Rabu, 19 November 2014

Mengapa memilih EBOOK dan PDF Pattern?

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Google
  Assalammualaikum..

    Untuk entri kali ini saya mengenai Elektronik Book atau di kenali sebagai "Ebook" atau "Ebuku". Jika dahulu saya tidak berapa berminat membaca "ebook". Saya hanya minat dan  mengetahui kelebihan "PDF Pattern" .  Ia di hantar melalui email. Ini kerana kos penghantaran mengikut nilai tukaran wang semasa adalah mahal, terutama nilai USD. Jika di Malaysia, kos "PDF Pattern" juga murah kerana tidak melibatkan kos cetak berwarna dan kos pos. Malah biasanya tidak melebihi RM30. Jadi saya membeli melalui email kemudian di cetak sendiri jika memerlukan. Jika tidak saya hanya simpan di email ataupun pendrive. Tetapi masa itu saya kurang mengambil tahu mengenai kelebihan "ebook".  "Ebook" juga di hantar melalui email.Walaupun pernah saya muat turun secara percuma tetapi ia di pandang sepi.

    Bila sudah berkeluarga serta mempunyai anak-anak yang masih kecil, saya mula terfikir kembali mengenai "ebook" ini. Tetapi yang paling membuat jatuh cinta mengenai "ebook" adalah selepas menjadi ahli keluarga ABDR. Untuk ahli keluarga ABDR, 4 "ebook  bonus" diberikan dan wajib tamat membaca serta membuat ulasan. Saya tinggal lagi 2 sahaja yang belum tamat membuat ulasan. 1 "ebook" sudah buat nota cuma belum lengkap. Antara "Ebook Bonus" ABDR yang saya dapat.



   Antara kelebihan yang saya dapat bila memiliki "ebook" dan "PDF Pattern" adalah
  1. Mudah Dapat -  Hanya menggunakan email saya boleh mendapat sebuah buku.
  2.  Murah   - Adalah lebih murah berbanding buku. Jika  buku  ilmiah yang tebal beratus mukasurat  adalah lebih mahal, tetapi "ebook" biasanya lebih murah.
  3. Risiko Stok  -  Tidak mempunyai kehabisan stok.
  4. Tahan Lama   -  Tahan lama kerana tiada kertas..tiada istilah rosak, hilang dan terkoyak.
  5. Aplikasi -  Biasanya hanya muat turun mengunakan aplikasi PDF atau Dropbox sahaja
  6. Gambar  -  Gambar adalah lebih nampak menarik serta tidak mati.
  7. Jimat   - Tiada kos tersembunyi seperti kos pos.  Penjimatan kertas.   Malah jika membeli "PDF Pattern" kita  hanya boleh mencetak  bahagian  pola sahaja.    
     Di antara kelebihan inilah, saya makin hari makin jatuh cinta dengan "ebook" atau "PDF Pattern". Malah kini saya juga kerap memuat turun "ebook"  dan "PDF Pattern" secara percuma jika ada tawaran. Biasanya, "ebook" percuma ini adalah "ebook" pengenalan dan panduan. Kini sudah ada beberapa syarikat penerbitan menjual "ebook" antaranya Syarikat penerbitan PTS Media Group Sdn.Bhd. "Ebook" juga kini bukan lagi sesuatu yang janggal di Malaysia. Malah kini semakin ramai yang meminati "ebook". Yang pasti untuk mendapatkan sebuah "ebook" adalah mudah dan banyak kelebihan. Sekian

Salam Sayang



Ingin mendapatkan Ebook Pakej Bekerja Di Rumah?? Boleh hubungi saya

Norliza Tomiran  
 Email: norlizatomiran@gmail.com  
 
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan