Sabtu, 27 Disember 2014

Komen Pembeli Telekung.

Assalammualaikum.

   Sebelum puasa 2014, saya ada menerima tempahan telekung dari bekas 'Supervisor' saya. Dia adalah seorang yang kurus dan tinggi lampai. Dia berkata gak susah mencari telekung untuk orang yang tinggi. Maka dia cuba menempah dengan saya. Alhamdulillah, selepas siap sepasang telekung, dia menempah lagi telekung untuk pengasuh anak pula. Tiada sapa sangka rezeki datang begitu. Tetapi pada masa itu saya membuat telekung dalam pakej beg telekung sekali. Cuma buat masa ini beg telekung tidak dapat saya penuhi lagi kerana masa. Sekian.






Jumaat, 26 Disember 2014

Telekung dan Beg Telekung

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi

  Assalammualaikum.


   Betapa seronoknya menjahit telekung sebelum Bulan Ramadhan yang lalu. Saya akui sebelum puasa  saya hanya menjahit telekung sepenuh masa untuk memenuhi pemintaan bulan Ramadhan. Ini kerana bulan Ramadhan, saya hanya menjahit baju-baju raya keluarga sahaja.

   Majoriti saya menjahit telekung berwarna putih sahaja.Ini kerana pemintaan telekung putih amat tinggi. Malah saya hanya menggunakan kain cotton yang berkualiti walaupun tiada sulaman bunga.. Saya juga seorang yang cerewet memilih kain. 

Antara gambar-gambar lain.

Bawah Telekung


Awning Telekung


Malah pada masa itu saya membuat pakej sekali dengan beg. Ini memudahkan penyimpanan telekung. Saya menggunakan kain cotton. Alhamdulillah, pemintaan beg telekung juga memberangsangkan. Beg telekung yang berzip serta bertangkai. Senang di bawa. Cuma kini saya memberhentikan sementara membuat beg telekung. Ini kerana saya memberi tumpuan tempahan pukal telekung yang saya ambil. Tempahan pukal memerlukan lebih perhatian. Walaupun begitu saya masih tetap mangambil tempahan telekung seperti biasa. Sekian.





  

Khamis, 25 Disember 2014

Komen Pembeli Baju Kurung Moden

Assalammualaikum

  Alhamdulillah. Baju Kurung Moden milik rakan sekerja dulu telah sampai kepada empunya diri. Empunya diri berpuas hati. Saya sebenarnya menolak menerima tempahan baju dari orang luar. Bukan apa, saya belum ada keyakinan diri. Tetapi setelah di pujuk rakan sekerja, akhirnya saya akur. Alhamdulillah, dia berpuas hati. Sekian



  

Rabu, 24 Disember 2014

Banjir Di Pantai Timur

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Google dan Perkongsian rakan-rakan FB

 Assalammualaikum.





    Sungguh sedih melihat rakan-rakan yang berada di Pantai Timur. Musibah di landa banjir yang terburuk. . Malah bila melihat berita, menyatakan bertambah buruk. Ya Allah, amat berat ujian mereka. Semoga mereka-mereka tabah dan sabar atas ujian ini

   Di landa banjir sememangnya di Pantai Timur pada penghujung tahun. Fenomena bulan hampir dengan bumi akan menjadikan air pasang besar dan hujan lebat. Maka banjir menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Marilah kita bersam-sama berdoa untuk rakan-rakan kita di sana.

  Di antara gambar yang rakan-rakan FB kongsikan.













      Semoga banjir besar ini cepat surut. Bersama-samala kita berdoa ke Allah.






Cara menjahit kelim

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi

Assalammualaikum.


  Seperti yang di janjikan saya akan menulis entri cara menjahit kelim pada cadar. Ini saya saya. Cara ini boleh di gunakan jika anda tiada mesin jahit tepi bisa tetapi berkeinginan untuk menjahit cadar anda sendiri.






Cara ini juga boleh di gunakan pada bucu cadar. Tetapi lipat 1/2" kemudian 1/2" dan jahit. Untuk toturial jahit getah cadar Click Di Sini.
Kini tiada masalah untuk anda untuk menjahit sendiri cadar anda walaupun tiada mesin jahit tepi. Sekian.

Salam Sayang.


Untuk mendapatkan buku ini, boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran

Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini

Selasa, 23 Disember 2014

Roti sosej

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi.

Assalammualaikum.

Pada hari isnin selepas pulang dari rumah kelurga saya, suami minta buatkan roti untuk bekalan. Bila kerja waktu malam, suami saya wajib bawa bekal. Tetapi biasanya nasi, Alhamdulillah, terhasil juga roti di saat akhir. Saya buatkan roti sosej sahaja. Saya hanya menggunakan resepi asas roti sahaja.
Roti sosej.

Kerana ada yang inginkan resepi asas roti ini, maka saya kongsikan resepi asas roti yang saya gunakan. Di bawah ini resepinya.

Resepi Doh Asas Roti
1 Biji Telur 220ml Air 1st Garam 3sb Gula 3sb Susu Tepung 75g Majerin/ Butter 1/4st Bread Softner 1st Bread Improver 500g Tepung High Protien 11g Instant Yis
Cara-cara

 1) Saya menggunakan mixer untuk menguli. Jadi saya masukkan bahan-bahan kering dahulu. Terakhir baru masukkan air. Air saya masukkan sikit-sikit.
2) Kemudian saya uli menggunakan tangan kerana mixer saya tidak mampu untuk uli sepenuhnya. Bila menguli menggunakan tangan mengambil masa sedikit. Lebih kurang 40minit ~ 1jam mengikut kekuatan jari jemari anda.
3) Uli sehingga kenyal atau lebih mudah tidak melekat di tangan dan bila tarik doh tidak putus.
4) Setelah siap tutup doh dengan plastik selama 1 jam atau hingga doh naik. Cara yang untuk cepat, panaskan oven dalam 10minit. Kemudian `OFFKAN`. Kemudian letakan doh yang bertutup itu dalam oven. PASTIKAN OVEN `OFF`
5) Setelah kembang, keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh supaya keluar angin.
6) Baru bentukan doh seperti kemahuan anda.
7) Sapukan air , telur  atau madu diatas doh yang telah di bentuk serta biarkan doh mengembang lagi sekali.
8) Kemudian baru bakar mengikut oven panduan anda.

9) Selepas bakar sapukan majerin atau telur.

Saya membuat roti hanya untuk makan seisi kelurga sahaja. Buat masa ini saya hanya mengunakan resepi roti asas ini sahaja. Alhamdulillah, puas makan dan menjimatkan. Sekian.

Salam Sayang




Untuk mendapatkan Ebook Pakej Asas WAHM SOHO, boleh hubungi
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini

Isnin, 22 Disember 2014

Aktiviti hujung minggu dan baju moden

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi

Assalammualaikum..



   Pada hari Ahad petang, 21 Disember saya ke rumah mertua saya. Hendak di jadikan cerita. Suami tiba-tiba berkata hendak balik rumah mertua. Saya sebenarnya ada jadual untuk sesi pengeposan baju kurung moden kawan dan set cadar adik saya pada hari Isnin. Tetapi baju kurung moden itu masih belum siap pada hari sabtu. Ini kerana saya pergi ke majlis rewang untuk kenduri arwah di taman kejiranan kami,
Suami pulak berkata sudah selepas isyak. Saya berkata boleh, tetapi tengah hari. Ini kerana malam nanti saya cuba siapkan baju itu, untuk di hantar ke rumah keluarga saya pada hari isnin. Alhamdulillah, suami setuju.

Aktiviti anak-anak di kebun mertua. Temankan suami mengemas apa-apa yang patut.


Norhamizah

Muhammad Ali Imran

Permata hati kami

Maka pada malam itu saya sedaya-upaya menyiapkan baju kurung moden itu. Alhamdulillah, siap pada jam 5.15pagi. Saya mula menjahit selepas anak-anak tidur. Baju kurung moden pertama saya jahit untuk orang lain. Inilah hasilnya baju itu.




Baju kurung moden.

Selepas pergi ke rumah mertua pada hari Ahad, pada hari Isnin pagi saya singgah ke rumah ibu bapa saya untuk menghantar set cadar adik bongsu dan baju kurung moden kawan saya. Sebenarnya jarak rumah mertua dan keluarga saya hanya 20mint perjalanan melalui Lebuhraya Kesas. Saya balik selepas Zohor, ini kerana suami saya kerja malam pada hari Isnin. Alhamdulillah, siap separuh kerja yang tertangguh. Sekian




Ahad, 21 Disember 2014

Belajar menjahitt sambil menderma

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Florabeadz Academy

   Assalammualaikum.

    Di sini saya ingin kongsikan kelas jahitan di Florabeadz Academy. Florabeadz Academy ini merupakan tempat saya belajar melukis pola-pola jubah.

    Florabeadz Academy kini ada menganjurkan kelas menjahit sambil menderma. Anak kepada Puan Nazila Kamaruddin iaitu adik Ammar. Adik Ammar memerlukan RM200 ribu untuk mempercepatkan pemindahan hati di luar negara. Adik Ammar mengalami masalah bengkak hati atau biliary atresia. 

  Kelas Baju Ammar akan di adakan di tempat Puan Kuzie ku Abas. Ini maklumat lengkap untuk anda yang ingin mengikuti kelas baju Ammar.

Yuran:   Rm200 (Diskaun RM50 dari Florabeadz Academy biasa RM250)
Masa:   10 pagi ~ 6 petang
Tarikh:   31 Januari 2015
Tempat:  21A jalan LP 2A/1, Taman Lestari  Perdana, Seri Kembangan,  Selangor.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi guru saya  Puan Yanti . No telefon 018 - 2878 164.

Anda juga boleh melihat di blog Florabeadz Academy untuk mengetahui lebih lanjut. Sekian

Fesyen baju yang akan di ajar.


Jumaat, 19 Disember 2014

Sesi meroti

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi.

Assalammualaikum
Roti Butterscotch

  Untuk hujung tahun ini banyak yang perlu saya siapkan. Sememangnya agak berserabut juga.
Begini keadaan bila bekerja di rumah.
Pembahagian masa adalah utama.

  Hari isnin ada pengeposan untuk set cadar dan sepasang baju kurung moden. Seperti biasa, bila ibu menjahit. Anak-anak sibuk meminta untuk  mereka juga,  

  Bila lukis pola, mereka meminta mengukur badan mereka. Siap bagi kain pilihan. Cuma ibu meminta berikan masa untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Baru mereka. Mereka sememangnya dapat tetapi lewat sedikit.

   Bila ibu sudah stress, ibu buatkan roti untuk di makan seisi keluraga. Adunan roti dapat 2 loyang. Alhamdulillah, puas makan 1 keluarga. 

   Roti jenis ini amat laris sekarang. Mana yang mencari idea bisnes. Ini adalah salah 1 idea bisnes makanan. Kawasan rumah saya siap melakukkan penghantaran di depan rumah. Untuk harga ikut kawasan masing-masing termasuk taraf ekonomi sekitarnya.

   Di kawasan saya roti ini dijual RM8/ bekas.. Kalau beli 1 bekas tidak mencukupi. Beli 2 bekas rasa macam tidak berbaloi. Maka buat sendiri, makan sendiri. Puas hati dan jimat.  Untuk Resepi Asas Roti. Sekian.

Salam Sayang.





Untuk mendapatkan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini, boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini

Khamis, 18 Disember 2014

Cara menjahit cadar fitted (bergetah)

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi

Assalammualaikum.

   Alhamdulillah, malam tadi saya ada buat set cadar pelanggan saya. Jadi saya cuba kongsikan cara saya menjahit cadar fitted. Saya berharap semoga anda faham. Jika ada sebarang keraguan, boleh bertanya. In sha Allah saya cuba menjawab.

   Cara jahit getah cadar ada banyak cara. Ini cara saya belajar dan saya gunakan. Getah yang tidak nampak. Ada juga cara getah nampak. Untuk cara itu saya tidak berapa pandai. Saya juga tidak pernah lagi mencuba cara yang itu. Cuma cara yang itu saya pernah beli masa dulu-dulu, sebelum pandai menjahit cadar sendiri.

   Untuk kain cadar ini, saya membuat saiz bujang. Saiz tilam pelanggan saya lebar 36" dan panjang 78". Kain yang di beri adalah bidang 96". Kain yang di perlukan adalah 1.6meter. 

   Cara-cara menjahit cadar bergetah.


Kain lipat 4

Lebar Cadar

Penambahan kain untuk panjang cadar

Untuk penyambung jahit 1/2"

Keadaan penyambung selepas jahit

Untuk mendapatkan panjang cadar

Di bucu kain tandakan segiempat tepat 13"x13".
Cara untuk mendapatkan ukuran

13" X 13" Click Di Sini

Kain yang di potong segiempat tepat mesti ada 4 keping.
Ini kerana ada 4 bucu.

Keadaan bucu.

Pin kan yang di potong tadi.

Mula jahit 1/2" dari bucu hingga bawah.

Kemudian jahit tepi. Jika tiada jahit tepi boleh kelim 1/2".

Boleh jahit tepi keliling cadar untuk kekemasan. Tetapi terpulang
kerana apabila menjahit keliling nanti, jahitan tepi ini tidak nampak.

Untuk bahagian getah di atas dan bawah cadar. Jadi tandakan 15" di sisi kanan dan
kiri cadar bermula dari bucu.

Saya menggunakan tapak zip untk kelim getah di dalam.

Saya menggunakan getah bersaiz 1"
Lebihkan getah 1/2" sebelum jahit dan jahit menegak di atas getah supaya
getah tidak bergerak.

Untuk kelim ini saya lipat 1/2" dahulu baru letak getah 1". Kemudian lipat lagi.
Apabila menggunakan tapak zip, tapak rapat dengan getah di bahagian dalam.

Kekemasan di bahagian kelim.

Setelah akhir jahit kelim, baru angkat tapak. jarum turun kan. baru mula tarik
getah. Jika berasa agak sukar, matikan jahitan itu, baru tarik getah kemudian pinkan.

Baru jahit menegak dan matikan jahitan. Kemudian potong getah lebihan. Tinggalkan 1/2".


Hasil bila sudah siap bahagian getah. Versi luar dan dalam.
   Tamat bahagian yang bergetah. Untuk bahagian bawah cadar yang tiada getah boleh Click Di Sini. Semoga dapat membantu anda menjahit cadar sendiri. Sekian

Salam sayang.


    
Untuk mendapatkan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini, boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini