Isnin, 1 Disember 2014

Mimpi menjadi realiti dengan ABDR

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum..

   Selamat Datang Disember 2014. Alhamdulillah kini telah pun sampai ke bulan terakhir tahun 2014. Terlalu cepat masa berlalu. Lebih kurang 30 hari sahaja lagi kita akan meninggalkan Tahun 2014 dan memasuki Tahun 2015. ABDR masih terus menuju ke 1000 penyertaan. Alhamdulillah, kini sudah lebih 900 penyertaan.

Jika dahulu saya hanya menjadi pembaca blog. Tetapi pada pertengahan bulan Ogos saya mula membuat langkah baru sebagai penulis blog. Itu adalah pilihan saya. Rasa seperti mimpi. Tetapi ia hanya akan seperti mimpi kalau tidak merialisasikan mimpi itu. Saya telah bertemu Facebook Cikgu Anys Idayu melalui perkongsian status rakan alam maya saya. Alhamdulillah, pilihan yang terbaik.

Dahulu saya pernah cuba membuat blog, tetapi sepi. Tiada di carian google. Maka terus sepi. Bila menjadi rakan ABDR segalanya berubah. Kini baru saya tahu kenapa tiada di carian google. Untungnya bila berguru. Menamatkan 44 entri adalah penting. Malah jika lebih kerap menulis di blog, maka jumlah pengunjung di blog akan meningkat dengan cepat malah lagi mudah di carian google. Di samping bantuan rakan-rakan di ABDR yang meletakkan link blog saya di blog rakan-rakan. Jalinan ukwah walaupun hanya di alam maya tanpa bersua muka.Ini amat-amat membantu.

Menulis blog bukan hanya menjual tetapi berkongsi. Itu konsep yang di ajar pada saya. Alhamdulillah, sangat berhasil. Berkongsi bukan sahaja pengalaman atau cerita saya, malah rakan-rakan ABDR yang lain. Erti kata lain melahirkan suri yang rajin membaca serta berkongsi. Malah terus berfikiran positif. Tidak kurang juga ada rakan ABDR yang keluar majalah. Melalui cerpen dan perkongsian ilmu. Amat menarik bukan?.

Malah saya juga di beri peluang menjadi agen dropship. Maka lebih banyak yang saya dapat belajar. Dari cara memikat hati pelanggan, melakukan transaksi, cara menerima tempahan, cara menguruskan pelanggan malah paling ketara skrip jualan. Jika dahulu saya menjual hanya jawap yang ditanya sahaja. Kini saya belajar cara yang betul. Ada yang saya belajar secara langsung dan ada yang tidak langsung. Yang pasti ilmu yang sangat berharga.

Bila cikgu Anys Idayu berkongsi mengenai status,  Latih. Latih. Repetition setiap hari.
"Practice make perfect". Ini akan menjadi saya semangat untuk belajar. Alhamdulillah, melalui latihan yang di beri saya juga mendapat pembeli ebook, buku fizikal, jualan telekung handmade saya malah ada yang menjadi pelajar kelas blog ABDR. Malah bukan itu sahaja, "LIKE" di fanpage FB saya juga meningkat setiap hari. Banyak kelebihan bila sudah menjadi rakan ABDR. Bila sudah menjadi rakan baru memahami dan merasai kelebihan itu.

Terima kasih kepada Puan Masayu, Cikgu Anys Idayu dan Warga ABDR. Sekian

Salam Sayang


4 kelas berikut masih dibuka untuk akhir tahun ini, khas untuk suri yang mahu mula belajar berbisnes.
  • kelas mula bisnes makanan sunnah
  • kelas mula bisnes produk makanan
  • kelas telekung solat borong dan runcit
  • kelas mula bisnes produk islami, quran, tajwid, etc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan