Assalammualaikum
Alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga ingin memiliki "Tunic Blouse". Walaupun hasil jahitan sendiri. Hati kira ada taman bunga. Sebenarnya sebelum jahit selalu juga fikirkan kesesuaian "tunic" ini dengan bentuk fizikal saya. Sebab bila tengok orang pakai cantik. Alhamdulillah, tiba-tiba terdetik di hati mengenai keyakinan diri. Bila yakin dengan diri, In sha Allah, secara tiba-tiba akan terserlah di luaran.
Untuk pertama kali menjahit zip di kain memeri adalah 1 cabaran. Percaya atau tidak untuk menjahit 2 zip di tangan sahaja, saya mengambil masa 1 malam. Ini kerana zip akan beralun. Sememangnya tidak cantik dan memuaskan hati saya. Saya sanggup tetas berkali-kali. Alhamdulillah, akhirnya berjaya. Selepas ini wajib kena lebih banyak buat latihan.
Material yang saya guna ini adalah kain Como Crepe. Sejenis kain yang memeri tetapi tidak terlalu memeri. Kain ini tidak perlu di "iron". Malah tidak panas bila memakainya. Labuh "tunic" ini adalah paras atas lutut dan menutupi punggung. "Tunic" ini sesuai di padankan dengan "skirt" labuh ataupun palazo. Zip di tangan bersaiz 8" untuk memudahkan mengambil wuduk.
Sekian.
Kat mana puan beli kain como crepe ni?
BalasPadamKat mana puan beli kain como crepe ni?
BalasPadamBoleh cari FB Zai JubahHandmade. Sekarang ada promosi.
BalasPadam