Gambar: Peribadi
Assalammualaikum.
Betapa seronoknya menjahit telekung sebelum Bulan Ramadhan yang lalu. Saya akui sebelum puasa saya hanya menjahit telekung sepenuh masa untuk memenuhi pemintaan bulan Ramadhan. Ini kerana bulan Ramadhan, saya hanya menjahit baju-baju raya keluarga sahaja.
Majoriti saya menjahit telekung berwarna putih sahaja.Ini kerana pemintaan telekung putih amat tinggi. Malah saya hanya menggunakan kain cotton yang berkualiti walaupun tiada sulaman bunga.. Saya juga seorang yang cerewet memilih kain.
Antara gambar-gambar lain.
Bawah Telekung |
Awning Telekung |
Malah pada masa itu saya membuat pakej sekali dengan beg. Ini memudahkan penyimpanan telekung. Saya menggunakan kain cotton. Alhamdulillah, pemintaan beg telekung juga memberangsangkan. Beg telekung yang berzip serta bertangkai. Senang di bawa. Cuma kini saya memberhentikan sementara membuat beg telekung. Ini kerana saya memberi tumpuan tempahan pukal telekung yang saya ambil. Tempahan pukal memerlukan lebih perhatian. Walaupun begitu saya masih tetap mangambil tempahan telekung seperti biasa. Sekian. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan