Isnin, 24 November 2014

Coretan Kenangan

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Google



   Assalamkammualaikum.

      24 November 2014 bersamaan 1 Safar 1436 hijrah. Tarikh ulang tahun ke 2 untuk anak ke 2 saya Muhammad Ali Imran mengikut bulan Islam dan juga tarikh dukacita dalam hidup saya. Perginya insan tersayang bernama Hamid @ Majid berpangkat pak long selepas 2 1/2 tahun perginya mak long. Pak long walaupun berpangkat pak long tetapi saya panggil abah juga. Ini kerana saya merupakan anak susuan mak long saya.

    Semasa bayi, saya sering di jaga oleh mak long jika pembantu abah saya bercuti. Ini kerana emak akan membantu abah berniaga. Malah saya dan salah seorang anak lelaki mak long lahir dalam bulan yang sama. Mak long dan pak long akan menjaga saya sama seperti anak-anaknya. Pak long dan mak long juga seorang yang sabar dan tabah dari dalaman walaupun mak long seorang yang garang dan pak long seorang yang kurang berbicara. 

     Terlalu banyak kenangan di masa kecil dengan mereka. Ini kerana saya kurang berkawan dengan orang luar. Kawan-kawan saya di rumah hanya anak-anak pak long dan anak-anak pakcik (abang abah saya). Kiranya kawan-kawan saya hanyalah saya sendiri. Saya terasa kehilangan semasa berumur 10tahun bila pak long mengambil keputusan pulang ke kampung halaman iaitu di Kampung Medan, Selama, Perak untuk menjaga uci (ibu pak long) yang uzur.

      Alhamdulillah pengorbanan arwah pak long berbaloi. Dia menjaga uci hingga akhir hayat. Malah ketika atok ayah saya inginkan mak long menjaga dia yang kurang sihat, pak long pun setuju. Atok ayah ingin mak long dan pak long menjaga kerana dia ingin meninggal dan di kebumikan di kampung. Walaupun pak long bukan orang berduit, tetapi tidak pernah merungut bila menjaga orang-orang tua. Sungguh besar pengorbanan pak long. 

     Malah pak long juga telah menjadi wakil abah saya semasa majlis bertunang saya dan suami. Mak long pula sanggup datang awal-awal merangkap tukang masak untuk majlis bertunangan itu. Bertuahnya saya kerana mempunyai 2 abah dan 2 emak. Kasih sayang yang tiada sempadan.  Mereka sentiasa di hati. Al-Fatihah. Sekian.

Salam Sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan