Selasa, 23 Disember 2014

Roti sosej

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi.

Assalammualaikum.

Pada hari isnin selepas pulang dari rumah kelurga saya, suami minta buatkan roti untuk bekalan. Bila kerja waktu malam, suami saya wajib bawa bekal. Tetapi biasanya nasi, Alhamdulillah, terhasil juga roti di saat akhir. Saya buatkan roti sosej sahaja. Saya hanya menggunakan resepi asas roti sahaja.
Roti sosej.

Kerana ada yang inginkan resepi asas roti ini, maka saya kongsikan resepi asas roti yang saya gunakan. Di bawah ini resepinya.

Resepi Doh Asas Roti
1 Biji Telur 220ml Air 1st Garam 3sb Gula 3sb Susu Tepung 75g Majerin/ Butter 1/4st Bread Softner 1st Bread Improver 500g Tepung High Protien 11g Instant Yis
Cara-cara

 1) Saya menggunakan mixer untuk menguli. Jadi saya masukkan bahan-bahan kering dahulu. Terakhir baru masukkan air. Air saya masukkan sikit-sikit.
2) Kemudian saya uli menggunakan tangan kerana mixer saya tidak mampu untuk uli sepenuhnya. Bila menguli menggunakan tangan mengambil masa sedikit. Lebih kurang 40minit ~ 1jam mengikut kekuatan jari jemari anda.
3) Uli sehingga kenyal atau lebih mudah tidak melekat di tangan dan bila tarik doh tidak putus.
4) Setelah siap tutup doh dengan plastik selama 1 jam atau hingga doh naik. Cara yang untuk cepat, panaskan oven dalam 10minit. Kemudian `OFFKAN`. Kemudian letakan doh yang bertutup itu dalam oven. PASTIKAN OVEN `OFF`
5) Setelah kembang, keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh supaya keluar angin.
6) Baru bentukan doh seperti kemahuan anda.
7) Sapukan air , telur  atau madu diatas doh yang telah di bentuk serta biarkan doh mengembang lagi sekali.
8) Kemudian baru bakar mengikut oven panduan anda.

9) Selepas bakar sapukan majerin atau telur.

Saya membuat roti hanya untuk makan seisi kelurga sahaja. Buat masa ini saya hanya mengunakan resepi roti asas ini sahaja. Alhamdulillah, puas makan dan menjimatkan. Sekian.

Salam Sayang




Untuk mendapatkan Ebook Pakej Asas WAHM SOHO, boleh hubungi
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan