Khamis, 2 Ogos 2018

Surat Dari Anak

Assalammualaikum.


Gambar sendiri lupa lukis..hihi

   Pada 24 Julai 2018, semasa saya kemas-kemas rumah terjumpa surat cinta dari anak perempuan sulung saya. "Best" juga dapat surat dari anak. Tambah-tambah ibu dah lama tidak dapat surat. Mula-mula ingat surat apa, saya pun buka. Ayat-ayat menyentuh hati seorang ibu. Saya suka anak-anak tulis surat jika ada yang dia tidak mampu luahkan melalui percakapan.

  Anak saya baru sahaja darjah 1. Dia meminta saya sentiasa mendoakan dia. Malah dia berasa seronok mempunyai keluarga bahagia. Alhamdulillah. Saya suka mendengar anak-anak bercerita perihal aktiviti mereka setiap hari. Walaupun penat urusan seharian di rumah dan mendengar cerita yang sama, In sha Allah , saya cuba luangkan sedikit masa untuk mendengar cerita mereka. Walaupun kadang-kadang sudah lambat.

 Saya tahu, saya bukanlah ibu yang sempurna dan terbaik. Tetapi saya mencuba. Surat ini kenangan manis saya di waktu anak-anak memasuki alam persekolahan. Kadang-kadang saya berharap masa tidak cepat berlalu. Menikmati saat suka duka bersama mereka.

SEKIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan