahankan negara. Kemudian di susuli dengan kehilangan kapal terbang MAS MH370. Sampai kini masih tidak ditemui. Malah misi untuk mencari pesawat ini masih di jalankan. Selang beberapa bulan kita rakyat Malaysia di kejutkan lagi..peristiwa lebih menyayat hati. Pesawat MH17 di tembak di ruang udara Ukraine. Pesawat dalam perjalanan pulang dari Amsterdam ke Malaysia. Sampai kini masih tiada jawapan siapa pihak yang bertanggungjawab.

 Semoga kita bersama-sama mengambil iktibar atas peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Janganlah kita terlalu leka dengan keamanan yang kita kecapi sekarang. Tetapi marilah kita bersama-sama kekalkan keamanan negara kita. Malah kita berdoa supaya negara kita terus kekal aman supaya anak cucu kita juga dapat merasai apa yang kita rasai sekarang. In shaa Allah..

  Marilah kita terus berdoa supaya pesawat MH370 di temui.



Salam Sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan