Selasa, 3 Julai 2018

Kisah Alisha dan Ezema

Assalammualaikum

  Pada 4 Feb 2018, lahir seorang bayi comel perempuan. Alisha nama diberi, yang bermaksud di lindungi Allah. Nama di beri oleh abah. Alisha di lahirkan di Hospital Selayang. Alisha bertuah kerana abang dan kakak2 menanti bersama kehadirannya.
   Sehari selepas Alisha, keluar dari hospital..Alisha kembali ke hospital. Demam kuning Alisha tinggi di samping kekurangan air 12% dari badan. Risikonya adalah buah pinggang. Bermula juga episod ibu dan abah ulang alik hospital. Kakak dan abang juga terpaksa menumpang di rumah jiran bila ibu dan abah ke hospital. Alhamdulillah hanya 2 hari sahaja Alisha di hospital. Kini Alisha kembali sihat.
  Selepas 44 hari tempoh berpantang, ibu teringin makan telur. Asbab telur, telinga dan kepala Alisha berkerak dan berair serta berdarah. Makin hari, makin teruk. Kami bawa Alisha ke klinik berdekatan. Doktor sahkan Alisha ezema berair.
   Ucu belikan krim dan mak long berikan bedak. Alhamdulillah, ini untuk mengurangkan air pada ezema Alisha.  Ibu pula mula pantang makan seperti masa berpantang. Ibu tiada langsung ilmu ezema.
    Ini bermakna ibu kena belajar ilmu ezema. Ibu mula " join group2" ezema. Disaat ibu "down", ibu lihat ada yang lagi teruk dari Alisha. Allah uji kita sikit saja. Pada suatu hari, di facebook ibu terbaca mengenai Redoxamin dari Dr Hafiz Sulaiman. Ia sejenis jus untuk usus. Bermaksud untuk dalaman. Ibu jadi ingin mencuba untuk Alisha.
  Alhamdulillah, masa itu ada promosi. Ibu beli 1 botol di samping "guide" dari agen kak ana. Mengambil Redox, ada protokol pemakanan untuk sementara waktu. Alhamdulillah, ibu dapat ikut. 3 hari selepas mengambil Redox, Alisha makin teruk. Ezema yang berair di tambah berbau. Kuku ibu jari kaki Alisha juga tercabut 😭😭.
   Kesian anak ibu. Masa itu, ibu terfikir nak " stop" Redox. Tapi kak ana kata teruskan. Ibu teruskan. Alhamdulillah, setelah sebulan  mengambil Redox, kulit Alisha  semakin pulih.
  Alisha juga semakin ceria. Mood Alisha semakin baik. Alhamdulillah. Kini ibu dalam proses belajar pemakanan untuk Alisha.  Persediaan Alisha 6 bulan. 😊😊. Alhamdulillah, masih dengan Redoxamin
#Alisha
#ezema
#redoxamin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan