Teks: Norliza Tomiran
Assalammualaikum..
Alhamdulillah. Walaupun masih awal Disember, saya dan suami sudah pun membuat impian untuk Tahun 2015. Impian bersama untuk keluarga. Konsep ini ada di terangkan pada buku "Mudahnya Menjemput Rezeki". Bab 38 bertajuk Ini Impian Kita.
Bukan impian bersama sahaja, malah impian secara individu juga di kongsikan. Mungkin sikap saya suka memulakan bercerita dengan suami apa yang saya inginkan. Jadi suami sudi juga berkongsi impian dia. Sememangnya terasa indah bila impian dapat di kongsikan bersama yang tersayang.
Saya suka memetik ayat didalam Bab 38 iaitu "Rezeki lebih mudah datangnya, impian suami dan isteri di selaraskan." dan " Impian Ini Adalah Impian Bersama". In sha Allah, walaupun tidak banyak tercapai, sedikit tetap ada. Jika semuanya tercapai, adalah "Bonus" yang Allah beri kepada kami sekeluarga.
Semoga anda juga sudah memiliki impian untuk Tahun 2015. Semoga impian anda juga tercapai. In sha Allah. Sekian
Salam sayang
INGIN MENDAPATKAN BUKU INI ?? HANYA RM25 SAHAJA TERMASUK POS LAJU
Email: norlizatomiran@gmail.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
Tempahan: Clik Di Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan