Isnin, 17 November 2014

Blouse Simple

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi

  Assalammualaikum.
   
   Pada Sabtu yang lepas saya ada urusan. Maka tiba-tiba saya rasa hendak membuat blouse. Jangan tidak percaya, kain untuk baju ini adalah dari jenis cotton cadar bidang 60". Mungkin ada rasa pelik bukan?. Sebenarnya saya berkenan corak ini. Tetapi bila saya cari kain cotton baju corak sebegini harga agak tinggi. Jadi semasa membeli kain set cadar untuk mertua saya, saya terjumpa corak ini. Saya tidak melepaskan peluang kerana mampu milik. Saya beli di Kamdar sahaja. 

  Pada mulanya suami pun pelik saya mengunakan kain cadar untuk baju. Tetapi saya suka berfikir secara positif dan mudah. Bagi saya bila sudah jadi baju, tiada siapa yang bertanya kain apa ini, bukan?. Tetapi orang akan bertanya beli dekat mana kain ini?. Jawapan pun mudah, beli di Kamdar. jadi tidak perlu sebut kain cadar. Lagipun kita yang jahit sendiri, hanya kita sahaja tahu jenis kain.

  Blouse ini yang paling simple. Tanpa zip kecuali tangan bergetah. Yang pasti saya tetap melukis pola walaupun simple. Ini contoh baju yang sudah siap.


  Ini adalah contoh pola saya untuk ukuran blouse simple ini. Saya minta maaf, kerana saya tidak berapa pandai melukis. Tetapi saya berharap dapat membantu serba-sedikit. Untuk ukuran pinggang, boleh juga melebih 3" jika mahu lebih kelonggaran. Terpulang untuk keselesaan sendiri. Ini pola badan.


  Ini pula pola lengan. Di pergelangan tangan saya menambah dalam 3" termasuk untuk basi getah. Saya menggunakan getah 1/2" sahaja. Untuk hujung tangan /2 , saya tambah 2.5" untuk kedutan getah. Tetapi terpulang pada diri untik kedutan ini. Garisan yang menyerong saya bahagi 3.


  Semoga ini dapat membantu anda di luar sana. Ini pola yang saya gunakan. Mungkin lain orang, lain caranya. Sekian

Salam sayang

Ingin mendapatkan Buku MMR versi penuh boleh hubungi saya

Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com 
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    saya setuju kain yang selesa itu penting. tak kira kain cadar atau selimut pun. hehehe.. cotton menjadi pilihan saya sb cuaca negara kita panas. saya tak pandai menjahit tapi suatu hari nnt saya nak belajar menjahit. sekarang kekangan masa dan anak kecil. Doakan saya pandai mcm puan Norliza! InsyaAllah

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam. In sha Allah, puan juga boleh belajar macam saya. Malah boleh lebih maju.

    BalasPadam