Isnin, 22 Disember 2014

Aktiviti hujung minggu dan baju moden

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi

Assalammualaikum..



   Pada hari Ahad petang, 21 Disember saya ke rumah mertua saya. Hendak di jadikan cerita. Suami tiba-tiba berkata hendak balik rumah mertua. Saya sebenarnya ada jadual untuk sesi pengeposan baju kurung moden kawan dan set cadar adik saya pada hari Isnin. Tetapi baju kurung moden itu masih belum siap pada hari sabtu. Ini kerana saya pergi ke majlis rewang untuk kenduri arwah di taman kejiranan kami,
Suami pulak berkata sudah selepas isyak. Saya berkata boleh, tetapi tengah hari. Ini kerana malam nanti saya cuba siapkan baju itu, untuk di hantar ke rumah keluarga saya pada hari isnin. Alhamdulillah, suami setuju.

Aktiviti anak-anak di kebun mertua. Temankan suami mengemas apa-apa yang patut.


Norhamizah

Muhammad Ali Imran

Permata hati kami

Maka pada malam itu saya sedaya-upaya menyiapkan baju kurung moden itu. Alhamdulillah, siap pada jam 5.15pagi. Saya mula menjahit selepas anak-anak tidur. Baju kurung moden pertama saya jahit untuk orang lain. Inilah hasilnya baju itu.




Baju kurung moden.

Selepas pergi ke rumah mertua pada hari Ahad, pada hari Isnin pagi saya singgah ke rumah ibu bapa saya untuk menghantar set cadar adik bongsu dan baju kurung moden kawan saya. Sebenarnya jarak rumah mertua dan keluarga saya hanya 20mint perjalanan melalui Lebuhraya Kesas. Saya balik selepas Zohor, ini kerana suami saya kerja malam pada hari Isnin. Alhamdulillah, siap separuh kerja yang tertangguh. Sekian




Tiada ulasan:

Catat Ulasan