Khamis, 6 November 2014

Ukuran Barut Bayi

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Norliza Tomiran

Assalammualaikum.

  Entri kali ini saya bagi ukuran barut bayi. Semalam jiran saya minta ukuran barut bayi. Jadi sudah buat nota, saya buat entri sekali. Entri-entri di bolg macam ini ibarat nota saya juga. Jika hendak cari, saya buka blog. 

  Ini ada 3 saiz yang saya guna untuk anak saya dulu. Saya buat barut banyak saiz L. Ini kerana anak saya gebu sedikit masa bayi. Ini barut biasa ye. 


  Untuk material saya suka kain fannel untuk bahagian dalam. Bahagian luar saya suka guna kain cotton. Tali saya guna tali barut yang sudah siap, yang banyak jual di kedai. Mudah dan cepat.  Kalau hendak buat tali sendiri pun boleh. Ikut pilihan. Panjang tali saya buat biasa dalam 16" sahaja. Tetapi terpulang kalau hendak panjang lagi. Sekian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan