Rabu, 6 Jun 2018

Redoxamin


Assalammualaikum

REDOXAMIN

Adakah Redox mempunyai sijil KKM?

"Redoxamin ni jus macam kita beli di kedai atau pasaraya. Produk makanan, jadi tidak perlu KKM tapi kita dalam proses dalam dapatkan sijil MESTI utk pastikan produk kita dijamin kualitinya"

Bagaimana hendak "consume Redox?

Peringkat permulaan sebelum elok ekzema ini ada " certain"makanan yang tidak boleh diambil..
1. Makanan berasaskan gandum termasuk mi,nestum,oat,kuih muih dll
2. Makanan proses (makanan dalam tin,botol / bungkusan)
3. Fast food (McD,KFC dll)
4. Gula esp gula putih
5. Sayuran bentuk buah (nightshades) ~ Tomato, terung,kentang,lobak dll
6. Dairy product (Susu,coklat etc)
7. Makanan kering/sunnah (kurma,kismis,buah zaitun etc)
8. Makanan yg berlawanan dgn Redox (Madu, Habbatussauda, Olive etc)

*** Banyakkan makan real food spt nasi,sayur hijau,ikan fresh & x gatal, daging fresh,ayam free antibiotik

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Redox, boleh whatapps saya 012-3242780 

In sha Allah, kita cuba yang terbaik

Isnin, 4 Jun 2018

Alisha dan Ezema

  Assalammualaikum..

Alhamdulillah selesai 44 hari berpantang sendiri. Suami mengambil 2 minggu cuti untuk menguruskan keluarga. Kali pertama berpantang sendiri. Ye la..anak pun sudah 4, malah 2 orang sudah pun bersekolah.

  Seminggu selepas berpantang, saya melihat perubahan pada kulit Alisha. Terutama bahagian telinga dan kepala. Telinga berair dan berbau. Kepala pula berkuping-kuping. Ya Allah..kenapa jadi begini. ( terdetik di hati seorang ibu). 3 hari berlalu, keadaan masih sama.

  Jadi kami suami isteri bersepakat membawa Alisha ke klinik panel. Alhamdulillah, di pertemukan dengan doktor muda yang memahami. Setelah di teliti, Alisha di sahkan mempunyai ezema.

   Tiba-tiba teringat yang saya ada masak telur sambil hari itu. Ye, telur tu asbab yang saya boleh tahu Alisha ada ezema. Ini kerana abang dan kakak-kakak Alisha tiada tanda-tanda ezema.

  Terus-terang saya katakan, saya tidak kuat. Sedih dan berperang dengan emosi. Sedih kerana bila saya nak cium Alisha, bau itu betul-betul2 menganggu. Kesian Alisha, bila saya tersalah makan. Alisha akan gatal-gatal, bau lagi kuat,berair yang banyak dan berkuping yang tebal.

   Pada suatu malam, saya solat sambil menangis. Semoga Allah permudahkan urusan saya untuk Alisha. Bukan apa, Alisha perempuan, sampai bila bau ini akan menganggu dia. Maka, saya mencari info serta ilmu mengenai ezema. Alhamdulillah, urusan di permudahkan Allah.

  Ingin tahu bagaimana saya di pertemukan dengan Redoxamin??? Tunggu ..nanti saya kongsikan.

Sekian.

Ingin memiliki Redoxamin !!!!

Boleh whatapps saya di 012-3242780

Terima kasih

Ahad, 6 Mei 2018

Kelahiran Cahayamata ke 4

Assalammualaikum..



  Alhamdulillah..tanggal 4 Februari 2018 pada hari Ahad bersamaan 18 Jamadilawal 1439 Hijrah, saya selamat melahirkan cahayamata ke 4. Alisha nama di beri oleh abahnya. Alisha bermaksud Dilindungi Allah. Semoga semua permata hati kami sentiasa di lindungi Allah dari segala2 kemungkaran, kemaksiatan dan yang tidak baik di sisi Allah.Alisha merupakan puteri ke 3 saya dan suami.

  Bersyukur kepada Allah kerana Allah memberi saya proses kelahiran yang mudah . Berkat doa suami,anak-anak2 dan keluarga pada pukul 7:59pagi, saya selamat melahirkan Alisha.

   Gembira hati seorang ibu, bila keluarga berkumpul bersama-sama menyambut ahli baru. Ditambah pula hari ahad, maka keluarga dapat menemani sehingga pukul 8 malam. Alhamdulillah. Pada hari isnin pukul 10malam, saya dan Alisha di benarkan keluar.
 
   Coretan ini di tulis pada 4 jun 2018. Kini Alisha berusia 4 Bulan.




Jumaat, 17 Mac 2017

Akaun Semasa CIMB

Assalammualaikum..

    Sudah terlalu lama saya tidak mencoretkan cerita saya di blog kesayangan saya ini. Banyak perkara ingin saya kongsikan. Tetapi apakan daya buat masa ini, terlalu terhad untuk saya coretkan. Tetapi kali ini saya tetap cuba untuk coretkan pengalaman saya dalam membuka akaun semasa di bank.

   Ye..saya sememangnya hanya tukang jahit biasa-biasa sahaja. Masih belum banyak pengalaman dan masih dalam mengali ilmu bidang yang saya cintai ini. Tetapi bukan bermaksud saya tiada wawasan dan impian. Walaupun impian hanya sekecil zarah. Malah saya percaya, ramai orang di luar akan cuba melangkah kedepan bersama apa yang mereka suka buat. Jadi di medium sosial media ini saya belajar sikit demi sedikit untuk maju ke depan. Walaupun bukan hanya ibarat memanjat tangga.

Maka, pada bulan-bulan terakhir 2016 saya ada cuba membuka akaun semasa untuk bidang saya ini. Bukan hanya 1 bank, tetapi 2 bank saya pergi memohon. Namun mungkin pada masa itu, Allah menentukan bukan masa yang tepat untuk saya. Ada 2-3 cabaran yang datang. Salah 1 nya, saya tidak mempunyai orang Interduce. Walaupun saya mengenali beberapa orang yang mempunyai akaun semasa, tetapi saya tidak mahir dalam menyusun ayat dalam meminta pertolongan itu.

   Jadi, awal bulan ini telah terdetik sekali lagi untuk membuka akaun semasa. Alhamdulillah, perancangan Allah adalah yang terbaik. Kali ini Allah memberi laluan terlalu mudah untuk saya. Allah aturkan saya mudah untuk bercakap dengan jiran saya untuk menjadi orang "interduce" untuk saya. Kali ini saya memohon akaun semasa di CIMB. 

  Kenapa saya memohon di CIMB dan apa yang di perlukan???

  • Orang yang "Interduce" mempunyai akaun semasa CIMB
  • CIMB hanya memerlukan 1 orang "Interduce"
  • Nilai untuk buka akaun semasa hanya RM1000 sahaja.
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan "Original" pendaftaran SSM
  • SSM yang terbaru
   Alhamdulillah 16 March 2017 , Norliza Handmade Enterpise sudah pun memiliki akaun perniagaannya sendiri. Cuma buat masa ini saya lebih selesa menggunakan CIMB Clicks. Maka saya menolak "offer" buku cek. Biar sampai 1 tahap betul-betul saya memerlukan, baru saya memohon. Semoga ini akan menjadikan saya lebih serius dalam bidang ini. 

Terima kasih

Jumaat, 26 Ogos 2016

Pre Order SEPTEMBER






Buku Fomula Tarik Rezeki

Assalammualaikum.


   Alhamdulillah, saya telah didik dengan  hobi membaca. Tidak kira apa jua bahan bacaan. Mungkin emak dan abah saya juga suka membaca. Tetapi bahan bacaan berubah mengikut situasi dan peringkat umur. Kini tiada lagi novel-novel hayalan, yang ada hanya buku kisah realiti, ilmiah dan buku jahitan.

  Sebelum mendapat buku 111 Fomula Tarik Rezeki (FTR) ini, saya suka membaca "post-post" Puan Nora Yusof di FB. "Post" itu juga kadang-kadang memang kena batang hidung sendiri. Tetapi pada masa itu tiada buku fizikal, yang ada hanya "ebook". "Ebook" ini sememangnya tiada pernah terfikir  hendak membeli. Hinggalah, 1 hari tu, Allah telah memberi saya laluan apa yang hendak saya tahu isi Ebook FTR. Yang saya dapat Fomula 0: SIFAR HUTANG. Masa itu memang tersentap juga. 

   Bila saya bertanya pada Puan Nora, mengenai harga "ebook" ini, secara jujurnya saya berfikir berkali-kali. Sebagai surirumah yang bergantung hanya pendapatan menjahit, setiap wang yang di keluarkan mesti ada kira-kirakan. Tetapi saya tetap memohon, semoga Allah permudahkan urusan saya untuk memiliki ebook ini, jika ebook ini bermanfaat. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada saya.

  Ebook FTR yang saya miliki adalah antara ebook dan buku-buku fizikal  paling mahal yang pernah saya beli serta miliki. Ini ada yang sukar saya sendiri percayai. Tetapi kini saya akui, isi ebook ini adalah lebih mahal dari nilai wang yang saya keluarkan. Malah bila membaca ebook ini saya mesti ada catatan saya sendiri. Walaupun isi yang sama. Saya memang amal begini sejak sekolah. Bila membaca, kita menulis secara "automatik"nya kita menyebut. Jadi otak akan mudah menyimpan, pada saya..ye.

  Alhamdulillah, kini telah terbit buku fizikal. Bersyukur sangat-sangat, kerana saya telah di beri kesempatan untuk memiliki kedua-duanya. Jika ingin lebih tahu mengenai Buku 111 Fomula Tarik Rezeki ini, klik link ini Bonus Rezeki
  

Khamis, 11 Ogos 2016