Selasa, 26 April 2016

Tunic Blouse

Assalammualaikum


 Alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga ingin memiliki "Tunic Blouse". Walaupun hasil jahitan sendiri. Hati kira ada taman bunga. Sebenarnya sebelum jahit selalu juga fikirkan kesesuaian "tunic" ini dengan bentuk fizikal saya.  Sebab bila tengok orang pakai cantik. Alhamdulillah, tiba-tiba terdetik di hati mengenai keyakinan diri. Bila yakin dengan diri, In sha Allah, secara tiba-tiba akan terserlah di luaran.

Untuk pertama kali menjahit zip di kain memeri adalah 1 cabaran. Percaya atau tidak untuk menjahit 2 zip di tangan sahaja, saya mengambil masa 1 malam. Ini kerana zip akan beralun. Sememangnya tidak cantik dan memuaskan hati saya. Saya sanggup tetas berkali-kali. Alhamdulillah, akhirnya berjaya. Selepas ini wajib kena lebih banyak buat latihan.

Material yang saya guna ini adalah kain Como Crepe. Sejenis kain yang memeri tetapi tidak terlalu memeri. Kain ini tidak perlu di "iron". Malah tidak panas bila memakainya. Labuh "tunic" ini adalah paras atas lutut dan menutupi punggung. "Tunic" ini sesuai di padankan dengan "skirt" labuh ataupun palazo. Zip di tangan bersaiz 8" untuk memudahkan mengambil wuduk.

Sekian.

Jumaat, 15 April 2016

Present dress

Assalammualaikum.

  Alhamdulillah. Salam Jumaat yang penuh berkat. Penghulu segala hari. Semoga apa yang di impikan akan tercapai. Kehidupan yang mendatang bertambah berkat dan mendapat redha Allah. Semoga laluan yang sukar, Allah permudahkan. Aaminn.

  Alhamdulillah, terhasil jua 'present dress' untuk anak bongsu saya. Tapi kali ini saya buat besar sedikit, untuk di pakai semasa raya dan selepas raya. Jika Auni semakin besar, In sha Allah, baju ini boleh di pakai menggunakan seluar pula.

  Material yang saya guna ini ialah kain 'knit cotton'. Istilah yang mudah faham adalah kain t-shirt. Saya buat untuk Auni sahaja kerana kakaknya Norhamizah tidak berminat dengan 'present dress' ini. Jadi baju untuk kakak kena tunggu la jawabnya. 

'Present Dress' Auni. 
   Di sini saya kongsikan link yang saya gunakan. Pola pun boleh dapat dari sini. Present Dress 6 bulan hingga 9 bulan dan Present Dress 12 bulan hingga 10 tahun .

Sekian