Assalammualaikum..
Hari Raya Aidilfitri sudah lama habis. Malah Hari Raya Aidil Adha bakal meyusul. Tapi saya baru hendak tayang. Ini antara baju yang sempat "snap" gambar. Yang lain tidak sempat.
Memaparkan catatan dengan label koleksi baju & jubah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label koleksi baju & jubah. Papar semua catatan
Khamis, 11 Ogos 2016
Rabu, 10 Ogos 2016
Kebaya dan kemeja
Assalammualaikum
Hari ahad minggu lepas ada pula jemputan kenduri kawin anak kepada bekas "team leader" saya masa kerja dulu. Lepas suami "confirm" setuju hendak pergi, baru rasa hendak buat baju baru untuk anak-anak. Tapi semua itu hanya perancangan saya. Tetapi Allah tidak izinkan. Hanya Allah sahaja yang tahu sebabnya.
Pada minggu hendak buat baju. Mula-mula Hamizah dan Imran yang demam. Manakala Auni dan suami mula demam hari khamis. Anak-anak saya jenis demam malam. Jadi sememangnya saya menjahit sekejap-sekejap. Niat di hati tidak dapat jahit untuk semua, untuk seorang dua, jadi la. Malah Imran pula sememangnya tiada kemeja lagi. Kemeja lama sudah di buat pakai hari-hari.
Kesian juga Imran tiada kemeja hendak pakai kenduri. Hendak jahit kemeja, buat masa ini memang terkial-kial ikut "step by step". Al-maklum ler, baru belajar sikit. Cuma kata pada Imran, kalau Allah izinkan, siap la baju kemeja ni.
Untuk Hamizah, sebenarnya saya teringin sangat hendak jahit kebaya anak. Kalau untuk diri sendiri, seminggu fikir pun belum boleh buat keputusan..hihi. Jadi untuk merialisasikan impian itu, saya menjahit berpandukan toturial-toturial yang ada di internet. Alhamdulillah, untuk memudahkan saya dan anak saya, saya hanya menggunakan zip sorok sahaja. Jadi, tidak perlu tunggu ibu nak pakai baju.
Maka, gambar di bawah inilah hasilnya untuk anak-anak saya. Ini saja yang sempat saya buat sambil melayan anak-anak demam.
Hari ahad minggu lepas ada pula jemputan kenduri kawin anak kepada bekas "team leader" saya masa kerja dulu. Lepas suami "confirm" setuju hendak pergi, baru rasa hendak buat baju baru untuk anak-anak. Tapi semua itu hanya perancangan saya. Tetapi Allah tidak izinkan. Hanya Allah sahaja yang tahu sebabnya.
Pada minggu hendak buat baju. Mula-mula Hamizah dan Imran yang demam. Manakala Auni dan suami mula demam hari khamis. Anak-anak saya jenis demam malam. Jadi sememangnya saya menjahit sekejap-sekejap. Niat di hati tidak dapat jahit untuk semua, untuk seorang dua, jadi la. Malah Imran pula sememangnya tiada kemeja lagi. Kemeja lama sudah di buat pakai hari-hari.
Kesian juga Imran tiada kemeja hendak pakai kenduri. Hendak jahit kemeja, buat masa ini memang terkial-kial ikut "step by step". Al-maklum ler, baru belajar sikit. Cuma kata pada Imran, kalau Allah izinkan, siap la baju kemeja ni.
Maka, gambar di bawah inilah hasilnya untuk anak-anak saya. Ini saja yang sempat saya buat sambil melayan anak-anak demam.
![]() |
| Kemeja dan kebaya peplum sedondon |
![]() |
| Kemeja pertama ibu untuk anak yang tengah banyak akal sekarang. Sekian. |
Selasa, 26 April 2016
Tunic Blouse
Assalammualaikum
Alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga ingin memiliki "Tunic Blouse". Walaupun hasil jahitan sendiri. Hati kira ada taman bunga. Sebenarnya sebelum jahit selalu juga fikirkan kesesuaian "tunic" ini dengan bentuk fizikal saya. Sebab bila tengok orang pakai cantik. Alhamdulillah, tiba-tiba terdetik di hati mengenai keyakinan diri. Bila yakin dengan diri, In sha Allah, secara tiba-tiba akan terserlah di luaran.
Untuk pertama kali menjahit zip di kain memeri adalah 1 cabaran. Percaya atau tidak untuk menjahit 2 zip di tangan sahaja, saya mengambil masa 1 malam. Ini kerana zip akan beralun. Sememangnya tidak cantik dan memuaskan hati saya. Saya sanggup tetas berkali-kali. Alhamdulillah, akhirnya berjaya. Selepas ini wajib kena lebih banyak buat latihan.
Material yang saya guna ini adalah kain Como Crepe. Sejenis kain yang memeri tetapi tidak terlalu memeri. Kain ini tidak perlu di "iron". Malah tidak panas bila memakainya. Labuh "tunic" ini adalah paras atas lutut dan menutupi punggung. "Tunic" ini sesuai di padankan dengan "skirt" labuh ataupun palazo. Zip di tangan bersaiz 8" untuk memudahkan mengambil wuduk.
Sekian.
Jumaat, 26 Februari 2016
Blouse simple
Assalammualaikum..
Agak lama saya menyepi. Disamping tempahan telekung, terselit jua "blouse simple". "Blouse fesyen begini sememangnya sudah lama saya inginkan. Tetapi apakan daya, untuk bahagian leher saya belum tahu menjahitnya pada masa itu. Kain satin ini pula semasa mengandung sudah saya beli. Begitu semangat hendak jahit fesyen leher begini.
Alhamdulillah, terhasil juga "blouse" begini selepas sibuk mencari toturial yang ada. Jika ada yang berminat menjahit leher ikat reben ini, boleh melihat di FanPage Norliza Handmade. Bukan toturial saya, tetapi toturial yang saya ikut. Bila sudah melihat, sudi-sudikan untuk me"Like" ya...

| Leher boleh ikat reben |

Rabu, 4 Mac 2015
Blouse A- Cut
Assalammualaikum..
Alhamdulillah.. akhirnya siap jua blouse ringkas untuk jiran saya. Sebenarnya ini pertama kali saya menerima tempahan dari jiran tetangga untuk baju.
Kalau telekung biasa juga. Bukan apa, untuk baju saya belum bersedia sangat. Biasa jahit untuk keluarga dan rakan yang amat-amat dekat. Tetapi jiran saya telah beri sokongan yang penuh. Buat ikut citarasa saya.
Bersyukur sangat-sangat dapat jiran-jiran yang positif. Maka terhasillah blouse ringkas ini. Tangan bergetah serta baluh paras lutut. Kain hanya kain baju melayu pemberian dari pihak sekolah Pasti.
Berdebar juga menjahit baju orang ini. Tambah-tambah jiran. Walaupun hanya blouse ringkas, namun saya tetap risau. Malah membuat sehabis baik seperti menjahit baju saya. Semoga jiran saya selesa dengan jahitan saya. Sekian.
Ingin mendapatkan Pakej Promosi Ebook??
Boleh hubungi saya
Norliza Tomiran
Selasa, 10 Februari 2015
Blouse Batwing
Assalammualaikum..
Alhamdulillah, rezeki jua akhirnya. Sebenarnya saya sudah lama berkenan fesyen "batwing" ini. Tetapi seperti biasa, masih tidak tahu cara membuat pola "batwing" ini. Orang lain kongsikan gambaran pun masih tidak dapat faham. Jika ingin pergi belajar lagi, rasanya masa tidak mengizinkan. Saya suka fesyen ini kerana kelonggaran. Tetapi saya belum cuma untuk diri sendiri.
Pada 6 Februari bersamaan hari Jumaat yang penuh barakah, saya ternampak "post" yang saya idam-idamkan selama ini FB dari Yasalma Collection. Saya mengikuti FB cikgu Yasalma. Cikgu Yasalma terkenal mengajar menjahit tanpa menggunakan pola. Ebook "Blouse Batwing" di beri diskaun. Hanya RM10 !. Membeli sambil menderma. Saya dan suami juga pernah menonton cikgu Yasalma menjahit di TV Al Hijrah. Bukan saya sahaja suka, suami terus kata "senangnya dia jahit baju".
Pada mulanya ada sedikit pemulaan membeli ada sedikit kesulitan. Tetapi kerana betul-betul inginkan "ebook" ini, saya berusaha. Alhamdulillah, layanan dari Cikgu Nisa sangat baik. Walaupun petang itu katanya sudah emailkan. Tetapi waktu malam baru saya berkesempatan membuka email. Tetapi tiada, kemudian saya PM kembali Cikgu Nisa. Alhamdulillah, Cikgu Nisa beri lagi "link" dan "password" untuk "ebook" tersebut. Terima kasih Cikgu Nisa.
Bila terkenal menjahit tanpa melukis pola, maka "ebook" ini juga sama. Tetapi untuk pemulaan "ebook" ini mengajar membuat "blouse" pada kertas A4 dahulu. Bila sudah ada teknik yang betul, baru terus buat pada kain. Sebenarnya ada juga jubah yang saya buat tanpa pola. Tetapi berdasarkan pada panduan. Seperti biasa kertas A4 adalah pemulaan.
Untuk percubaan pertama, saya mencuba "blouse" anak dahulu. Ukuran yang di bagi, saya kecilkan. Maka terhasil "blouse" anak dara tersayang.
Bila sudah melihat anak dara pakai elok, maka ibu juga teringinkannya. Tetapi kena tunggu masa yang sesuai untuk menjahit "blouse" ini. "Blouse" ini longgar dan selesa. Sekarang bukan "blouse batwing" sahaja, malah ramai sudah suka jubah "batwing" ini. Bila melihat "blouse batwing" in, teringat zaman Fauziah Ahmad Daud ( Kak Ogy) dalam lakonan Ali Setan..hihi. Yang pasti fesyen lama kini sudah kembali. Sekian.
Salam Sayang
Langgan:
Catatan (Atom)