Jumaat, 19 Disember 2014

Sesi meroti

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi.

Assalammualaikum
Roti Butterscotch

  Untuk hujung tahun ini banyak yang perlu saya siapkan. Sememangnya agak berserabut juga.
Begini keadaan bila bekerja di rumah.
Pembahagian masa adalah utama.

  Hari isnin ada pengeposan untuk set cadar dan sepasang baju kurung moden. Seperti biasa, bila ibu menjahit. Anak-anak sibuk meminta untuk  mereka juga,  

  Bila lukis pola, mereka meminta mengukur badan mereka. Siap bagi kain pilihan. Cuma ibu meminta berikan masa untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Baru mereka. Mereka sememangnya dapat tetapi lewat sedikit.

   Bila ibu sudah stress, ibu buatkan roti untuk di makan seisi keluraga. Adunan roti dapat 2 loyang. Alhamdulillah, puas makan 1 keluarga. 

   Roti jenis ini amat laris sekarang. Mana yang mencari idea bisnes. Ini adalah salah 1 idea bisnes makanan. Kawasan rumah saya siap melakukkan penghantaran di depan rumah. Untuk harga ikut kawasan masing-masing termasuk taraf ekonomi sekitarnya.

   Di kawasan saya roti ini dijual RM8/ bekas.. Kalau beli 1 bekas tidak mencukupi. Beli 2 bekas rasa macam tidak berbaloi. Maka buat sendiri, makan sendiri. Puas hati dan jimat.  Untuk Resepi Asas Roti. Sekian.

Salam Sayang.





Untuk mendapatkan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini, boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini

2 ulasan:

  1. Oh macam mana buat roti ini. Boleh kah berkongsi resepi? Terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Boleh kak. untuk entri terbaru saya ada kongsikan resepi asas doh roti.

    BalasPadam