Isnin, 22 September 2014

EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN ONLINE

Assalammualaikum

 

Siri 1 (terbit 25.9.2014)

  PROMOSI RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50

Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online


Bab 1: Urusniaga Online


Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira


MENGGUNAKAN BAHASA YANG BAIK

1. Menggunakan bahasa yang baik

Pelanggan berhak menerima bahasa dan layanan yang baik. Ini memberi gambaran usahawan yang berhemah menggunakan basaha sopan dalam melayan pelanggan. Pilih bahasa atau perkataan yang sesuai dalam proses komunikasi dua hala sama ada melalui mesej atau panggilan telefon.
Pelanggan  gembira apabila dirai dengan bahasa sopan. Ini menjadikan pelanggan 

dihargai dan mereka lebih mudah untuk membeli.


2. Jawab dengan cepat, respon yang pantas.

-Semakin cepat pelanggan menerima respon apabila ditanya, semakin mudah membuat keputusan pembelian.

-Berusahalah untuk menjawab secepat dan sebaiknya. Respon dengan pantas dengan menjawab dengan terperinci tentang produk dan cara pembayaran.

Baca lagi dalam Bab 2: Mengembirakan pelanggan.

  Jika anda berminat dengan Ebook ini.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Whatapps : 012-2431590

Ahad, 21 September 2014

Kelas Pola

Teks: Norliza Tomiran


Assalammualaikum


  Tanggal 8/6/2014 - Alhamdulillah akhirnya saya berjaya pergi ke Kelas Pola Jubah di Meru, Klang, Selangor. Saya dapat belajar 3 jenis jubah. Jubah A-Cut, Jubah Princess Cut dan Jubah Empire Cut. Kelas ini hanya untuk individu yang sudah mempunyai asas menjahit. Ini kerana kelas ini hanya melukis pola. Manakala cara potong kain hanya teori. Sesiapa ingin belajar boleh melihat blog cikgu saya..Cikgu Yanti Moin. http://florabeadz.blogspot.com/

  Ini gambar yang saya ada semasa kelas di jalankan.

Sesi melukis pola

Pelajar2 pada hari itu


  Antara titik-tolak saya belajar kelas pola adalah kerana saya menerima tempahan jubah dari sanak-saudara untuk hari raya serta memperbetulkan skill tentang lekuk lengan. Saya pernah belajar menjahit baju, tetapi asas baju kurung tradisional dan baju kurung pesak gantung. Jadi kelas ini adalah berbeza dari kelas sebelumnya.

  Selalu saya hanya mencuba-cuba jahit baju berasaskan buku. Tetapi saya tidak mendapat kepuasan. Alhamdulillah, kelas ini membantu saya. Saya merasakan kelas ini menjimatkan bagi yang mempunyai asas. Kos yang rendah disamping dapat belajar 3 jenis pattern. Kelas pula hanya 1/2 hari sahaja.

 Alhamdulillah, en.suami juga sudi mengambil cuti. Bukan itu sahaja malah membantu menjaga anak-anak disamping menghantar serta menjemput saya ke kelas. Ini baju 1st saya jahit selepas kelas. Seperti biasa anak dara akan menjadi model. Saya hanya menggunakan kain2 yang ada di rumah. Alhamdulillah, menjadi baju itu malah tiada ruginya menuntut ilmu.


Anak dara dan Jubah Princess Cut

Salam Sayang


RM25 termasuk Pos
Jika anda berminat.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Whatapps : 012-2431590

Jumaat, 19 September 2014

ABDR

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum..


Akademi Bekerja Di Rumah.. walaupun baru menghampiri 2 bulan lebih dalam akademi ini tetapi ia memberi suntikan baru dalam diri saya. Alhamdulillah.


Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas-kelas berikut :
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes.
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship telekung solat
- dropship produk makanan
- dropship produk islami
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif.
4. Kelas beriklan mudah.my.
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online
8. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 830 blog

Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.



Emel: norlizatomiran@gmail.com
SMS/whatsapp: 012-2431590 

Khamis, 18 September 2014

Telekung Dewasa

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum

Telekung Dewasa... Hanya Pre Oder.. 


Awning Full Getah


Awning Full Renda

Renda bersaiz 2" atau 3"

Anak Telekung berbentuk Tudung. Labuh anak Tudung menutupi Dada


Ahad, 14 September 2014

Cara mengukur

Teks: Norliza Tomiran

 Assalammualaikum..

 Toturial saya kali ini..cara mengukur. Tetapi cara saya..yer. Saya lebih selesa cara begini

Ukur Bahu

Ukur Labuh Baju

Ukur Labuh Tangan

Ukur Pergelangan Tangan

Ukur Tinggi Cuff

Ukur Keliling Cuff

Ukur Keliling Dada

Ukur Keliling Pinggang

Ukur Labuh Kain

Salam Sayang




  Jika anda berminat.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Whatapps : 012-2431590

Khamis, 11 September 2014

Aset-aset Syurga di hujung minggu

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum


  Lepas raya Aidilfitri yang lalu, ini baru suami berkesempatan membawa aset-aset syurga kami pergi jalan-jalan. Ibu, dikira `off  day` ..untuk mesin jahit  aje..hihi.. Sebab ibu tetap masak untuk bekalan makanan..

   Untuk aktiviti pagi, kami suami isteri memilih AirTerjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali - Genting. Jauh dari kesibukkan kota. Kami sekeluarga kerap ke sini kerana lebih kurang 50minit perjalanan dari tempat tinggal kami. Malah ada masa-masa hujung minggu tidak berapa ramai orang...Gambar dalam air tiada yer...sebab anak dara saya sememangnya penakut kalau mandi tempat-tempat macam ini. Dia hanya suka kolam tiruan (plastik) aje..hehe





 Dalam perjalanan pulang..kami banyak jumpa gerai-gerai Orang Asli (sememangnya ada perkampungan Orang Asli ) yang menjual buah hutan dan petai. Buah ini kami tidak tahu buah apa..tapi Orang Asli kata buah hutan..Memang sedap. Harga 1 ikat ini RM4..jangan tidak percaya.. Buah ada la..dalam 12biji aje yer..
Buah Hutan


  Selepas solat Zohor, kami bergerak ke Taman Layang-layang, Kepong. Taman ini yang saya rasa memang luas. Ada banyak pintu masuk. Tetapi pintu masuk berdekatan tempat bermain layang-layang yang full. Tempat sememangnya `full` segala-galanya..bila hujung minggu. Start dari parking, orang beriadah serta orang menjual segala-galanya. Taman ini memang ada tempat untuk main layang-layang..termasuk orang jual layang-layang. Anak-anak pun enjoy..Alhamdulillah.. Kami pulang semestinya sebelum Maghrib..sekian..


Salam sayang

TAMAR COCOA (900GM)
RM21 + RM13 (POS)

Jika anda berminat.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Whatapps : 012-2431590

Selasa, 9 September 2014

Pola Cadar Fitted

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum..

Di sini saya cuba kongsikan sedikit pola cadar fitted yang saya belajar dulu. Ini yang saya belajar dan saya pratikkan. Saya tidak berapa pandai meng'edit', jadi saya lukis. Kemudian tangkap gambar. Semoga ini dapat membantu.

CONTOH UKURAN DIBERI ADALAH UKURAN CADAR BUJANG.


Single Fitted
     Ini adalah pola untuk ukuran cadar bujang. Iaitu lebar tilam 36" dan panjang tilam 74". Jika hendak membuat saiz 'Queen' yang boleh tukar ukuran lebar dan panjang tilam. Ukuran ini untuk tebal tilam adalah 8". Jika saiz tilam anda 10", maka tukar kepada 10".

      Petak segiempat tepat berukuran 13" X 13", hendak lah di gunting@ membuat `Patchwork`.(Sedia maklum,kain-kain cadar ini sejuk, kalau sambung-sambung nanti boleh buat selimut.)

   Cara untuk mendapat ukuran 13" X 13"

Tebal tilam           =  8" (bergantung pada ketebalan tilam masing-masing)
Basi jahitan getah =  5" +
Jumlah       =  13"
  Untuk mendapat berapa meter kain yang di perlukan, boleh Click di sini.

Salam Sayang.



  Jika anda berminat.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Whatapps : 012-2431590

Ahad, 7 September 2014

Jahitan Langsir

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum..

  Saya bukan la pandai menjahit langir sangat..Tetapi niat aya pergi belajar hanya untuk jahit rumah sendiri. Saya belajar dengan Kak Kelas Langsir Siti Hias. Kakak ini masa saya belajar dia tinggal berdekatan taman perumahan saya. Saya kenal dia, dalam carian internet untuk belajar pattern langsir.

   Walaupun tidak secantik mana, yang penting saya puas. Kepuasan diri penting walaupun simple..Ini antara koleksi langsir raya tahun ini. Saya buat yang simple sebab suami nak yang simple. Jadi pattern pleate pilihan saya.
Tripple Pleate

Box Pleate

Goblet

Double Pleate


 Simple bukan?? Untuk pattern-pattern ini, saya belajar dalam Kelas Aneka Pleate. Ada 11 pleate yang diajar. Ini diantaranya..

Salam Sayang




  Jika anda berminat.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Whatapps : 012-2431590

Sabtu, 6 September 2014

NASI ARAB

HOME MADE NASI ARAB..Oder Sekarang

hanya berharga RM15/ KOTAK





Set Home Made NASI ARAB MANDY AL-BAYT mengandungi:
  • Bashmathi high kualiti
  • Rempah Mandy
  • Rempah Tumis
  • Hidangan untuk 5 orang makan
  • Resepi (Paling Penting...)
RESEPI DI BELAKANG KOTAK
 Terdapat 4 set Home Made Nasi Arab



Harga: RM15 / Kotak
Kos Pos Laju: 1 Kotak ~ RM8
                    2 - 4 Kotak ~ RM10
Amat mudah menyediakan..Boleh makan seisi keluarga hanya di rumah..Yang pasti HARGA LUAR JANGKAAN..bukan??..Berminat..hubungi saya..

Email: norlizatomiran@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/kasih.eliz

Jumaat, 5 September 2014

Set Cadar

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum..

  Gara-gara set cadar yang berkualiti mahal. Maka saya pun belajar set cadar. Yang fitted (bergetah) & beropol. Lagipun tidak rugi belajar cadar ini. Sebab kat kedai-kedai pun masih banyak menjual kain-kain cadar yang belum di jahit. Bila belajar sendiri, maka skop pilihan lebih luas..bukan??..

  Mari..mari..ini antara set cadar yang saya jahit. Ada juga saya kirim dengan kawan-kawan orang Indonesia yang hendak balik bercuti. Yang pasti kain yang mereka belikan untuk saya murah dari sini. Dalam RM9.++/ Meter untuk bidang 96".. Murah bukan jika dibandingkan di Malaysia. Malah kain dia lebih tebal. Jika di kedai-kedai yang pernah saya beli rata-rata harga dalam RM16.++ untuk bidang 90".. Kalau bidang 60" agak murah sedikit. Kain-kain cadar, Kamdar & Nagoya juga ada jual. Malah Jakel juga. Harga mungkin berbeza mengikut kualiti.

Contoh Set Cadar Fitted





Contoh Set Cadar Ropol





 Tetapi bila untuk membuat cadar Queen & King, saya lebih suka bidang 90". Ini kerana tidak perlu sambung. Jika untuk cadar single, saya menggunakan bidang 60". In sha Allah..tidak membaziran. Untuk membuat set cadar ropol, kesabaran memang perlu ada..terutama WAHM..hehe. 


Salam Sayang


  Jika anda berminat.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Whatapps : 012-2431590

Baju muslimah & skirt

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum..

  Ahamdulillah..dalam minggu ni saya berjaya menyiapkan sepasang pakaian muslimah. Toturial 100% dari kak Azura Jaafar Tailor Lycra. Tetapi saya masih menggunakan teknik ukuran yang saya belajar dulu. Yang mana saya pernah kongsikan cara penambahan kelonggaran cara saya.

Set Muslimah
  Toturial yang diberi jubah. Tetapi saya pendekkan sedikit untuk di sesuaikan dengan skirt @ seluar. Yang penting saya selesa dan longgar. Malah tidak perlu iron..hihi..Perkara yang paling remeh bila ada anak kecil. Skirt ini juga adalah skirt 1st saya selepas berkahwin. Sebab saya memang kurang gemar memakai skirt bila berjalan. Tetapi bila skirt buatan sendiri saya boleh buat megikut kelonggaran yang saya inginkan..Best bukan membuat baju ikut citarasa sendiri..Semoga anda juga mampu.

Salam Sayang

Selasa, 2 September 2014

EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum
Harga RM25

  Alhamdulillah..kini saya selesai membaca ebook ini. Ebook yang membuat saya terfikir tentang `SUPER`.Adakah  perkataan `SUPER` ini boleh membuat kita jadi `Super Woman`. Cuba menjadi bijak menguruskan masa, keluarga dan diri. YA!!..EBOOK INI
 MEMBERI PANDUAN DAN KITA MENGURUSKAN

  Ebook ini amat-amat sesuai bagi surirumah mahupun wanita yang bekerjaya. Ibarat untuk orang yang sibuk khususnya wanita. Ebook ini banyak memberi panduan tentang pengurusan masa, tenaga,motivasi serta nilai-nilai murni melalui perkongsian berpengalaman. Adakah seronok berkerja di rumah??.. Ebook ini ada jawapannya.

  Ebook ini membuka jalan pada saya dalam menguruskan masa. Ini kerana saya berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama saya. Di susuli anak ke 2 selepas setahun. Saya mempunyai minat menjahit. Alhamdulillah, saya dapat berguru. Tetapi bab pengurusan masa adalah masalah utama saya. Alhamdulillah, kini saya ada panduan itu.

  Saya juga mempunyai masalah tenaga. Bila dah penat, saya akan stress. Bila banyak yang saya hilang terutama minat serta matlamat saya. Badan penat, hendak menjahit jadi malas, maka matlamat hilang..rugi bukan??. Ebook ini memberi saya cara merawat stress saya. Motivasi serta nilai-nilai positif juga memberi saya semangat.

  Saya suka membaca kisah Puan M dalam ebook ini. Berhenti kerja di saat-saat ekonomi keluarga tidak kukuh serta tahap  kesihatan yang merosot. Tetapi berkat usaha, ikhtiar, doa serta tawakal kini dia telah pun berjaya. Malah urusannya hanya di rumah. Tidak percaya bukan??. Begitu juga saya. Tetapi bila pengalaman yang di kongsikan, ia memberi suntikan baru kepada saya. Malah pengalaman orang lain juga dapat membuka jalan kepada kita.

    Dahulu saya hanya tahu `full housewife`. Kini ebook ini membuka minda saya lebih dari `full housewife`, Ebook yang menerangkan dengan lebih lanjut serta mendalam tentang:
  • WAHM (Work At Home Mom)
  • SOHO (Small Office Home Office)
  • SAHM (Study At Home Mom)
  •  SAHM (Stay At Home Mom)
  Ebook ini memberi panduan pada saya bagaimana menjana pendapatan melalui minat serta dari rumah. Yang pasti belajarlah dengan yang Pakar. Pakar bermaksud mahir serta berpengalaman dengan minat saya. Malah kita perlu sedia menerima kritikan serta positifkan diri. Ebook yang mengajar serta mendapat hasil dari BEKERJA DENGAN JIWA DAN SEPENUH JIWA.

  Jadi, kini tiada istilah duduk rumah tidak boleh dapat duit..bukan?? Malah surirumah seperti saya juga boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Yang penting ada panduan, rangka strategi  serta mengurusan masa.

    Dalam  EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM telah panduan dengan syarat asal kita tidak kedekut masa serta malas membaca. Membaca jambatan ilmu. Semoga Ebook ini dapat membantu anda juga.

Kandungan  Ebook Super Wahm Super Mom

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah 
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho 

3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad,
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi 

 4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa

  5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama 

 6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumah tangga 

7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat 

 8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman


 Jika anda berminat dengan Ebook ini.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Whatapps : 012-2431590

Isnin, 1 September 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Teks: Norliza
Sumber: Google

Assalammualaikum..


 Salam Merdeka semua..Malaysia.. Di sini lahirnya sebuah cinta.. Cinta kita pada negara. Semoga negara kita terus aman. Tetapi untuk terus aman mari lah kita ingat kembali Rukun Negara kita. Mungkin zaman sekolah sahaja kita hanya ingat sebab setiap minggu kita berirkar di perhimpuanan sekolah.

 Kini apa kata kita bersama-sama ingat kembali dan hayati Rukun Negara. Rukun yang boleh menyatukan kita yang hidup dalam masyarakat majmuk serta berbilang bangsa.

                               RUKUN NEGARA

  • PERCAYA KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBANGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN 
  Pada tahun ini juga banyak peristiwa-peristiwa sedih berlaku dalam negara kita. Bermula dengan pencerobohan Lahad Datu, Sabah. Beberapa orang anggota keselamatan negara turut terkorban dalam mempertahankan negara. Kemudian di susuli dengan kehilangan kapal terbang MAS MH370. Sampai kini masih tidak ditemui. Malah misi untuk mencari pesawat ini masih di jalankan. Selang beberapa bulan kita rakyat Malaysia di kejutkan lagi..peristiwa lebih menyayat hati. Pesawat MH17 di tembak di ruang udara Ukraine. Pesawat dalam perjalanan pulang dari Amsterdam ke Malaysia. Sampai kini masih tiada jawapan siapa pihak yang bertanggungjawab.

 Semoga kita bersama-sama mengambil iktibar atas peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Janganlah kita terlalu leka dengan keamanan yang kita kecapi sekarang. Tetapi marilah kita bersama-sama kekalkan keamanan negara kita. Malah kita berdoa supaya negara kita terus kekal aman supaya anak cucu kita juga dapat merasai apa yang kita rasai sekarang. In shaa Allah..

  Marilah kita terus berdoa supaya pesawat MH370 di temui.



Salam Sayang